Jumaat, 10 Jun 2011

CHALET DAN RESORT DI PENYABUNG, ENDAU

VIDEO SEPANJANG DI PANTAI PENYABUNG
(yg naik kuda tu kat Pantai Mersing)

Video Terbaru Resort di Penyabong. Video Tahun 2021. Baru update


Setelah berada di Pantai PASIR LANUN, PENYABUNG, Endau Mersing selama  30 jam, aku dapat membuat cadangan kepada bakal pengunjung/pelancong yang ingin berehat di Pantai Penyabung tentang Resort dan Chalet yang ada di pantai yang indah ini.

Di kawasan Pantai Penyabung ini terdapat 4 Resort/Chalet yang boleh ditempah iaitu

  1. Pantai Penyabung Resort- Sibuk punya hal, aku terlupa nak ambik gambarnya. Tetapi boleh dicari dalam carian Google dan Yahoo.
  2. Endau Beach Resort- Resort yang mempunyai pakej yang lengkap. Ada swimming pool dan tempat yang ekskusif dengan harga RM 150- RM 200 SAHAJA.NO TEL 07-7942611
  3. Pasir Lanun Camp And Chalet....Ada Dorm 10 tempat tidur. Katil bertingkat. Ada yang berharga RM 80.00 dan RM 130.00 No Tel 07-7944778
  4. Coconut Beach Resort- Murah sekali cuma RM 60.00. Atap Rumbia dan di depannya anda boleh melihat pantai yang terindah di sini.  

  

OK Kita lihat Resort-resort yang saya katakan itu:

ENDAU BEACH RESORT 

Endau Beach Resort dari pandangan hadapan

Parking yang luas di Endau Beach Resort

Endau Beach Resort pada waktu malam

Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak di Endau Beach Resort

Ada peti ais...bukan semua chalet ada peti ais

Anda boleh borak-borak di sini. Air minuman pun murah.

Bilik di Endau Beach Resort

Lanskap yang indah

Boring-boring boleh jerit-jerit, tak ada sesiapa yang peduli

Aku nak melompatlah, mesti mama bengang nanti

Kat sini pun kena jaga anak



Boleh bincang-bincang bersama keluarga dan teman

Endau Beach Resort dari pandangan teratas


OK.....! Kita melawat Chalet yang ke tiga di Pantai Penyabung ni....

NAMANYA...

PASIR LANUN CAMP AND CHALET

 Untuk ke Pasir Lanun Champ And Chalet ni perlu melalui hutan dan jalan yang agak
mendebarkan. Kerajaan Johor harap tarlah segera jalan yang berlopak-lopak ni. Kalau lemah semangat memang patah balik jawabnya, sebab dari Endau Beach Resort tu jauh juga.

Anak GADIS pasti ngeri melalui tempat macam ni. Semasa aku lalu di sini
Aku terserempak dengan dua ekor Babi hutan. 

Kalau nak berjoging bagus juga kat sini


Tu dia!!!!! Dah sampai!!!

 Ramai orang kat sini rupa-rupanya!

 Boleh baring-baring sambil dengan lagu syahdu.....macam lagu Bila Bulan Bicara

 Cantikkan pemandangannya macam lukisan!

Aku hampir satu jam juga baring-baring dibuai yang bergoyang ni...

Di sini ombaknya best sikit dari semalam (pantai di depan Endau Beach Resort tu langsung tak ada ombak)  

(Ni anak Isa biras aku)
Ombaknya tak bahaya, dan aku boleh lelap tanpa jaga anak-anak

 Aliff Iskandar pun macam mandi kat besen je...


 Irfan asyik dengan memancingnya....ikan pulak masa kami ke sini macam dah kenyang





Dan Chalet yang ke empat......

COCONUT BEACH RESORT

Chalet di Coconut Beach Resort ni murah sekali...RM 60.00.
Kalau nak lari dari debu-debu kota...Lima hari baru RM 300.00. Tetapi tak ada ekonlah....!
Kerana ramai yg call saya, pada hal saya bukan taukey chalet ni

IDAMAN PERMAI RESORT *(dulunya COCONUT BEACH RESORT)
019-7754778



Kenangan yang paling indah....

KELEBIHAN PANTAI PENYABUNG
 Ada makanan yang unik...pulut bakar...murah

 Mak Cik ni bakar kuih secara tradisional lagi

 Mak Cik..Mak Cik...kenapalah kuih ni hangus....Kuih apa ni ek?

