Sabtu, 2 Oktober 2010

BERULANG CERITA YANG SAMA!

Hari ni dah tak minat beli surat khabar. Bosan dan muak. Balik-balik cerita negatif. Paling nak muntah tahap tertinggi ialah kes pengedar dadah bernilai lebih RM 200 juta TERLEPAS  dari membela diri. Sebabnya antaranya barang bukti itu hilang dicuri beberapa anggota polis. Sungguh memalukan! 40 kg pulak tu yang dicuri. Mereka tu nak buat apa ha? Jual? Itulah yang terjadi di negara kita yang tercinta ini. Harapkan pagar, pagar melantak padi!


Dahlah ada kastam yang melepaskan pendatang asing dengan mudahnya. Ni pulak bahan bukti dicuri. Ni bukan kali pertama. Beberapa tahun dulu kes yang sama berlaku di Johor Bahru! Tolonglah wahai anggota yang bertanggungjawab, kenapa kamu menggadaikan keselamatan anak bangsa dengan duit haram? Hidup ini bukan cuma di atas muka bumi ini. Kamu akan dihadapkan di hadapan Allah. Di alam kubur, padang mahsyar, dan seterusnya ada syurga dan neraka. Kalau kamu tak percaya semua ini, kamu bukan orang beriman! Kamu syaitan!

Ketahuilah, DAN bayangkanlah, nilai dadah yang dirampas di dalam lori ais di Rompin itu lebih tinggi dari semua kekayaan Jutawan Sosilawati Lawiya yang berjumlah RM 150 juta. Itu hanya satu lori, yang telepas selama ini, siapa yang melanggannya kalau tak budak-budak kita? 


Ni yang aku rasa nak berhijrah ke BUMI BARU je ni!

Tiada ulasan: