Ahad, 27 November 2011

211.35 TAN EMAS VENEZUELA DIPINDAHKAN

 Emas dibawa dengan kereta perisai asalnya dari beberapa buah bank di Britain dan Eropah dan diterbangkan melalui Perancis, terus disimpan di Bank Pusat Caracas sebelum dipindahkan ke negara-negara sekutu.

 Apabila terlihat gambar ini, pemain-pemain Harimau Muda mahalnya seperti emas kerana turut dibawa dengan kereta perisai
Kawalan ketat pemindahan emas simpanan negara yang bernilai AS 11 billion bersamaan RM 35.1 billion

Pertama kali aku melihat bagaimana sebuah negara memindahkan emas jongkong sebanyak 211.35 tan dipindahkan daripada negara seteru, ke negara sekutu. Venezuela merupakan negara penyimpan emas ke 15 terbesar di dunia.


Mungkin Venezuela belajar dari sejarah, sebagai contoh Iran yang telah dibekukan aset mereka pada tahun 1979 setelah Revolusi Islam berjaya menumbangkan Shah Iran.


Venezuela di bawah pemerintahan Chavez memang sering berbalah dengan Amerika Syarikat dan negara-negara barat dalam soal ekonomi dan politik, termasuk terang-terang Chavez menyebelahi Iran dalam sengketa AS dengan Iran. Negara sekutu Venezuela ialah China, Brazil dan Rusia. 


Kita lihat pula di mana kedudukan negara Malaysia dalam simpanan emas? Tu dia...tempat yang ke 45 dengan 36.4 tan. Kalau dicampur dengan emas yang bergayut kat leher makcik-makcik kita mungkin ada 100 tan? Banyak negara jiran kita telah mengatasi kita nampaknya.






Tiada ulasan: