Sabtu, 30 Oktober 2010

TAHNIAH KELANTAN!



Akhirnya Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010. Tahniah! Kerana telah dapat mengalahkan Negeri Sembilan 2-1. Gol Kelantan dihasilkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64. Manakala gol Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

Berbanding tahun lalu, permainan Kelantan tahun ini jauh berbeza dan menepati ciri-ciri sebagai pasukan juara. Eh, eh, kenapa dari awal aku sokong Kelantan? Kerana:

1. Aku kesian dengan Kelantan yang dah berkali-kali masuk akhir, tetapi kalah selalu.
2. Kawan aku dalam Facebook banyak orang Kelantan berbanding Negeri Sembilan.
3. Kawan serumah aku dulu pun ramai orang Kelantan.
4. Lagipun Negeri Sembilan kan sudah juara tahun 2009. Bagilah pula kepada Kelantan!
5. Jika Kelantan menang, tak adalah kerusi stadium kena bakar.

11 ulasan:

NoorGie berkata...

yessssss...kelate power!!

IMANSHAH berkata...

tahniah

ONE ZABA berkata...

takziah johor dan lain lain negeri yg kalah awal.

MSOM berkata...

Norgie,
Ada sdre-mare ore Kelate tu!

MSOM berkata...

ImanShah,
Tahniah utk Kelate buke ambo. Ambo ore Johore.

MSOM berkata...

OneZaba,
Aku teringat Abas Saad yg tolong julang piala itu tahun 80-an dulu.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Nasib baik Kelantan menang... kalau kalah terbakarlah Stadium Bukit Jalil. Aku berdoa semoga Kelantan menang bukan sebab aku sokong Kelantan tapi menyampah tengok tindakan agresif penyokong-penyokong Kelantan... cam tak bertamadun.

mak encik | SZ berkata...

heheee..
kita dok atas pagar je! ;)

MSOM berkata...

Marah betul Abang Yin kita nih....sabar, sabar, nanti darah tinggi naik 180.

MSOM berkata...

SZ,
Saya selalu sokong yg menang, kalau sokong yang kalah nanti sedih.

Siti Indrawati berkata...

Salam Cikgu..saya sokong alasan cikgu yg terakhir kenapa Kelantan mesti menang..jgk sependapt 200% ngn En Woong Khoo Lai..suka dia menang sebb x nak jd huruhara..hehehe