Selasa, 29 Mei 2012

10000 DAH YANG TONTON



Oleh sebab tak ada entri lain nak cerita, so aku intai-intai video lama aku ni. Video yang entah apa-apa ni. Aku sakat dia orang, dengan mengambil gambar parit sekali yang menunjukkan bahawa kejadian ini berlaku di sebuah kampung dekat rumah emak aku. 


Memangle hebat sambutan ketika itu apabila 1700 buah motosikal besar berkumpul di sana sehingga aktiviti ekonomi lumpuh di kawasan yang dilalui mereka. 


Itu sejarah cerita video tu. Dua hari ni aku agak sibuk melayan tetamu. Adik-beradik. Semalam adik aku. Hari ni kerabat isteri aku. Jadi masa berborak dengan tetamu yang seramai 8 orang tu, tiba-tiba datang dengan rakus dua orang jurujual. Mereka ni tak gerun langsung ada beberapa kereta di depan rumah aku.


Tanpa banyak cakap, lelaki muda itu tanya aku 


 "Ada terima apa-apa dalam tiga hari lepas?" Di sebelahnya seorang gadis yang kelihatan tension.


"Tak apa...tak apa...." Aku macam biasa dengar soalan ni. Ni tektik gores dan menang. Lantas aku tutup gril. Lagi pun aku tengah sibuk layan tetamu. Tiba-tiba dia marah-marah....


"Apa tak apa, tak apa!" Pemuda Melayu itu seperti dah tak ada pendekatan lain. Lantas meninggalkan rumah kami dengan deruan kereta yang menunjukkan kemarahan. Malam setelah semua tetamu balik, aku kata dengan isteri aku yang aku telah berkasar dengan dua orang tetamu tak diundang itu.


Isteri aku memberi sokongan moral


" Dalam bab ini, jangan rasa bersalah..." Kata isteriku bak seorang pakar motivasi.


Aku kata, " Abang ni kalau boleh nak buat baik kepada semua manusia. Malangnya selalu gagal. Patutnya abang menolak dengan berbudi bahasa" Ayat skema, seorang suami bercakap dengan insteri.


Biasanya aku memang sentiasa tutup pagar. Fasal ada tetamu, aku bukalah. Ternyata jurujual sekarang sudah tidak peduli itu semua. Dan aku malu pulak dengan abang ipar dan kakak ipar aku tadi. Macamlah aku ada hutang along pulak! Geram!!!!!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

dorang tu yang sepatutnya beretika kalau bertandang ke rumah orang lain.. ish.. manusia sekarang ni makin pelik

Mat Som Sadona berkata...

Dalam mengejar keuntungan dan income, mereka terpaksa menghadapi prospek dgn ganas, itu mun gkin jalan yg terakhir.Lagi pun masa dia sampai tu, dah menunjukkan jam 6.30 petang. Mungkin belum dapat mangsa lagi lah agaknya tu.