Nasi Lemak ni pun baru RM 1

 Aku beli nasi dagang ni...sebungkus baru RM 1.50

 Nasi dagang lauk sardin...lapar punya fasal, habislah aku makan
 ...aku tak pandai makan nasi ni

Di sini juga kita boleh ngeteh macam kat kampung sambil menikmati nyanyian merdu penyanyi karoke.
(Isa biras aku mengajak aku ngeteh jam 12.00 malam. Lokasi warung ini di depan Endau Beach Resort).


PESANAN AKU DI SINI:

Kalau nak mandi laut di sini, mandilah di Pantai yang letaknya di depan Pasir Lanun Camp And Chalet dan Coconut Beach Resort itu, kerana Pantainya lebih halus dan kurang berbatu.

Ramai yang datang ke sini cuma mandi sampai di depan Endau Beach Resort. Nanti kalian akan kata, Pantai Penyabung banyak batu-batu tajam. Memang betul! Sesiapa yang ada kencing manis bahaya mandi di situ. Mereka kenalah melepasi jalan yang berhutan dan akan jumpa pantai yang lebih mesra pengunjung.

Oklah Tuan-puan, begitulah promosi aku untuk bakal pengunjung Pantai Penyabung. Cuma aku harap  
Resort dan chalet serta pihak berkuasa di sini, tolonglah jaga kebersihan pantai ini...sayang sekali negeri Johor banyak mempunyai kawasan yang boleh menarik pelancong, malangnya kebersihan tidak dijaga....soryle atas teguran aku ini....

33 ulasan:

Mie berkata...

Baik punya liputan, teringin juga ke sini suatu hari nanti..

Mat Som Sadona berkata...

Masa mudalah tu Mie, kena banyak berjalan...

Kak Kay berkata...

MS, bestnya tempat2 tu, rasa nak pergi sana aja, betul2 jatuh cinta lah tengok keindahan tempat tu... tak sabar lak rasa nak gi...

Mama Miraki berkata...

Endau Beach Resort tu menarik lah...Pasir Lanun tu takut plak..tengah2 lepak2 cuti tetiba naik pulak lanun dari laut kang kena culik plak..heheheh

apapun memang teringin ler datang ke mari. Kak kay...jom kita plan dari sekarang...

Mat Som Sadona berkata...

Kak Kay dan Mama Miraki,
Memang eloklah tu pergi adik-beradik.
Ramai juga yg tak tau tempat ni.
Saya ni pun sebab, masa bujang dulu banyak bersantai kat sini. Kalau tak tak tau.

Pastikan suami masing2 membawa pancing.
Bot untuk disewa ke pulau2 berdekatan pun ada.

Ameer mesti suka mandi laut. Jadi pantai ini sesuai sgt utk anak kecil.

Air papan dah banyak mengorbankan pengunjung. Kawan saya pun dah ada yang lemas di sana.

Satu lagi yang saya lupa nak cerita, berdekatan jeti tu ada kedai jual KEROPOK LEKOR. Saya ada beli tapi sampai Seri Medan dah habis saya faraidkan.

Kak Kay dan Mamamiraki
Chalet di ENDAU BEACH RESORT tu kalau nak selesa betul kena tempah awal-awal

07-794 2611

Tempah awal untuk bilik yg hampir dengan KOLAM RENANG tu

Kalau lewat, kena yg kat atas tu, mendaki jawabnya. Anak tangga beratus tu. Tapi nak slim bolehlah, saya tak sanggup. Mau sakit jantung.

Ok....moga perancangan menjadi. Namun kedatangan ke kampung tu kita akan disambut dengan puluhan lembu dan taik2nya sekali. Namun lembu tu dilarang bertandang ke kawasan pantai.

Mat Som Sadona berkata...

Mama Miraki

Pasir Lanun...tak pa...lanun yg datang hensem-hensem macam

Merong Mahawangsa

mak encik | SZ berkata...

rasanya kuih yg hangit tu macam "kuih rangen" (klu jawa muo panggil), klu melaka panggil "kuih dangai" ...

agaknya la...

Mat Som Sadona berkata...

Yalah SZ tak salah lagi.

Penduduk di Penyabung ni majoriti dari Kelate dan Trengganu. Jadi banyak makanan di situ ala Kelate belako.

Tanpa Nama berkata...

bang nak tanya.. dari pekan ke endau ni brp jam? saya kampung kat pekan.. tak pernah pergi lagi endau penyabung ni.

Mat Som Sadona berkata...

Jaraknya 118 km....tgok laju kereta tuanlah...dalam 1 jam 15 minit. Tak jauh tu

fatten berkata...

salam nak tanye.yg coconut beach resort tunum phone x..? minx bule.. =)

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Kalau tak salah macam dah gi Endau Beach Resort...cam di masuk sedikit batu jumpa hotelkan.Pernah kursus PSV kat sini.

