Ahad, 26 Jun 2011

SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Petang ini tidak ke mana-mana. Maka aku luangkan masa menulis entri ini.
Topiknya di atas. 
Aku Juga Manusia


Kita ni manusia. Kau, ko, ente, anda manusia,aku pun manusia. Semua yang bernama manusia zaman ini mempunyai sifat ini. Ada 7 sifat manusia. Cuba jawab BETUL atau TIDAK.



  1. EGO - Semua orang ada egonya. Budak kecil, bayi kecik tu pun ada egonya. Dia kata nak makan duit syiling. Kita halang dia. Dia menangis menjerit-jerit. Yang tua lagi dahsyat egonya. Betapa ramai anak-anak kecik hati, apabila orang tua buat keputusan. Kita ajak orang tua kita tidur rumah kita, mereka tak mau. Alasannya takut ayam itik mati tak makan. Rumah tak bersapu. Kita ni pun ego. Kadang-kadang super Ego. Pasangan kita tegur kita. Kita balas macam mesin gun! BETUL atau TIDAK? (Tak taulah kalau engko ni suami atau isteri Mithali yang sentiasa Tawadhuk dan berbudi tinggi. 
  2. Semua orang rasa DIRI MEREKA PENTING. Kalau boleh apabila kita datang ke satu-satu majlis, orang sambut kita macam wakil rakyat. Kalau boleh kita sampai tempat kerja kita, semua kawan kita tegur kita? Nabi melarang orang berdiri menyambut kedatangannya. Siapalah kita. Tetapi itulah hakikatnya sekarang ini. Khasnya pak-pak menteri. Soalnya adakah betul kita ada rasa DIRI KITA PENTING? Adakah kita akan kecil hati, apabila pergi ke satu-satu tempat, orang tak pedulikan kita? Mereka tak tanya kita langsung seolah-olah tidak kenal kita?
  3. Semua orang DAHAGAKAN PERHATIAN DAN MENYUKAI PUJIAN IKHLAS. BETUL ATAU TIDAK? Apa kata kalau kita jumpa kawan lama, mereka terus kata "Tuanya engkau sekarang? Engkau sakit apa? Gedebabnya engkau..dan macam-macam lagi. Apa pula perasaan kita apabila mereka kata..."Kau masih macam dulu, muda, ayu....bla..bla". Dahagakan perhatian? Sampai je , kawan itu dengan muka manis senyuman menyambut kedatangan kita...Rindu betul aku dengan kau, dah lama sangat nak jumpa..!
  4. Semua orang suka CAKAP MEREKA DIDENGAR. Ni yang aku kureng sikit. Fokus kena ada. Aku baru nak belajar fokus apa yang orang katakan kepada aku. Adakah anda fokus dan mengambil perhatian terhadap apa yang orang ceritakan kepada anda? Kalau mereka cerita berdegar-degar tiba-tiba, kita tak tau hujung pangkal apa yang mereka cerita, malanglah sungguh.
  5. Orang tidak suka DIARAH ATAU DISURUH.Ni aku tak tau nak ulas. Faham-fahamlah kawan-kawan kita bukan anak-anak kita. Anak-anak kita pun manusia. Mereka tak suka juga diarah dan disuruh. Mereka perlu dirangsang/dimotivasi/disuntik semangat. Sebab tu kalau bos kita, arah kita macam kuli batak, kita MARAH SANGAT. BETUL TAK? 
  6. Semua orang SUKA DIPERCAYAI. Jika orang msih percayakan kau, Alhamdulillah. Tetapi kalau anda pernah bersikap tak jujur, orang semua tak percaya lagi kepada anda. Maka anda kena berhijrah jauh-jauh dan bina penghidupan baru. Manusia ni memang kejam. Kalau salah sekali, sampai mati orang akan ingat.
  7. Semua orang MAHU DIHORMATI. BETUL ATAU TIDAK? Pernahkah kalian pernah rasa tak dihormati. Dimaki? Dihina? Diumpat? Bagaimana perasaan kita ketika itu?

Tujuh sifat itu ialah Sifat Manusia termasuk kita. Maknanya kalau kita mahu 7 perkara tersebut, maka sahabat-sahabat dan anak-anak, kerabat dan semua manusia yang kita temui hari ini, ketika ini, mereka juga mahukan 7 perkara ini. Apa lagi Suami atau Isteri kita.

8 ulasan:

mamawana berkata...

Bila aku datang tiada siapa yg menyambut kedatanganku, namun bila ku tiada, mereka sering tertanya tanya...

Mat Som Sadona berkata...

Wau hebat tu MAMAWANA. Bukan calang2 orang. Mungkin ketika itu mereka sibuk sangat, sampai tak nampak kelibat MAMAWANA

Miss Mirror berkata...

MS - Mamawana ni mmg pandai berfalsafah - selalu klu singgah blog MM mesti ada saja membuat perkongsian pengalaman.

Oh ttg keegoan suami isteri tu, oh saya seorang isteri yg taat.. amin. :D.

Unknown berkata...

betol 2 cikgu...

saya juga manusia.. huhu... nak rasa diberi perhatian tetapi ego sentisa ada walopun ckit... itu xleh lari

Mat Som Sadona berkata...

Miss Mirror
Amin...harap2 tak menyerang siabang dengan mortar atau bazoka

Mat Som Sadona berkata...

Sya doakan akan ada Mr Right
(Bukan Mr Bean)
yg memberi perhatian kpd Azana.
Aminnnnnn

Suhaimi@Pakmi berkata...

semua perkara di atas memang ada kebenarannya...mmg itu sebenarnya sifat & naluri yg ada pada semua manusia..mahu dipuji disanjung dihormati, menunjuk-nunjuk mengada-ngada,mahu perhatian dsb :)

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih atas kunjungan balas blogger hebat negeri Johor

Orang Muo
Tanpa sikap itu kita bukanlah manusia