Sabtu, 28 Januari 2012

SUPAYA PASANGAN TIDAK NAMPAK KEKURANGAN KITA


Dua hari lepas aku ke rumah Cikgu Zailani. Di situ ada tetamu lain. Bersembang tentang pelbagai perkara. Beliau menunjukkan satu nota dan memaparkan ayat 9 Surah Yaasin seperti di atas.


Saya bertanya kepada beliau, "Bukankah ini ayat yang sesuai supaya orang jahat tidak nampak kita?"


"Betul, namun ayat ini juga sesuai untuk kita yang berumahtangga ini." Katanya.


"Supaya pasangan kita tak nampak kita?" Cepat-cepat saya bertanya.


"Bukan...bahaya tu kalau isteri kita tak nampak kita.. dengan mengamalkan ayat ini, insya Allah pasangan kita tidak nampak kekurangan kita. Itu suami-isteri yang bergaduh siang dan malam tu sebab asyik nampak kekurangan pasangannya. Yang baik dia tak nampak, yang nampak yang buruk-buruk saja, jadi selepas mengamalkan ayat ni, Insya Allah dia akan nampak yang baik saja daripada kita" Terangnya dengan penuh cool.


"Ilmu ni baru saya dengar daripada Tuan Haji. Terima kasih...terima kasih...."

BUKAN ISTERINYA SAJA YANG KEHILANGANNYA

Bukan isterinya saja yang kehilangannya, tetapi aku juga merasa tempiasnya.
Dulu aku ada beberapa orang rakan yang bila-bila masa boleh diajak bersembang di warung, atau diajak berjalan-jalan. Namun kini mereka telah tiada lagi, bukan kerana mati, tetapi kerana sibuk dengan dunia barunya, bersama isteri baru. Ada tiga orang yang telah menjadi begitu, menyahut cabaran isteri tua masing-masing.


Tidak perlulah aku sebutkan siapa, namun dalam entri-entri terdahulu aku ada bercerita tentang mereka. Nasib baiklah Cikgu Zailani dan Masrom masih kekal setia, tidak menambah cawangan, kalau tak aku semakin kehilangan kawan-kawan. Itu semua kawan lama yang terus kekal hingga sekarang.


Dan seorang lagi itu, kerana sudah naik pangkat jadi ADO , telah mengehadkan untuk bertemu seperti dulu. Setiap kali berjumpa sibuk...sibuk...sibuk...Motosikal cabuknya yang dulu selalu dilap itu agaknya tertanya-tanya ke mana perginya tuannya itu...WKL saja yang faham ni...


Dan nasib baiklah ada kawan-kawan blogger di sini yang sedia bertekak dan berdebat secara maya....korang jangan tambah cawangan pulak, nanti tak sempat nak baca blog aku pulak...hah hah hah hah.....

VIDEO DR HARUN DIN PUN DIPERDEBATKAN




 Golongan yang suka menghina ulama biasanya suka menyamar dan menggunakan nama-nama aneh . Mereka memangnya bacul dan pengecut.
Aku terpaksa keluar untuk bersuara, kerana dah tak tahan dengan kejahilan itu. Semua kata-kata itu aku copy paste daripada sebuah blog, yg dah aku lupa urlnya


Semalam, buka sahaja Facebook ramai yang publishkan video Datuk Dr Harun Din bermimpi jumpa Rasulullah.

Sebenarnya Datuk Dr Harun Din telah bercerita hal ini dalam ceramahnya melaui CD beberapa tahun lalu ketika Youtube, Facebook, Twitter belum ada. Kisah ini telah lama berlaku.

Apabila sahaja disiarkan melalui Youtube dan Facebook, maka muncullah golongan yang mempersenda golongan ulama. Mereka ini mungkin munafik, orang kafir atau orang Islam yang jahil. Dalam facebook anda boleh menyamar sebagai apa pun. Sebagai artis, atau sebagai orang yang bijak dalam agama. Namun apabila memberikan komen, anda harus berhati-hati kerana apa yang anda tulis mungkin mempamerkan kejahilan anda.

Mengapa mereka panas hati apabila kisah ini disiarkan? Mereka tidak mahu ulama dijadikan idola. Mereka mahukan ulama dicela dan dihina. Dulu Dr Harun Din diharamkan daripada berceramah dalam televisyen (juga ulama-ulama lain) Akhirnya sebahagian masyarakat telah rosak. Pembuangan anak menjadi-jadi, jenayah berleluasa, penjara ditambah, anggota polis bekerja 24 jam. Rumah kita sudah tidak selamat, dikunci juga 24 jam. Bukan sahaja dibandar-bandar, malah di kampung-kampung yang terpencil. Warga emas yang keseorangan dibunuh penagih yang tiada kenal erti simpati. Dan pelbagai lagi.

Rabu, 25 Januari 2012

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH

Gambar ihsan: Bayan Photocliq

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Datuk Alwi Ibrahim pernah mendedahkan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan sepanjang tahun 2009 sahaja.

  • 2009 - 17 303 orang
  • 2008 - 16 541 orang
  • 2007 - 16 100 orang
Ini bermakna setiap hari 65 bayi anak luar nikah dilahirkan. Jumlah ini tidak termasuk bayi yang dibuang ke longkang, sungai, tong sampah dan sebagainya.

Mengikut data daripada Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2006 sehingga 2010 sebanyak 234 647 anak luar nikah telah dilahirkan.

Ingat 234 647 orang! Ia merupakan 10 peratus daripada dua juta kelahiran dalam tempoh itu.

