Sabtu, 14 April 2012

HANTU DI DALAM BILIK SUIZ

Seawal jam 7.00 pagi, aku bertolak ke kebun bertemankan anakku Irfan. Projek menebas belum selesai lagi. Kami membawa bekal nasi bungkus. Irfan dengan dunia pancingnya. Aku menebas sehingga jam 12.00  tengah hari. Ibnu Masgut datang membincangkan hal pengurusan kebun, kerana Masgutlah yang memetik buah sawit ini sekarang sejak abang aku eksiden Januari lalu. Masngut ialah saudaraku dari Indonesia yang telah berada di sini sejak tahun 1993 lagi. Setiap dua tahun dia akan pulang ke Indonesia untuk melihat anak dan isterinya. Kesian kan. 
Jam 12.30 aku singgah di rumah ibuku. Kemudian membersihkan diri dan pergi ke SK SERI PASIR. Gambar di atas ialah kelas 5Arif di mana aku jadi Guru Kelasnya. Gambar tersebut diambil sebelum aku cat. Aku cat kelas ini tahun 2008. Kemudian aku tunggu kerajaan pusat supaya mengecat bangunan ini, rupa-rupanya ikut prosedur bangunan sekolah akan dicat sepuluh tahun sekali. Dan aku telah berada di sini selama sembilan tahun. Tahun depan lah kut?
Guru kelas lain semua dah cat kelas mereka. Malu pulak aku tak cat kelas aku ni. Murid-murid kumpul duit, dan aku bayar separuh. Mintak banyak-banyak nanti emak bapak bising pulak. Dah 17 tahun aku mengajar di sekolah menengah sebelum ini, aku tak pernah risau fasal dinding kelas yang bercapuk, kerana budak-budak besar pandai berdikari. Jadi cikgu sekolah rendah ni semua kena buat sendiri. Nak mintak mereka tolong cat, alamatlah berkecah sana, melekat sini, rosak nanti! 
Dinding yang menyakitkan mata tadi dah hilang. Jaga kau murid-muridku, kalau pijak dinding ni, taulah cikgu nak buat apa?
Senyap aje sekolah hari ni, hari Sabtu, yang ada cuma Jaga Sekolah. Pintu itu ialah pintu bilik suiz. Tahun 2009, seorang murid aku nampak hantu kat bilik itu. Menjerit-jerit pucat. Akhirnya dia mintak pindah sekolah. Korang tau? Bapak budak tu siap bawak bomoh ke bilik ini dan bawa air satu bekas plastik besar yang macam tempayan tu. Puh kanan, puh kiri. Kemenyan dan bau minyak wangi memenuhi kelas ini. Aku tetap mengajar di depan kelas, macam tak ada apa-apa yang berlaku. 


Al hamdulillah hantu ni tak kacau budak-budak lagi, tetapi kalau waktu malam kelibatnya sering disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah kami. 
Dah penat, jam 3.30 petang aku ke mesjid, dan kemudian keretaku menuju ke Parit Sulong. Dalam benakku terfikir....banyak lagi yang perlu aku buat untuk menceriakan kelas ini. Mana aku nak mintak peruntukan ni?

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Gigihnya kau mengecat. Elok la tu, berbaktilah dgn penuh kesungguhan. Moga Allah membalas dgn sejuta kebaikan.

Aku rasa kat mana2 sekolah memang ada hantu. "Diorang" ni nak tumpang belajar la..

Mama Janet berkata...

kat sekolah rendah anak saya dulu pun pernah heboh pasal malam2 budak2 nampak kelibat hantu.sejak itu kelas tambahan waktu malam untuk UPSR dihentikan.

Pida berkata...

Sekolah saya dulu (sdbl) takde hantu. Tapi budak-budaknya ramai yg macam hantu hahaha... orang cakap, bukan saya.

Tanpa Nama berkata...

1.Huhhhhh!!rajinnya kau mat som!sepatutnya kau sekurang-kurangnya dah jadi Pk!kau mula mengajar mulai tahun 1998!ramai yang dah jadi gurubesar atau sekurang-kurangnya pk!
2.guru-guru baru terutama yang bergred 41 di sekolah rendah sepatutnya malu dengan guru seperti mat som!!
3.baru-baru ni ada pekeliling tentang kenaikan secara timebassed dari gred 32 ke 34!kau dah isi mat som!!jangan lupa isi borang!itu saja cara untuk naik gred bagi guru biasa yang tak hendak pangkat macam mat som ni!
4.ikut imam Al-Ghazali,diminta jauhkan diri dari gila pangkat!tapi sekarang terbvalik pulak!yang gitu-gitu je gila nak berpangkat!!yang rajin dan komited pada kerja macam mat som!!tak hendak pangkat pulak!!
5.selalunya anak-anak guru macam mat som akan berjaya dalam pelajaran!insya-Allah!!

Tanpa Nama berkata...

sambung...
1.selalu cakap kat pelajar kat sekolah!!dulu dimana-mana saja ada hantu!tepi bukit!rumah buruk!ada-ada saja kisah hantu!!sampai takut kita hendak kemana-mana!!
2.tapi sekarang!!hantu dah lari kehutan-hutan!sebab hantu sekrang dah takut pada remaja sekarang!! hantu dah tak berani mengusik remaja dan anak-anak muda!!
3.SEBAB PERANGAI ANAK-ANAK MUDA DAN REMAJA SEKARANG DAH MENGALAHKAN PERANGAI HANTU!!!!!!

Mat Som Sadona berkata...

MM dan TANPA NAMA

Aku dah kata tadi
Aku adalah orang terakhir yg mengecat kelas. Orang lain dah cat masa cuti akhir tahun tempoh hari.

Oleh sebab aku malu lah aku cat ni.

Aku tak mohon pun jadi PK tu.

Silap tu bukan 1998 mula mengajar.
1988 lagi dah....

Tahun depanlah aku mohon ke DG 34 TIMEBASE yg tak ada jawatan PK.

Aku nak tanam sawit sepokok dua, aku tak nak jawatan yg memeningkan kepala tu.

Mat Som Sadona berkata...

Mama Janet
Cikgu dan murid2 kena kuat
Baru hantu tu takut dgn kita

Tak payahlah hentikan kelas tuisyen malam tu.

Mat Som Sadona berkata...

Pida...skarang memang ramai budak jadi hantu.

Hantu pulak takut dgn budak2 sebab gambar mereka asyik diambik dan masukkan ke Youtube.

Tanpa Nama berkata...

YB kan ade... nape xmintak peruntukan sket stakat rm500 snang2 je kan... hehheee...

mkf

Mat Som Sadona berkata...

mkf
Datuk Noraini dah bagi
Tapi utk prasarana yg lebih penting spt komputer, dll.