Selasa, 29 Mac 2011

JEMPUTLAH MASUK NAK...

Aku baru saja balik dari Parit Yusof Muar. Tadi pergi satu rumah yang tak pernah aku pergi kerana nak beli produk di stokis itu. Sampai di sana mak cik tu terus pelawa aku masuk, sedangkan anak perempuannya yang jadi stokis berada di bandar.

Spontan aku nasihatkan makcik tu. Umurnya rasanya macam emak aku. 70an.


"Mak Cik, sekarang ni bukan macam zaman dulu, jangan pelawa-pelawa orang masuk sebarangan, kan tak ada sesiapa kat rumah ni. Kalau saya ni perompak kan nanti susah"

"Ya...betul-betul. Tetapi muka awak nampak baik" (Muka aku muka baik? Ye ke?)

" Ehhh jangan tengok muka orang makcik. Ramai orang jahat tu muka dia baik-baik. Lagi baik daripada muka saya"

Lalu aku teringat kata Allayarham Ustaz Hamka,
' Janganlah kamu menyangka bahawa rupa yang baik itu, tanda bagi baik orangnya, kerana tidak semua yang kuning itu adalah emas'

Setelah aku membayar, dan makcik itu menyerahkan KOPI MAHKOTA DEWA, aku pun pulang. Sebelum balik aku bagi nasihat lagi. Zaman sekarang kena hati-hati.......bla....bla....bla....... Ramai dah ibu-ibu di kampung jadi mangsa rompak dan bunuh oleh penagih dadah yang bertebaran di seluruh negara kita yang tercinta ini. Kan sekarang ni harga emas dah RM 140 satu gram. Rantai yang mereka pakai pulak besarnya macam rantai basikal. Yalah orang dulu. Masa harga emas baru berapa sen. Macamanalah tak mengundang perompak, peragut @ pembunuh.

Apabila aku habis bercakap, Makcik itu tersenyum-senyum sambil mempamerkan gigi palsunya yang putih itu. Agaknya masa muda dulu makcik tu manis jelita bak Lisa Surihani.

3 ulasan:

aza ni berkata...

salam cikgu MSOM
benar tu cikgu
biasa jerat tak lupa, pelanduk yang lupa..tapi Alhamdulillah, makcik tu bertemu cikgu.dan juga cikgu bertemu makcik tu.

mak encik | SZ berkata...

ihiksss...

mmg pun mak2 kita di kampung tu selalunya berbaik sangka dengan tetamu ...

kita yang dok kat "taman" ni nak bukak pintu pun risau...huhuuhu

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum

ke makcik tue berhasrat jadikan cikgu menantunya heheheheee