Ini membuktikan, zina telah berleluasa, walaupun pejabat agama tidak henti-henti menjlankan tugas mereka. Jika kita nampak anak muda kita melakukan maksiat di khalayak ramai, kita sudah tidak berani menegur mereka. Ini merupakan satu tanda-tanda kehancuran umat Islam di negara ini.

Lebih malang lagi, budaya zina bukan di kalangan murid sekolah menengah sahaja, tetapi telah menjangkiti pelajar institut pengajian tinggi. Mereka seolah-olah bagai lupa diri dan hilang jati diri. Mereka tenggelam dalam pujukan rayuan iblis yang terkutuk. Lupa soal untuk menuntut ilmu, malah lebih memalukan markah mereka hanya cukup-cukup makan, berbanding kaum lain yang lebih komited terhadap pelajaran mereka. Alangkah malangnya ibu bapa mereka kerana tidak mengetahui belang anak-anak mereka itu.

Semua pihak, sama ada kerajaan, parti-parti politik, NGO usahlah membuang masa dengan kebejatan politik sahaja. Bangkitlah dan hancurkan segala maksiat di negara kita yang tercinta ini, sebelum Allah menurunkan kemurkaannya kepada kita semua.


Nota: Entri ni nampak emosional sebab minggu ni asyik jumpa orang berpeluk di depan anak-anak aku, waktu kami ke Tasik Y, Ke Pantai Seri Menanti, tanpa ada sesiapa yang berani menegur mereka, jaga kau anak muda. Kalian ni dah WAJIB kahwin! Saya ulang semula akan keburukan berzina yang dibincangkan oleh Ustaz Zawawi dalam Metro, beberapa tahun lepas sebagai renungan kita bersama.


Kesan-kesan zina kepada seseorang ialah:

1. Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama sipenzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada dosa),buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.


2. Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.


4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.


5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.


6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.


8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah, maka Allah akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkandan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga nanti.


12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya. 

Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir,maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya
sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya! Na'udzubillahi min dzalik!

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?


Sekian, terima kasih.....

Selasa, 24 Januari 2012

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MAKHLUK HALUS

RENCANA OLEH DATUK DR HARUN DIN-harakahdialy.my

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghuatau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

SOAL JAWAB TENTANG CECAIR KERETA

Google Image yang seksi dah diedit hehehe


Sebelum tidur aku sempat dengar perbualan juruhebah Radio Ikim dengan En Rizal dari Proton. Soalan tersebut daripada juruhebah dan juga pendengar:


Minyak Hitam ada berapa Jenis?
Minyak hitam ada tiga jenis, iaitu minyak hitam biasa yang dikenali sebagai mineral iaitu tiada bahan sintetik, kedua ialah semi sintetik dan ketiga fully sintetik. Sentetik maksudnya ciptaan daripada bahan kimia. Fully sintetik paling mahal dan terbaik, dan tempoh penukarannya lebih lama. Kebanyakan kita menggunakan minyak hitam biasa.


Apakah bendalir lain yang perlu kita tahu bagi sesebuah kereta?
Selain minyak hitam, kita harus tahu apa itu cecair untuk brek iaitu minyak brek, air radiator khasnya coolen, air bateri. Itu yang asas. Ada juga cecair untuk power stering dan lain-lain.


Berapakah jangka masa yang sesuai untuk memeriksa cecair-cecair tersebut?
Sekurang-kurangnya seminggu sekali kena periksa. Kita harus pastikan setiap cecair itu harus berada pada tahap yang sepatutnya, sekurang-kurangnya antara maksimum dengan paras minimum. Jangan sampai kehabisan, kerana ia boleh menyebabkan kereta jem, dan ia akan memerlukan kos yang banyak untuk memulihkannya.  


Saya Nak tanya adakah minyak hitam satu-satu jenama boleh dicampurkan dengan jenama lain, kira kes nak jimatlah ni, mungkin baki yang lepas ada lagi?
Jika kita menggogle, ada macam-macam jawapan, namun bagi pendapat saya (En Rizal) berdasarkan pengalaman, tidak boleh dicampurkan, kerana kandungan bahan antara sesuatu keluaran syarikat itu berbeza. Jika digunakan juga dua minyak itu, mungkin akan berlaku mendapan. Dan ia tidak baik untuk enjin kereta kita.


Apa nasihat En Rizal tentang cecair untuk radiator?
Kita tidak cukup mengisi radiator dengan air paip sahaja. Yang terbaik ialah kita bubuh coolen kerana cecair coolen dapat menyejukkan enjin dengan lebih baik lagi di samping dapat mengelakkan radiator cepat berkarat dan dapat menjaga bahagian enjin kereta kita. Okey pastikan kita memasukkan coolen ke dalam radiator kereta kita.


Itu sahajalah yang dapat aku ingat. Itu pun untung, kerana ingatan aku masih ok kan? Dengar tanpa pen dan kertas tu..! Sedang belajar memfokus terhadap apa yang diperkatakan orang.


Jika Air Kereta Tiba-tiba habis di tengah jalan apa kita nak buat?
Lagi satu aku nak tambah, ni pengalaman aku yang dah bawa kereta sejak tahun 1990 (22 tahun dah). Pesanan ni untuk pemandu-pemandu baru, terutama wanita yang yang tak tau apa-apa apa-apa fasal enjin tu.... jika tiba-tiba air kereta kita habis di tengah jalan sebab terlupa nak isi. Pesan aku relakkan dulu kereta tu dalam setengah jam (lebih lagi bagus), dah sejuk barulah boleh masukkan air (yang dicedok dari parit, longkang ke yang berdekatan). Jangan apabila nampak, kereta berasap, kita terus panik, dan masukkan air terus, jawabnya.....sediakanlah RM 600 - rm 1000 untuk membetulkan apa-apa yang terpeleot di dalam enjin kereta kalian. 


