Jumaat, 19 Ogos 2011

MENYAYANGI YANG TELAH TIADA

Google Imej

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti kita terkenang akan orang yang dahulu pernah bersama-sama kita. Mereka mungkin ibu, ayah, anak, adik-beradik, suami, isteri, saudara-mara, dan sahabat kita. Dan mereka telah banyak berbakti dan berkorban untuk kita. Dengan ketentuan-Nya mereka telah menemui Allah terlebih dahulu daripada kita.

Lalu kita menziarahi pusaranya tak kira masa. Membersihkan kuburnya. Kita doakan dia malam dan siang, agar dia di sana dalam perlindungan Allah.

Apabila kita menderma dan bersedekah, kita berdoa kepada Allah agar fahalanya diberikan kepada arwah. Agar dia seperti masih sentiasa bersama-sama kita. Kerana terputuslah semua perkara apabila kita berada di alam barzah, melainkan tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang telah diberikan kepada orang dan digunakan oleh mereka, dan doa anak-anak yang soleh.

Yang telah pergi tidak akan kembali. Kita juga akan menyusuli mereka satu masa, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Justeru itu, semasa hidup ini, berbaktilah kepada sesiapa sahaja. Buang sifat yang keji, dan perbanyakkan sifat yang mulia. Agar ketiadaan kita nanti, sentiasa dirasai oleh  kaum kerabat dan teman-teman kita.

Tiada ulasan: