Ahad, 26 Februari 2012

WARNA-WARNI LE TOUR DE LANGKAWI 2012 DI PARIT SULONG


Tengoklah video aku yang terketar-ketar kerana teruja sangat dengan perlumbaan ini di samping terlupa makan tengah hari pada masa kejohanan ini.
 Guardini tetap unggul dengan juara LTDL 3 MELAKA-PARIT SULONG, dan ANUAR MANAN menduduki tempat ketiga. Gambar kredit untuk web LTDL (Utk 3 Pic teratas ini)
Pemenang kumpulan warna



Tarian Zapin...






Para pelumba akan menaiki bas eksklusif ini menuju ke hotel penginapan di Batu Pahat

Juruacara menggelarkan mereka yang berada di atas bangunan yang belum siap itu sebagai SUPERMAN PARIT SULONG. Polis jangan tangkap, mereka bukan nak bunuh diri, tetapi kerana nak menyaksikan LTDL dari udara!
Mana aku nak lawan kamera mereka yang besar macam meriam portugis ini
Orang Parit Sulong bergambar dengan Juruacara LTDL yang petah itu(bertopi)




 Anak-anak aku, ada yang tidur kat rumah.
PRENTOL...satu watak Barongan turut memeriahkan suasana


Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta, aku terdengar suara merdu, gerangan siapalah punya suara itu? Oh ADIRA AF, berhentilah kejap, dia tengah praktis untuk persembahan malam. Adira banyak membelakangkan penonton nampaknya, maklumlah praktis.


Nak balik, muncul pulak Bagio, tapi nampaknya budak-budak tu tak berapa kenal Bagio. Lagu kegemaran aku zaman bujang dulu, Umpama Mimpi dalam Mimpi... Bagio menyanyi dengan penuh perasaan nampaknya....Jeritan bagai ketawa, sedu sedan.menjadi syair cinta...bla...bla.....bla...

Selasa, 21 Februari 2012

ULAR MELINGKAR DI DAPUR

Petang semalam selepas aku mengambil Arina dari sekolah agama, aku baring-barng kejap membaca majalah. Sekonyong-konyong......Isteriku memberitahu berlaku kekecohan di belakang rumahku, iaitu di dapur jiranku.

Tiga orang berpakaian seragam biru memeranjatkan aku. Aku ingatkan pihak majlis daerah datang membuat tinjauan. Maklumlah aku pun belum bayar cukai pintu ni...hehehehe

Rupa-rupanya ular melingkar di almari dapur jiranku itu. Bukan sebarang ular mak oi...ular tedung hitam yang berkepala kembang tu.

 
Yang menakutkan, pihak anggota Pertahanan Awam tu kata, ular tu dah ada sarangnya dalam almari kayu tu, maknanya dah berminggu-minggu dia duduk kat situ. Alhamdulillahlah dia tak mengacau anak isteri jiran aku tu. Syukur kepada Allah. Aku pun pernah terserempak dua kali dengan ular kat kawasan rumah aku, ular tedung selar warna kuning lagi, yang bahaya tu. Maklumlah kawasan mereka dah dibangunkan jadi rumah-rumah mewah kat sebelah taman perumahan aku duduk ni.


Ahad, 19 Februari 2012

Sabtu, 18 Februari 2012

PINTA DAN DOA



Inilah antara lagu ketuhanan yang aku gemari waktu aku remaja dulu. Kini usiaku umpama senja itu. Betapa cepatnya masa berlalu.

Satu hari aku singgah di kedai kawan lama di kampungku itu.

Aku lihat kedainya tidak semeriah dulu. Cuma menjual barang-barang yang diperlukan sahaja. Lantas aku bertanya tentang perubahan itu.

"Cukuplah Mat Som, aku pun dah pergi haji, anak pun sorang, dah kerja sendiri, apa lagi aku nak kejar. Kebun ada sikit-sikit..."

"Masa muda-muda dulu memang macam-macam aku nak buat, tapi, tulah cukuplah yang Allah bagi..."

Setelah berbual-bual panjang, aku pun meminta diri.

Tiba-tiba sebulan kemudian aku menerima perkhabaran, sahabatku itu telah pun meninggal dunia dengan mengejut. Ya Allah....

Dari Allah kita datang, dan kepaNyalah kita semua akan kembali....

SEKADAR BEBELAN PAGI SABTU

Memang kalau boleh, gaji yang ada ni dah cukup untuk kehidupan. Namun, keadaan sekarang sangat memeritkan. Sebab tu rakyat yang bergaji RM 3K kebawah dapat bantuan RM500. Sebab tu juga kerajaan bagi bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah, dan RM 200 untuk pelajar universiti beli buku. Semuanya kerana harga barang dan perkhidmatan telah meningkat dengan mendadak sehingga pendapatan bulanan tidak dapat menampung keperluan asas.