  

Isnin, 23 Januari 2012

MENYINGKAP SEMULA VIDEO YOUTUBE AKU

Masa tu rajinlah juga Upload Video ke Youtube. Sekarang ni dah tak sempat. Lagi pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Terutama semasa Upload tu, Ya Allah, betul-betul menghabiskan masa. Motosikal besar ni pun bukan aku minat, tetapi kerana ada kawan aku jadi peminat tegar, maka aku berada di situ. Rupa-rupanya inilah video yang paling laku antara 5 video picisan aku yang tak berapa clear ni. Tengah kumpul duit Nufnang ni nak beli Kamera baru.


Konvoi Motosikal Terpanjang Di Malaysia 5443 kali tayangan. Sebanyak 1700 buah motosikal terlibat dalam konvoi ini.


547 Kali tayangan. Ucapan Datuk Johan Jaafar dalam konvoi tersebut.


537 Kali tayangan. Pasar Ramadhan tahun lepas di Parit Sulong.


380 Kali tayangan. Cuti-cuti Malaysia Di Penyabung Endau, Mersing.


166 Kali tayangan. Majlis persaraan Cikgu sekolah aku. Kini jadi aktivis sebuah parti politik..

TIDAK BERKAHWIN TIDAK DIAKUI UMAT?

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee drp Blog Oh Bulan  


Malam Selasa lepas, Ustaz Syeikh Faisol dijemput untk memberi kuliah di mesjid tempat saya ini atas jemputan AJK Mesjid yang semakin istiqomah terhadap tugas mereka.


Beliau menjelaskan tentang sesiapa yang mengambil harta orang lain walau cuma sebatang kayu siwak/sugi, maka mereka akan menerima balasan api neraka, apatah lagi jika mengambil harta yang lebih besar, apatah lagi kalau tanah, rumah dan wang berjuta-juta.


Panjanglah ustaz bercerita tentang perkara itu, hingga ustaz menjelaskan Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang menipu dalam timbangan atau barang dagangan mereka itu bukanlah golongan umat baginda.


Tiba-tiba Saudara R, mengangkat tangan dan bertanya perkara yang tiada kaitan dengan tema kuliah pada malam itu.


" Ustaz, orang kata, kalau tak kahwin tak diaku umat nabi Muhammad SAW, minta penjelasan?" ...dan sememangnya R masih membujang kerana satu sebab yang tak dapat disebutkan di sini.


Ustaz pun menjawab....bab berkahwin ni ada beberapa hukum...:

  • Sunat iaitu bagi yang nak berkahwin dan dia sudah mampu
  • Wajib iaitu bagi yang dah ada kemampuan, dan kuat pula nafsunya, takut kalau tak kahwin, ia akan terjerumus ke lembah perzinaan
  • Makruh iaitu bagi orang yang ada keinginan tetapi tidak mampu dan tidak berupaya memberi nafkah zahir dan batin.
  • Haram iaitu jika dia ingin mendera dan menganiaya perempuan atau berniat jahat terhadap bakal isterinya itu. 
  • Harus iaitu bagi mereka tidak mempunyai sebab mendesak untuk berkahwin, dan tidak pula ada sebab untuk mengharamkan dia berkahwin.
Berkenaan Nabi Tak Mengakui Umatnya itu ialah golongan yang tidak berkahwin kerana menganggap bahawa perkahwinannya itu akan mengganggu ibadahnya kepada Allah. 

Nabi Muhammad tidak mahu ada golongan seperti Paderi dan Sister dalam agama Kristian. Islam juga tidak mahu ada golongan seperti Sami. Islam adalah agama yang lengkap. Pernah beberapa gereja yang dibaik pulih, didapati ada rangka-rangka bayi yang dibuang di dalam lubang najis, kerana hubungan terlarang. Kenapa? Kerana agama mereka bertentangan dengan fitrah manusia.

Ramai juga ulama terdahulu tidak berkahwin, kerana terlalu sibuknya mereka dalam mengembangkan ilmu dan berdakwah. Mereka tidak berkahwin bukan kerana benci perkahwinan. 

Ingat...jangan menganggap perkahwinan itu menghalang kita daripada beribadah kepada Allah.

Bagi yang dah berusaha, namun tak ada jodoh juga apa kata lihat DOA PENDEKAT JODOH INI


Usah putus asa dengan rahmat Allah. Saya siarkan gambar Ally Iskandar dan farah Lee sekali lagi, untuk memberi semangat baru kepada anda.

Ahad, 22 Januari 2012

SUARA DENGKURAN ANEH DI SAMARAHAN



Walaupun cerita ini telah beberapa hari berlalu, namun ia terus menjadi tanda tanya...?

SEPETANG DI SERI MENANTI

Walaupun airnya tidak sebiru Penyabung dan pemandangnya tidak seindah Sungai Tuang, namun perjalanan dari rumah kami hanya 30 minit menyebabkan kami sampai ke sini petang semalam, Pantai di Seri Menanti Muar ini sudah cukup untuk merasai hembusan bayu dari Selat Melaka. Semuanya gara-gara nak melayan pemancing-pemancing tegar itu
Anak perempuan biasalah, sesi bergambar di tepian pantai, Arina kini telah berada di Tahun 1, Alhamdulillah hari pertama sudah boleh menyesuaikan diri di sekolah barunya. 