Mat Som Sadona berkata...

COCONUT BEACH RESORT?...lupa plak nak mintak no telefon dia.

Masa saya tiba di situ hari tu, resort tu bercuti kerana masalah air
di kawasan tu.


Mat Som Sadona berkata...

Betullah tu kang....

Unknown berkata...

coconut beach resort ni katenye dah tak termanage lagi sbb dah bertukar tangan berebut adik beradik katanya... suka stay situ, ada je bilik yang ada ekon.. pantainye paling best..pernah pasang jaring depan tu dapat ketam.. dan ikan senangin fresh! terus buat masak asam pedas...best liputan ni bro..

Jom Sihat!

razihan berkata...

Saya dan keluarga dah ke EBR pada 25 okt 2012...,lokasi cantik bilik penginapan juga baik cuma masalah bekalan air je...maxis dan celcom takde liputan langsung,..dalam bilik juga tiada telefon...siaran tv cuma tv3 je yg ada...no breakfast

Mat Som Sadona berkata...

Razihan
Kat kawasan tu masalah air kadang2 menyusahkan kita, biarlah pihak EBR membuat tangki air yg lebih besar dan banyak lagi agar masalah ini dapat diatasi jika bekalan air dri SAJ terputus.

Mat Som Sadona berkata...

Iffah
Begitulah kebanyakan syarikat Melayu,baru sampai ke peringkat anak dah kacau-bilau.

Mat Som Sadona berkata...

MERSING

1. Fishing Bay Resort
Tel : 607-799 6753
Fax : 607-799 7102

Email :
reservations@fishingbayresort.com
Website : www.fishingbayresort.com

2. Air Papan Chalet
Tel / Fax : 607-799 2993

3. Sri Mersing Resort
Tel / Fax : 607-799 2384

4. Teluk Godek Chalet
Tel / Fax : 607-799 4469

5. Coconut Beach Chalet
Tel : 607-794 5194

6. Endau Beach Resort (Penyabong)
Tel : 607-794 2611
Fax : 607-794 3021

7. Pantai Penyabong Resort
Tel / Fax : 607-794 2622

8. Teluk Gorek Chalet & Campsite
Tel : 07-794 5312

9. Teratak Buana Resort
Tel : 07-799 7126

10. Kali’s Guest House
Tel : 07 – 799 3613

11. Suara’s Chalet
Tel : 019 – 710 5945

12. Bitara Utama Chalet
Tel : 019-742 5142

13. Teluk Iskandar Inn
Tel :07-799 6037
Website : www.iskandarinn.com

14. Kassa Inn Gold Beach
Tel : 019 – 780 2578

15. D’rimba Resort
Tel : 019-732 1888

16. Sari Mawar Resort
Tel : 07-794 4399

PULAU SIBU BESAR
1. Twin Beach Resort
Tel : 603 - 2300 2270
Fax : 603 – 2300 2271
Email : anitra@myjaring.net
Website : www.twinbeach.com

2. Kambau Bay Beach Resort
Tel : 6019 – 717 8686
Fax : 607 – 235 6686
Email : kambau01@streamyx.com

3. Rimba Resort
Tel : 6012 – 710 6855
Email : rimba@resortmalaysia.com

4. Sea Gypsy Village
Tel : 607 – 222 8642
Fax : 607 – 221 0048
Email : enquiries@siburesort.com
Website : www.siburesort.com
5. Junansa Villa
Tel : 019 – 2811 994

PULAU TINGGI

1. Dreamz Tinggi Island
Tel : 65 – 8103 1319
Fax : 65 – 6456 6422
E-mail : dz_manager@edenhide.com.sg
Website : www.dreamztinggiisland.com

17. Jentayu Chalet
Tel : 07-794 5141

18. Chalet Sri Tanjung
Tel : 07-799 4780

19. Sri Delima Chalet
Tel : 07-799 1101

PULAU AUR
1. Bluewater Holiday Resort
Tel : 607-799 4811
Fax : 607-799 5696
E-mail : bluewater_express@yahoo.com
Website : www.ferrybluewater.com

PULAU PEMANGGIL
1. Lanting Beach Resort
Tel : 603-4297 9348
Fax : 603-9074 1161
E-mail : lantingbeachresort@yahoo.com
Website : www.lantingresort.com.my

2. Pemanggil Holiday Heaven
Tel : 07 – 799 4360

PULAU RAWA

1. Rawa Safaris
Tel : 607-799 1204
Fax : 607-799 3848
E-mail : rawasfr@tm.net.my
Website : www.rawasfr.com

2. LE CLUB RAWA
Tel : 012 – 727 9559

PULAU SIBU TENGAH
1. SIBU ISLAND RESORT
Tel : 607-223 1188
Fax : 607-223 1199
Email : info@sibuislandresort.com.my
Website : www.sibuislandresort.com.my

Nana berkata...