Kerana itu jugalah aku dah lama terlibat dengan jualan herba. Anak-anak semakin besar dan memerlukan banyak ongkos.  


Jika ada pihak yang kata, kakitangan kerajaan dilarang berniaga, akulah antara yang pertama akan rasa tak puas hati. Yang bercakap tu mungkin gaji dia RM 10K. Mungkin juga harta warisan yang dimiliki tak habis walau tujuh keturunan? Asal saja ia tak mengganggu tugas hakiki, okeylah tu. Betapa ramai guru yang berniaga di pasar malam. Dan di kampung-kampung pula, guru terlibat dengan perkebunan? 


Itulah saja coretan aku pagi ini, sehingga berjumpa lagi.



Selasa, 14 Februari 2012

PENDAPATAN PERKAPITA MENINGKAT, TETAPI KITA...?


Menteri dijabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berkata tadi di Shah Alam, pendapatan perkapita penduduk Malaysia meningkat dengan ketara sejak tahun 1970.


Pada tahun 1970 pendapatan perkapita rakyat Malaysia ialah RM 1159, kini meningkat kepada RM 28 000 setahun.


Pendapatan Perkapita itu apa Wak? Emboh, aku tak tau apa itu pendapatan perkapita...!


Pendapatan perkapita ialah pendapatan secara keseluruhannya bagi rakyat sesebuah negara. Pendapatan purata atau pendapatan rata-rata. Katakanlah pendapatan sesebuah felda itu antara RM 5000 hingga RM 10 000 maka, pendapatan perkapitanya dalam lingkungan itu.


Semakin tinggi pendapatan perkapita sesebuah negara, maka semakin makmurlah akan negara itu.


Jika pendapatan kalian kurang dari RM 28 000 setahun, itu menunjukkan anda telah menjadi golongan yang patut dibantu dengan segera. Kerana pendapatan peniaga haram dari negara asing di pasar-pasar malam pun telah melebihi jumlah pendapatan kaki tangan kerajaan.


Oleh itu, pendapatan kita mesti melebihi RM 2333 sebulan, barulah secocok dengan kenyataan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop itu tadi. Jika kurang, anda kena buat sesuatu nampaknya.

Kesimpulannya:

"Pendapatan perkapita adalah pendapatan yang diterima secara purata oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara." 

 

Isnin, 13 Februari 2012

DOA SUPAYA ANAK TIDAK MELAKUKAN MAKSIAT DAN BERZINA

Saya ulang semula doa ini untuk menggambarkan betapa pentingnya kita memelihara nama baik dan maruah kita dan agar keturunan kita tidak melakukan dosa besar ini. 
Cara: Ayah meletakkan tapak tangannya pada dada anak lelakinya
Dan ibu meletakkan tapak tangannya pada dada anak perempuan, dan baca doa ini dengan penuh tulus.

Ada yang kata ia susah dibaca, baiklah...
Lelaki:          AllhummagFirzambahu, Wattohir Qolbahu, Wahassin ParJahu
Perempuan:  AllahummaFirzambaha, Wattohir Qolbaha, Wahassin Parjaha.

Ahad, 12 Februari 2012

USTAZ ZAHAZAN MOHAMED-DOA SUPAYA ANAK MENJADI PENYEJUK HATI

SIMPANG TIGA 11 Februari-Aku baru saja pulang dari Mesjid Simpang Tiga, Parit Sulong yang telah mengadakan sambutan Maulidurosul secara besar-besaran. Beberapa orang penduduk telah berkongsi mengadakan aqiqah dan dua ekor lembu telah ditumbangkan bagi memeriahkan majlis ini.

Ustaz yang dijemput ialah Ustaz Zahazan Mohamed. Sepanjang ceramahnya tadi, beliau banyak menasihatkan penduduk agar menjaga amanah Allah, iaitu anak-anak. Antaranya carilah rezeki yang barakah, dan jauhi rezeki yang tidak halal.

Hadirin juga diajar doa secara beramai-ramai, bagaimana supaya anak-anak kita terpelihara daripada melakukan zina.

Semasa berdoa, Ayah meletakkan tapak tangannya pada dada anak lelaki
           Dan ibu meletakkan tapak tangannya pada dada anak perempuan

Ruminya:

Allahummagfirzambahu watthohiir qolbahu wahhasin parjahu(anak lelaki)
Allahummafirzambaha wattohir qolbaha wahassin parjaha (anak perempuan)          

Beliau berpesan, kalau sudah lupa, layarilah facebook beliau USTAZ ZAHAZAN MOHAMED ada DOA SUPAYA ANAK TIDAK BERZINA DI SITU (SILA KLIK)

Satu lagi doa yang terkandung dalam Surah Al-Furqan ayat 74 patut diamalkan agar anak-anak, isteri dan keturunan menjadi penyejuk mata kita. Doa tersebut ialah:

Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Amalkanlah ia sehari-hari...agar anak keturunan kita menjadi orang yang baik-baik..