Ili walaupun kecewa kerana tidak berjaya ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM, akan meneruskan perjuangan di sekolah sedia ada. Kami tanamkan kata-kata bahawa di mana-mana pun kejayaan boleh dicapai. Insya Allah anakku.


Ikan buntal ini dicampakkan semula ke laut ...

Rabu, 18 Januari 2012

BERFACEBOOK SEMASA BEKERJA


Imam 1 Mesjid Kota Damansara, Ustaz Nik Akhbar Nik Abdul Ghani, melahirkan rasa kesal dengan sikap kakitangan dan pekerja yang mengabaikan sifat amanah. Semasa mereka bekerja, ramai yang mengambil peluang melayari laman web yang tiada berkaitan dengan tugas mereka, dan ada juga yang menambah rakan facebok mereka.


"Apabila leka melayari internet, secara tidak langsung akan menjadi lalai, sehingga tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan solat yang diwajibkan ke atas mereka" Ujarnya.


Lihatlah tajuk rencana itu, kakitangan asyik layari internet akan dipersoalkan di hadapan Allah. Oh....aku tak mau buat lagi...


Kredit untuk Akhbar Perdana



AGAMA DI MANA? DI MANA?

Dalam sibuk kita mengharungi titik bengik kehidupan ini, marilah fikirkan pesanan ulama tersohor ini




Di Johor ini umpamanya ada ibu bapa yang mencutikan anak mereka sebulan, dua bulan malah ada yang mencutikan selama setahun bagi sekolah agama, semata-mata kerana anaknya hendak mengambil peperiksaan UPSR.

Isnin, 16 Januari 2012

JANGAN PAKSA READERS LIKE FB FANPAGE KITA?


Selalu sifu blog, BUSUK tulis di status FB nya, aku baca-baca begitu saja. Tetapi petang ni, aku baca kenyataan itu empat lima kali.
Aku tidak ambil endah tentang Like Fanpage tu, sebab aku tak terlibat dengan hal tu.
Yang aku ambil perhatian adalah kenyataan yang berbunyi:
" Readers akan dengan sendirinya like FB Fanpage kita sekiranya blog kita simple, easy dan tidak 'annoying' dengan placement of ads, link adsfly, popub FB Fanpage dengan timer dan seumpamanya".
Okey...orang akan suka blog kita jika ianya SIMPLE, EASY, ..yang lain tu aku tak berapa faham...?
Bab ni aku baca betul-betul, sebab malam tadi buat blogwalking, adoi...adoi...adik-adik kita ni, blog mereka berwarna-warni, ada benda bergerak sana, bergerak sini, masalahnya loading jadi lambat, dan akhirnya aku terpaksa lupakan nak menerjah blog mereka. Maklumlah aku ni duduk kat hujung dunia, line internet agak lambat....jadi tak dapatlah aku ziarah rumah-rumah yang dipenuhi lampu neon yang bergemerlapan itu.


Aku bayangkan blog ni macam kereta. Kita pasanglah macam-macam hiasan. Tayar kita tukar yang besar. Benda-benda berat macam cangkul, pukul besi, macam-macam lagi kita masukkan ke dalam bonet kereta. Lagu buka kuat-kuat. Kereta kita berat kan? Nak naik bukit pun tak kuat.    


Setuju dengan kata-kata lelaki BUSUK itu?

Ahad, 15 Januari 2012

CALON ISTERI ALLY ISKANDAR




Nama: Farah Lee
Nama sebenar : Norfarahin Romli
Berasal dari Kampung Atas Tol, Kuala Trengganu
Karier :  Pelajar di Korea Selatan dalam Kejuruteraan Mekanikal
Bagaimana dipertemukan? : Diaturkan oleh keluarga
Akan bernikah pada 20 Januari di lokasi rahsia
Umur : Ally Iskandar 36 tahun. Farah Lee 22 Tahun- Jarak umur dengan bakal isterinya 13 tahun. 
Tahniah Ally Iskandar....! 

Jom terjah blog Farah Lee

Sabtu, 14 Januari 2012

MUZIUM RAMBUT DAPAT SAMBUTAN


Rambut Britney Spear, Justin Bieber ada tak di sini?


Aku kalau sampai sini, nak tidur sekejap, macam dingin ....
Seorang pengunjung wanita sedang berunding
Gambar-gambar dipetk daripada weburbanist.com dan streetanatomy.com

Muzium ini terletak di Avanos, Turki telah menyimpan 16 000 potongan rambut wanita yang pernah berkunjung ke situ.

Pengasasnya Chez Galip. Setiap rambut disertakan nama, umur, alamat, hajat dan tarikh rambut diserahkan.

Awalnya, tempat ini kilang tembikar, telah berusia 30 tahun. Ia dbina  daripada lumpur bermutu tinggi dari Sungai Merah. 

Muzium ini bermula apabila Galip ditinggalkan oleh rakan-rakannya, khasnya kekasihnya menyebabkan dia kesunyian.

Sebelum rakan-rakan dan kekasihnya meninggalkannya, Galip meminta potongan rambut mereka di sini. Sejak itu ramai wanita datang untuk meninggalkan rambut mereka kerana kononnya untuk beberapa hajat seperti nak cari jodoh, supaya rumah tangga bahagia dan sebagainya. Kira memang sangat mengarutlah. 