Sgt suka membaca liputan Ni..boleh memberi pedoman kpd kami yg ingin ke sini..thanks bro..

Mat Som Sadona berkata...

Nana
Moga2 percutian Nana dan kwn2/famili sesuatu yg tak boleh dilupakan nanti. Jangan lupa beli keropok penyabung, sekali goreng ranggup sekali. Beli sikit menyesal nanti.

Merlyn berkata...

saya tahu ni enyty lama, tapi saya baru jumpa masa nak cari fasal pantai penyabung. terima kasih kerna membuat review sekali dgn gambar n no telefon utk dihubungi. Insya-Allah akan berkunjung Sabtu ini. dah pergi dah sekali tahun lepas, tapi tidur di seri malaysia rompin, kurang best sebab jauh nak berulang.

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih le sudi mencatatkan komen di sini
Walaupun entri lama, tapi setiap minggu ada org call saya bertanyakan resort2 itu.Walaupun saya bukan agen pelancongan hahahaha
Jadi Merlyn belum ketinggalan utk bercerita tentangnya.

Respon terbaru, COCONUT BEACH RESORT tu, dah tak berniaga, entah betul entah tidak, saya pun dah lama tak ke sana, sejak entri ini tersiar.

Merlyn berkata...

coconut beach resort dah tutup? baru plan nak tido sana sebab mengadap pantai. takpa, pagi esok saya survey dulu chalet mana yg available. suami target nak sewa chalet yg dekat tepi jeti tu, yg betul-betul mengadap tempat org fishing dan dekat dgn kedai makan semua. kali ni kena buat review dlm blog juga sebab dah ramai org tanya fasal pantai penyabung ni sebab tak berapa familiar sgt namanya.

Tanpa Nama berkata...

salam..coconut beach resort memg dh x beroperasi dan dh dijual pon..chalet2 kt dlm tue oke cme xde air-cond sbb dorg gne generator..so electric supply xmampu untk tampung sume2..dan msalah air kt sne memg alway s berlaku bile cuti2 besar shj..mungkin tkanan air dr SAJ xckup kuat..tq

Mat Som Sadona berkata...

Ya Allah
Kesian,
Awal 90 an dulu, saya selalu ke sana, waktu anak masih seorang
Waktu tu memang Coconut ni sangat popular.

hrap2 pengurusan baru taklah menaikkan harga yg melampau sangat.

Ku Masitah berkata...

Nak tanya..jarak antara endau beach resort tu dengan hotel seri malaysia rompin bape jauh yek..kalo drive bape minit agak2 nya...

Ku Masitah berkata...

Pastu masih ada masalah air lagi ke kat situ?

Mat Som Sadona berkata...

JARAKNYA cuma lebih kurang 15 KM dan perjalanan 15 minit aje.

Masalah air? Entahlah ya, sejak entri ini, saya belum pergi ke situ lagi.

Mat Som Sadona berkata...

15 MINIT...laju sgt tu, 20 minit oklah...

Ahmad Deniel berkata...

FARIDAH HOMESTAY ENDAU

KEMUDAHAN HOMESTAY DI ENDAU MERSING, JOHOR.
(BERHADAPAN PAM MINYAK CALTEX ENDAU)

7 BILIK, 3 BILIK BERHAWA DINGIN,SELESA,BERSIH DAN RUANG YANG LUAS.
KEMUDAHAN TV,PETI AIS DAN LAIN-LAIN BERKAITAN
BERDEKATAN KEDAI MAKAN, MASJID,GYM
1KM DARI JETI TG GEMUK TIOMAN
1 KM DARI PEKAN ENDAU
30KM DARI MERSING DAN 30 KM DARI ROMPIN PAHANG.

HANYA : RM 400 1 HARI/1 MALAM
HUBUNGI HJ ROSLAN: 0199587979- 077942805

Idaman Permai Resort berkata...

Salam Aidilfitri, untuk makluman saya adalah pemilik baru di tapak coconut beach resort. Kami baru mulakan perniagaan pada 01 Jun 2013. Kemudahan penginapan sedang dibina baru & dipertingkatkan untuk keselesaan pengunjung. Untuk maklumat boleh hubungi talian 019-7754778. Terima kasih.

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah
Semoga Idaman Permai Resort dapat meneruskan kesinambungan kegemilangan
CBR....