Khamis, 21 April 2011

MUSIM BUNGA DI PARIT SULONG

CANTIKNYA....SUBHANALLAHHH....
SENI SUNGGUH CIPTAA-NYA
(BUNGA JAMBU BOL DI BELAKANG RUMAH IBU MENTUA CIKGU SUHOOD)

Bunga-bunga Jambu Bol yang berguguran itu bagai ditabur manusia,namun sebenarnya tidak.....Allah yang menjadikannya sedemikian indah.Terlihat sahaja panorama ini, aku teringat kisah silam waktu aku bermain-main dengan abangku Timyati di Seri Medan.


Tidur petangku tersentak, dan aku tahu tidak sepatutnya aku tidur petang. Semuanya gara-gara nak pindahkan akaun yahoo ke akaun Google untuk menyelamatkan blog-blog aku, aku jadi kurang tidur. Cikgu Suhood dari Muar membuat panggilan agar mengiklankan kereta Wira beliau. Cikgu Suhood orang Parit Pulai. Aku pun solat Asar dan terus menuju ke rumahnya. Isterinya keluar, aku snap sana, snap sini. Malam ini aku iklankan di Mudah.my.


Tapi kat blog aku mesti aku iklankan juga...!
Kereta Wira untuk dijual di Parit Sulong.
Harga RM 11 000
Sila Hubungi Cikgu Suhood
013-740 4700

3 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

memang cantik bunganya...

dah lama sangat tak jumpa jambu bol!
teringat dulu ada pokok di belakang rumah nenek saya tapi malangnya dah ditebang ...

Mama Miraki berkata...

Jambo Bol....sedapnya...lembut dan gebu jer buah jambu bol ni....mana nak cari yea

Unknown berkata...

pd zaman penghulu hj mian naib gading tu pnolong dia ke