Tertanya-tanya juga, adakah mereka ini Islam? Kerana apa, bukankah rambut itu aurat dan usah ditunjukkan kepada orang lain?

Ada sesiapa yang ingin membuka muzium rambut di sini? Lebih baik anda membuka Muzium Jawa atau Muzium Banjar. Muzium Bugis sudah pun ada di Pontian.

Khamis, 12 Januari 2012

ASKAR AMERIKA BIADAB



Askar Amerika mengencingi mayat orang Islam Taliban yang dibunuh mereka. Celakalah orang kafir, dan mereka sememangnya celaka.

Video ini bertarikh 11 Januari 2012, dan baru 309 views pada masa entri ini ditulis. Oleh sebab aku bimbang video itu akan dipadam daripada Youtube, aku rakamkan di sini sekali lagi di blogger.

WARDINA SAFIYYAH KENA ROMPAK






Bersabarlah Wardina, yang penting Wardina, anak-anak dan suami selamat. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Rumah kawan saya yang hanya biasa-biasa, pun kena rompak juga. 


Fakta:
  • Kejadian jam 3.00 pagi
  • Jumlah kerugian RM 20 000
  • Antaranya 1Pad, 4 telefon bimbit dan laptop (5 Wardina?)
  • Turut dilarikan Sebuah beg berisi dokumen penting dan wang tunai
  • Jumlah perompak 3 Orang dipercayai warga asing
  • Mereka bertopeng
  • Senjata parang dan tongkat
  • Suaminya Ikhwan Johari turut dipukul

Rabu, 11 Januari 2012

OLE-OLE YANG MENGHARUKAN...

Entri kali ini berbentuk catatan peribadi untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian yang amat bermakna.

Pertama, tanda persahabatan daripada seorang yang tulus....

Pada minggu lalu aku menerima T Shirt dan cenderahati melalui Pos Laju daripada WAK GELAS. Wak Gelas ketika itu baru pulang dari Thailand. Kini Wak Gelas sudah berehat entah di mana, setelah empat tahun menyiarkan pic-pic bertaraf dunia. Aku sendiri pun tak pernah bersua muka dengan Wak Gelas ni, inilah seronoknya alam maya ini, daripada blog kita dapat kawan yang ramai termasuklah tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik, saudara-saudari...Semoga Wak Gelas@ Hj Me itewwww sentiasa dalam kedaan sihat walafiat adanya...

Ini pula, ole-ole daripada adindaku MISS MIRROR yang baru balik dari Austarlia...bilalah aku nak pakai baju sejuk ni, tunggu musim hujanlah Sam, mana tau tiba-tiba Pt Sulong dilanda salji macam kat Arab tu...


Sejadah cute dan tasbih elektronik ini pula ole-ole daripada rakan sejawat Hjh Fazidah Buwang dan Suaminya Hj Kuswadi yang baru kembali menunaikan haji di Mekah pada bulan Disember tempoh hari. Insya Allah, aku akan sentiasa mengingati Allah.


Cawan sup dan hadiah ini pula bukan ole-ole, tetapi antara hadiah yang aku terima daripada anak-anakku sempena umurku yang ke .....pada 2 Januari yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga kepada kalian, aku pun tak tahu nak balas dengan apa, nak kukirim minyak kelapa dara, sudikah kalian meminumnya?

Isnin, 9 Januari 2012

BERJABAT TANGAN/BERSALAM DENGAN DUA TANGAN?

Surah Al-'An ' am ayat 70


Ertinya:
Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain daripada Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

Teringat pesan orang alim, jika kita mendengar kuliah agama, apabila balik ke rumah, kita haruslah sampaikan kepada isteri kita, kepada anak-anak kita, supaya ilmu itu dirasai oleh semua. Justeru, saya nukilkan di sini tentang apa yang saya peroleh sebentar tadi bukan sahaja saya kongsikan kepada keluarga saya, tetapi juga untuk anda yang sudi membacanya.


Tanda-tanda Celaka Bagi Seseorang Manusia
Penceramah telah memulakan mukadimmah dengan Surah Al -'An 'am ayat 70. Lalu menceritakan bahawa tanda-tanda manusia itu akan celaka ialah:


1. Orang yang bertambah ilmunya, namun ia bertambah lalai
2. Orang yang bertambah usianya, namun ia bertambah jahil
3. Orang yang bertambah hartanya, namun ia semakin kedekut


Jika tiga perkara itu dibincangkan, akan panjanglah entri ini dan tiada siapa yang sudi membacanya.


Ustaz berkata, kita semua yakin kita semua akan mati, memang terlalu yakin, tetapi kita gembira sangat, hingga kita rasa kita ini tidak akan mati, hingga kita tidak membuat persiapan langsung untuk itu.


Kita tahu generasi bertukar, bayi-bayi yang lahir itu, menggantikan orang-orang tua yang telah kembali kepada Allah, begitulah dunia ini berputar, dan kita sudah menghampiri kematian, namun kita tetap cool, kita tetap tenang, tanpa menambah amal kita.


Kita masih solat lebih kurang 5 minit X 5 kali sehari. Kita cuma beribadah menghadap Allah selama 25 minit sehari? Adakah ia cukup untuk kita menikmati anugerah Allah di akhirat nanti? Tidak malukah kita kepada Allah?