Satu lagi ustaz berpesan, jika dahulu pernah melakukan satu dosa (misalnya berzina), janganlah ceritakan dosa itu walaupun dengan suami, atau isteri. Taubat nasuha dan biarlah Allah sahaja yang tahu, dan memohon keampunan kepadanya. Mengapa? Kerana jika diceritakan, kesan buruknya lebih banyak. Keaiban akan tersebar. Ditakuti anak-anak kita tidak akan diterima orang sebagai menantu dan pelbagai kesan buruk yang lain.

Kerana ramainya orang aku hanya dapat mengambil gambar ustaz melalui layar ini sahaja 

 Yang bersongkok tinggi tu macam kenal, siapa lagi...Cikgu Abd Razak Othman

 Tetamu datang dari seluruh Parit Sulong dan sekitarnya. Nampak juga kelibat orang Seri Medan, Semerah dan lain-lain...Alhamdulillah. 
 40 orang pelajar tahfiz Rahbaniah juga dijemput.
Seorang penduduk Pt Hasan Ahmad 2 turut datang ke Simpang Tiga

Sebelum entri ini menutup tirai, atas kesetiaanku kepada syarikat, BIO ASLI telah memuatkan wajah hodohku di Muka surat 19, KOSMO Ahad 12 Februari hari ini. Insya Allah rezeki aku bertambah hari ini....

Sabtu, 11 Februari 2012

GURU MITHALI

Assalamualailkum Cikgu-cikgu, cikgi-cikgi, tuan-tuan, puan-puan, para pengunjung, blogger tegar dan sidang pembaca senyap tanpa saya tahu siapa anda.

Jika hari itu saya menonjolkan kerajinan guru perpustakaan sekolah tempat saya mengajar ni, nah...kali ini tibalah masanya saya menceritakan seorang lagi guru hebat di sekolah saya. Kali ini cikgu lelaki pula. Jangan ingat cikgu perempuan saja yang rajin...hehehehe...Entri ini saya janjikan kepada Cikgu Norgie, barulah sempat saya tunjukkan bagaimana Tn Hj Khairul Anuar Bin Abdul Manap (muda-muda dah pergi haji) menghiaskan bilik darjah anak-anak didik yang sangat-sangat disayanginya.  

Cikgu Khairul Anuar berkata, beliau buat ini semua supaya murid dapat belajar dalam suasana yang santai macam rumah sendiri. Sekolahku Syurgaku begitulah kiranya. 
Hiasan Dinding luar kelas
 Cikgu Khairul memang luar biasa orangnya. Pernah menduduki tempat ketiga peringkat kebangsaan bagi Guru Kreatif dan Inovatif beberapa tahun yang lepas.
 Di bawah papan hitam ini dipenuhi kosa kata Bahasa Inggeris yang mesti diketahui oleh pelajarnya.
 Tanpa menunggu bantuan kerajaan, beliau mengecat sendiri dinding kelas ini dengan tangannya sendiri.
 Yang cikgu lain tak sanggup buat, beliau membelanjakan RM 1000 (dari poketnya sendiri) untuk membeli karpet bagi seluruh lantai kelas 6 ARIF ini. 

 Untuk meluaskan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris juga, beliau menampal gambar-gambar ini di empat penjuru kelasnya. Kosnya entah berapa. Ratusan juga ni... 

 Kalian boleh anggarkan kos membeli buku-buku cerita dan ensiklopedia ini. Juga dengan duitnya sendiri. Mesti ribu juga ni...? Kalau ditanya, beliau hanya tersenyum saja. Semuanya untuk kepuasan dirinya dalam menabur bakti kepada anak didiknya itu. 

 Beliau juga ada beberapa modul pengajaran dan pembelajarannya sendiri.
 Banting juga ditempah bagi menyemarakkan semangat pelajar kelas ini
 Alas meja, sketcing, oh saya memang tak terbuat untuk kelas saya..
Panitia Agama Islam menyediakan air Yasin di belakang kelas, bagi memberi suntikan rohani agar pelajar sentiasa belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat.

Semoga entri ini dapat memberi idea tentang bagaimana untuk menyediakan satu suasana pembelajaran yang kondusif. Soalnya sanggupkah kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit seperti Cikgu Khairul..?