Ciri-ciri Akal Yang Waras
Akal yang waras akan memikirkan 3 perkara:
1. Munajat kepada Allah
2. Memperhitung amal diri sendiri
3. Memikirkan alam ciptaan Tuhan


Siapa Yang Tolong Kita Di Akhirat?
Lalu ustaz bercerita lagi, pada suatu petang beliau pergi berceramah di Shah Alam, sementara menanti waktu berceramah, beliau pergi ke satu pasar malam. Beliau terlihat seorang warga emas. Perempuan tua itu meminta sedekah. Beliau memerhatikan perempuan itu begitu lama lalu berfikir.... Di tengah-tengah penduduk Shah Alam yang kaya-raya ini, ada seorang insan yang miskin papa kedana. Kedua ustaz memikirkan ke manakah anak-anak perempuan tua itu? Kenapakah dia dibiarkan demikian rupa? Ketiga ustaz berfikir, memang ada orang yang lalu-lalang di pasar itu yang menghulurkan duit kepadanya.


Iktibarnya di sini , jika di dunia ini, kita susah, miskin, jika kita minta pertolongan orang, masih ada yang sudi hendak menolong! Namun di akhirat nanti, siapa yang hendak menolong kita? Masing-masing akan ditanya tentang amalan masing-masing, tiada sesiapa lagi yang dapat menolong kita ketika itu!


Songkok dan Kasut
Dalam perkara lain, penceramah memberi teguran, ada hamba Allah, bab-bab untuk ibadah, misalnya membeli songkok, ada yang membelinya bertahun-tahun lepas dengan harga yang murah.  Ia tetap dipakainya dan tidak pernah dibasuh sehingga rupanya seperti bantal busuk. Baunya Masya Allah..! Tetapi apabila beli kasut, sanggup beli harga yang mahal sehingga RM 300.00. Adilkah kita, untuk kepala kita beli yang harga RM 5.00, sedangkan untuk kita pakai di kaki kita sanggup beli dengan harga beratus-ratus?


Berjabat Tangan/Bersalam Guna Satu Tangan atau Dua Tangan? 
Penceramah bertanya, jika kita hendak masuk tandas, kaki kanan dulu atau kaki kiri? Ya kaki kiri. Masuk mesjid? Kaki kanan dulu. Hendak masuk ke rumah sendiri?...Oh tentulah dengan kaki kanan. Ya untuk kita masuk ke tempat-tempat yang baik, kita masuk dengan kaki kanan. Untuk ke tempat yang kotor, kita msuk dengan kaki kiri.


Jadi bersalam hendaklah dengan hanya tangan kanan sahaja. Kanan dengan kiri tidak boleh bersama. Bersalam dengan dua-dua tangan merupakan adat Melayu. Bolehkah kita masuk tandas atau mesjid dengan dua-dua kaki melompat serentak masuk ke dalamnya? Tidak.


Cara yang betul ikut Islam hanya dengan satu tangan, iaitu tangan kanan. 


Lima Milik Kita Akhirnya Ke mana?
Setelah kita mati, maka:
i. Nyawa kita akan diambil Malaikat Izrail
ii.Harta kita, tanah, rumah, kereta, saham, emas akan diambil oleh waris-waris kita
iii.Isi badan kita, akan dimakan ulat-ulat dan cacing di dalam tanah.
iv.Tulang juga akan dimamah tanah.
v. Amal kita yang baik, mungkin akan pergi kepada orang-orang yang pernah kita aniayai, sakiti.


Juteru....Apa yang tinggal pada kita?.....


Sekian, untuk kali ini, jumpa lagi. 

UCAPAN PALING MAHAL DEKAD INI

Ahad, 8 Januari 2012

KIAMAT 21 DISEMBER 2012?



Surah Al A'raf ayat 187:

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat bilakah terjadi katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu Amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya dan katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." 

Itulah dalil paling kuat bagi menentang ramalan para ahli nujum sama ada oleh kalendar etnik Maya di Guatemala dan Mexico, atau ramalan peramal China keturunan Dinasti Chang, bahkan ramalan peramal agung Nostradamus, semuanya adalah bercanggah dengan ayat Quran dalam surah Al A'Raf ayat 187 di atas. 


Allah telah menjelaskan bahawa TIDAK SEORANG PUN YANG DAPAT MENJELASKAN WAKTU KEDATANGANNYA SELAIN DIA (ALLAH). 


Kita sebagai orang Islam mesti berpegang teguh dengan kebenaran Al Quran sebagai wahyu Allah yang telah diturunkan kepada umat manusia melalui Rasulullah S.A.W.


Sesungguhnya, dalam 100 ramalan ahli nujum itu, 99% merupakan pembohongan, dan Rasulullah melarang kita mempercayai ahli nujum kerana ia sebagai satu amalan Jahiliah.

Sabtu, 7 Januari 2012

SABTU YANG INDAH

Setelah tiga hari bekerja, tiba lagi saat indah, bercuti, bangun tidur, lepas subuh anak-anak bujang ini mengajak aku memancing. Lokasi sebuah desa di Seri Medan, Sejagong. Dah setahun lebih tak ke sini.

Sesi bergambar di kawasan lapang nan membiru, sebelah depan kami bergambar ini, merupakan lebuh raya utara selatan antara Pagoh dengan Yong Peng.

  
 Muka aku nampak eksyen pulak, anak aku cakap, ayah ni skema sangat, macamana ikan nak makan pancing 
 Gaya memancing bocah cilik

Nampak kelibat empat ekor haruan di bawah ikan-ikan kecil ini. Satu ekor dah terkena, tetapi kemudian terlepas...! Irfan kempunan lagi.
 Dah tengah hari, panas pulak tu, baliklah, kena lalu terowong ni, terowong Sejagong.
 Janganlah gempa bumi, kami tengah lalu ni
Di simpang Pt No 4, Pt Jayus, menuju ke Sejagong ni dah ada warung, makanlah kami nasi sampai kenyang. Tiga orang RM 12.00 Gambar ni menunjukkan juga tempat menjual kelapa sawit bagi penduduk Sejagong dan Pt No 4, Pt No 3, Pt Jayus.


Sekian...pagi ini....saja nak mengisi masa lapang dan hilangkan stress dan melihat keindahan langit ciptaan Allah.

Rabu, 4 Januari 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

SEPINTAS LALU TENTANG 4 ORANG ANAK KAMI, YANG MULA BERSEKOLAH PAGI TADI
Anakku Arina pada pagi pertama  hendak pergi ke sekolah (masuk Tahun 1)

Irfan bersekolah sesi petang, TELAH didaftarkan di sekolah baru 

Selepas sahaja rakaman di atas, aku terus menghantar anak-anak ke sekolah, kemudian aku terus menuju ke tempat aku bertugas. Inilah tahun ke sembilan aku menabur bakti di sini.


Biasanya paling lama aku berada di sesebuah sekolah itu adalah antara empat hingga lima tahun sahaja. Ini disebabkan ia bukanlah jauh sangat, 25 minit sampailah aku di sekolah itu.


Turun sahaja dari kereta, menanti dua orang ibu, dan seorang bapa, hendak membayar duit buku dan yuran PIBG. Ibu bapa yang lain telah menyempurnakannya pada 2 Januari.


Setelah urusan itu selesai, perhimpunan pun dijalankan. Walaupun hari Rabu, perhimpunan tetap dijalankan kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Ada lebih kurang 30 orang ibu bapa yang berdiri di sana-sini, memerhatikan sesi perhimpunan itu. Kebanyakan ingin menyaksikan anak-anak mereka masuk Tahun 1 dan juga Pra Sekolah. Alhamdulillah, tahun ini tiada suara tangisan seperti tahun lepas.


Selesai perhimpunan, ibu bapa mengiringi anak-anak mereka yang masih cute itu masuk ke kelas.Tiba-tiba aku dikejar oleh seseorang.


"Cikgu, cikgu......ayah saya kata dia tak dapat bayar duit buku, macamana ni?"
" Kamu gunakan buku tulis tahun lepas dulu, ada duit sikit-sikit boleh bayar ansur"


Lalu aku bertanya kepada guru kelasnya tahun lepas. Dia kata, semua adik-beradiknya seperti itu. Malah yuran tahun yang lepas-lepas pun tertunggak lagi.


Lalu aku terfikir, pada tahun lepas, ayahnya ada datang dua kali pada awal November. Pertama terima duit bantuan banjir khas untuk murid sekolah sebanyak RM 200 setiap murid, dan kemudian RM 100 duit yang diumumkan oleh PM tempoh hari, maknanya tiga orang adik-beradiknya, bapanya telah mengumpulkan RM 900. Mana perginya duit itu? Satu sen pun tidak digunakan untuk persekolahan anak-anaknya itu? 


Dengan ini saya berharap, cara pengagihan duit bantuan persekolahan RM 100 itu pada tahun depan jika ada, hendaklah diubah. Misalnya ibu bapa hanya tandatangan, dan duit terus ditukarkan dengan buku dan kelengkapan sekolah tanpa banyak bicara. Tidak adalah ibu bapa yang mendakwa itu hak mereka, sedangkan anak terabai. Saya tidak akan simpati kepada keluarga yang bersikap demikian. Mungkin saya hanya membelikan buku tulis bagi mata pelajaran yang saya ajar sahaja untuk budak itu. Jika mereka benar-benar miskin pasti ramai yang hendak membantu, namun ini merupakan sikap yang menjengkelkan kerana tidak tahu menghargai pemberian pihak-pihak tersebut.

Selasa, 3 Januari 2012

BERBICARA TENTANG KEHEBATAN AL QURAN

Malam tadi saya berkesempatan mendengar kuliah Magrib di mesjid tempat saya ini, pergi tanpa pen dan kertas. Namun saya tetap fokus dengan apa yang disampaikan oleh ustaz yang diundang dan ia berlangsung selama satu setengah jam itu. 

Mukadimmah bermula tentang sejarah Nabi Muhammad SAW yang berketurunan bukan sebarangan, kerana datuknya seorang yang ternama di bumi Mekah, namun baginda tidak pernah menerima sentuhan daripada orang-orang yang disayanginya itu.

Ibunya menghantar Nabi Muhammad SAW ke sebuah desa terpencil untuk disusukan oleh Halimatus Saadiah selama dua tahun.Kemudian kerana bimbangkan dengan pengaruh kota, Rasulullah terus diamanahkan oleh ibunya agar terus dijaga oleh Halimatus Saadiah, sehingga berusia empat tahun. Kemudian diambil dan dijaga oleh ibunya Aminah sehingga berumur enam tahun. Ibunya pula meninggal dunia, dan baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib. Datuknya pula meninggal dunia, dua  tahun kemudian. Dan akhirnya baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Thalib sehingga dewasa. Jadi siapa yang mewarnai kehidupan Rasulullah?

Allah aturkan kehidupan Rasulullah SAW demikian rupa, supaya manusia mengetahui tidak ada sesiapa yang mengajarnya ilmu, termasuklah ilmu pemerintahan, dan seluruhnya. Bahawa di sini, Rasulullah menerima ilmu dan wahyu terus daripada Allah SWT.

Kerana kehidupannya tersusun sedemikian, maka sehingga baginda tidak belajar menulis dan membaca. Maka tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa Al Quran itu hasil ciptaannya.

Sewaktu perjanjian Hudaibiah, orang-orang Qurais Mekah tidak mahu perkataan Rasulullah dalam surat perjanjian itu, lalu baginda menyuruh Saidina Ali memadamnya, namun Saidina Ali yang bersikap tegas, tidak mahu berbuat demikian. Rasulullah meminta Saidina Ali menunjukkan manakah perkataan Rasulullah dalam surat perjanjian itu. Rasulullah sendiri  memadam perkataan itu ....ini menunjukkan Rasulullah memang tidak boleh membaca.

Namun bagaimana dengan keadaannya itu, baginda boleh membina satu tamadun yang paling hebat, dengan kitab Al Quran yang mengandungi ilmu yang sangat tinggi dan luas, yang boleh menceritakan tamadun zaman silam, sedangkan Rasulullah belum lahir? Mana ada satu buku didunia ini, yang menceritakan  perkara yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu tanpa membuat kajian yang mendalam? 

Banyak penemuan menakjubkan oleh manusia, rupa-rupanya telah tercatat dalam Al Quran 1400 tahun yang lampau. Sebagai contoh dalam ayat berkiut:


Surah Yasin Ayat 38-40

Antaranya, ayat 38-40 dalam Surah Yaasin, yang menceritakan tentang matahari dan bulan yang beredar mengikut orbitnya. Ketika itu tidak ada teropong angkasa atau ahli-ahli sains lagi!


Lalu ustaz bercerita mengapa dalam Kitab Al Quran itu, disusun Al Fatihah di depan sekali, kemudian Surah Al Baqarah dan seterusnya, kenapa surah Al-ALAQ (Iqra'0 surah pertama yang baginda terima diletak di belakang, kenapa tidak di depan sekali?


Penyusunan surah-surah itu bukan oleh keputusan sahabat-sahabat baginda. Ia merupakan arahan daripada Rasulullah sendiri kepada sahabat-sahabatnya yang menulis Al Quran ketika itu. Ia adalah atas petunjuk Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Ini kerana, dalam kebanyakan surah, surah yang kemudiannya mentafsir sendiri ayat-ayat dalam surah sebelumnya.


Ustaz bercerita hal demikian, supaya kita semua menambah iman kita, bahawa  
Islam itu benar, Al Quran itu benar, Nabi Muhammad itu benar, dan kita semua akan menghadap Allah di akhirat nanti. 


Hanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada pagi yang indah ini, bertemu lagi dalam entri seterusnya. 


Lagi tajuk tentang kehebatan ayat Al Quran

Ahad, 1 Januari 2012

SUSAHNYA NAK PINDAH SEKOLAH

Tetamu dari Pasir Puteh Kelantan, sahabat lama, Kashfi dan famili





Untuk proses perpindahan sekolah Irfan, telah memakan masa hampir seminggu:


1. Pada awal cuti 18 November, saya telah menemui pengetua sekolah swasta tersebut, namun beliau telah bercakap panjang tentang keburukan dan kebaikan memindahkan anak. Oleh sebab saya segan, saya pun balik ke rumah.


2. 20 Disember sekali lagi saya ke sekolah itu, saya mengisi borang sebanyak empat helai. Borang itu saya tinggalkan di pejabat. Kerani sekolah suruh saya datang semula 27 Disember, kerana pengetua akan tandatangan pada tarikh tersebut.


3. 27 Disember saya pergi semula ke sekolah dan mengambil borang yang telah ditandatangani pengetua. Kerani sekolah mengatakan banyak lagi maklumat dan bahan tidak dapat dikumpulkan seperti buku kokurikulum, kad kesihatan dan sebagainya. Guru-guru masih bercuti dan sukar untuk menghubungi mereka kerana telah bertebaran di seluruh Malaysia.


4. 28 Disember, saya berangkat ke Pejabat Pelajaran Johor, di Johor Bahru, dan permohonan diluluskan.


5. 29 Disember, saya ke Pejabat Pelajaran Daerah, Batu Pahat. Ramai berada di kauter pejabat itu, kebanyakannya urusan pindah sekolah. Permohonan ke SMKDS telah diterima.


5. 30 Disember (pagi) berjumpa HEM SMKDS memaklumkan sahaja yang anak saya Irfan akan masuk ke sekolah itu. HEM menyuruh saya datang pada 2 Januari 2012 untuk didaftarkan kepada Penyelia Petang.


5. 30 Disember (petang), saya ke sekolah lama Irfan, dapat mengumpulkan lima bahan termasuk markah-markah kerja kursus. Namun ada lagi 4-5 bahan yang belum mencukupi, aduiii. Cikgu-cikgu masih ada yang bercuti lagi. Nampaknya saya kena datang lagi ke sini.


6. 2 Januari...Irfan akan didaftarkan oleh ibunya kerana saya sendiri akan menerima kedatangan ibu bapa di sekolah saya bertugas untuk membeli buku dan sebagainya.


Semasa di PPD, Batu Pahat, saya bertemu dengan seorang bapa yang juga memindahkan anaknya daripada sekolah wxyz ke sekolah biasa....
"Susahnya prosedur memindahkan anak, rasa macam nak berhentikan dia sekolah aje...!"


Saya kata "Jangan bang, zaman sekarang, orang nak menerima menantu pun tanya sekolah sampai mana? Kalau setakat sekolah rendah je, susah nak dapat jodoh nanti".