Jumaat, 29 Jun 2012

PESTA UDANG KARA DI PARIT SULONG

Dah lama tak bercerita di sini. Sebabnya notebook aku ni dah rosak. Dua-dua dah masuk ICU. Yang satu ni baru pulih, dan satu lagi dah tiga hari, taukey tu kata, manyak lama mau format awak punya komputer. Lagi satu keyboard pun dah dimasuki air sirap ke entah susu bayi agaknya.

Okey, netbook Ili ni dah boleh digunakan. Petang tadi meninjau apakah yang berlaku di Pt Sulong. Kalau ada berita politik memang aku buat dekk aje, hatta siapapun yang datang ke sini, tak kira menteri ke, bapak menteri ke, Anwar Ibrahim ke, siapa ke....aku tak ambil peduli.

  Udang Kara yang cantik telah berehat di dalam akuarium anak aku

Tetapi pemandangan petang tadi agak luar biasa.Tetamu misteri ini benar-benar tidak disangka akan kehadirannya. Memang pelik, sejak aku duduk di bumi Parit Sulong 17 tahun dulu, tak pernah muncul udang kara air tawar begini banyak di kawasan ini. Jom kita saksikan gelagat orang Parit Sulong dalam dua tiga hari ni....!!!!

 Taukey Car Wash, ni tak melepaskan peluang menjala udang kara itu


 Zainal, orang kuat Parit Sulong menunjukkan udang kara yang ditangkapnya
 Yang memandu pun berhenti nak tengok apa yang berlaku di sini
 Yea....Dia tanya aku....Abang ni wartawan Metro ke?Ish...ish...
 Lokasinya berdekatan dengan lampu isyarat Parit Sulong ni....
 Ada yang dapat setengah baldi, ada yang dapat dua ekor, ada yang kecik, ada yang besar
 Hello, emak ....aku tengah sauk udang ni .....yelah...kejap lagi baliklah ni 


 Lain macam je, macam nak tangkap buaya je brother sorang ni




Cikgu Fika yang mengajar di sekolah Pasti ni turut menangkap udang bersama-sama suaminya sebagai aktiviti petang yang permai ini.

video


video
Gambar terbaru, inilah udang yang ditangkap anak saya, Irfan.
UDANG KARA AIR TAWAR yang kurang risiko untuk mati, cuma tak tau lagi nak bagi makan apa?
Kata blogger-blogger, pelet untuk ikan talapia sesuai dijadikan makanan udang ni

Sabtu, 23 Jun 2012

PENGHUNI NERAKA RAMAI PEREMPUAN KERANA...

Beberapa hari lalu, aku mendengar kuliah Ustaz Syeikh Faisol, orang kuat Darussyifa negeri Melaka. Kuliah di mesjid yang cuma beberapa meter dari rumah aku ni.


Ustaz memulakan cerita dengan sedikit kisah israk mikraj. Iaitu Nabi Muhammad SAW memberitahu bahawa ramai penghuni syurga itu adalah terdiri daripada orang-orang fakir, manakala penghuni neraka pula kebanyakannya ialah wanita.


Apa maksud fakir? Dalam keadaan sekarang, sebagai contoh, katakan keperluan asas sesebuah keluarga itu RM 1000, TETAPI dia cuma ada income RM 500, maka ia termasuk fakir. Tetapi kalau keperluan asasnya RM 1000, dan incomenya RM 950 ia termasuk kategori miskin. Keperluan asas ini ialah bil air, elektrik, makanan, tempat tinggal, pakaian. Bukan bil Astro, internet dan lain-lain, ia tidak termasuk dalam kategori asas.


Ini pula bukan bermakna Islam menyuruh umatnya jadi fakir dan miskin. Tidak. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman merupakan hartawan-hartawan terbilang.
Google Imej


Berkaitan penghuni neraka ramai terdiri daripada kalangan wanita..... ini disebabkan beberapa perkara. Antaranya ustaz memberi contoh, isteri yang memperlekeh pemberian suami. Dia dah tahu gaji suaminya kecik, hari jadi dapat beg tangan murah-murah harga RM 30, mulut isteri gatal bercakap,


"Ini je yang abang beli untuk saya. Saya nak juga memakai Bonia, Charles Jourdan!" 


Selain itu, isteri yang tidak menghormati dan tidak taat kepada suami. 


Satu lagi kategori,di rumah mereka memakai selekeh saja, tetapi apabila ke luar rumah, memakai minyak wangi yang boleh menyebabkan lelaki jalanan tergoda dengan kewangian dan gedak-gedik mereka. Jika mereka perlu, cukuplah gunakan deodorant yang sekadar untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan mereka. Bukan spray atas ke bawah, kanan ke kiri, kiri ke kanan. Ini tujuannya untuk apa? Jika bukan untuk santapan hidung-hidung buaya tembaga yang sentiasa kembang-kempis berkeliaran di luar sana!  


Itu cuma antara beberapa contoh, banyak lagi hal-hal yang menjerumuskan kalian ke jurang api neraka.


Apa-apa pun kita tengok dulu penjelasan panjang lebar bab hukum pakai minyak wangi bagi orang perempuan oleh Ustaz Azhar Idrus.....jom>>>>dengar!

PENGEDAR BIO ASLI KLUANG-KOPI KELAPA DARA, MINYAK VCO31, LOSEN BRUTAL,MINYAK KELAPA DARA

ORANG-ORANG KLUANG-SILA HUBUNGI 

010-3443 880


  MINYAK KELAPA DARA PELBAGAI PERISA RM 40 SETIAP SATU




 MINYAK POWER 31= VCO31 RM 50 SETIAP SATU


LOSEN BRUTAL RM 60 SETIAP SATU














SETIAP UNIT produk minyak kelapa dara BIO ASLI di atas berharga RM 40 termasuk kos pos laju.
Produk-produk tersebut ialah:
MINYAK KELAPA DARA HALIA
MINYAK KELAPA DARA PANDAN
MINYAK KELAPA DARA LEMON
MINYAK KELAPA DARA PURE (TANPA PERISA)
MINYAK KELAPA DARA MADU
MINYAK KELAPA DARA HABATUSAUDA
KAPSUL KELAPA DARA
KAPSUL KELAPA DARA HABATUSAUDA (ORGANIK) 

SILA HUBUNGI 010-3443 880

BIO REST-UBAT RESDUNG 
RM 40

JUS HERBA GOUT
RM 70

 
MINYAK HABATUSAUDA RM 50

DELIMA KALOGEN RM 70
12 SACHET


MINYAK ARGAN RM 70


LOSEN KELAPA DARA RM 35


T-POLO TONIK RAMBUT LELAKI RM 40


TONIK RAMBUT WANITA T-HUGO RM 40


DEODORANT X-TREAM RM 50 (2 UNIT/SEPASANG)


DEODORANT SOFT SEPASANG 2 UNIT RM 50


DEODORANT SOFT & X-TREAM SEPASANG RM 50


SABUN KELAPA DARA RM 25



SABUN HITAM KELAPA DARA RM 25


LOSEN BRUTAL RM 60
UTK LELAKI PERKASA
TAHAN LAMA


BRUTAL-6 RM 70.00


LOSEN KAMAR SUTERA RM 50
LOSEN UTK WANITA DAMBAAN SUAMI


MINYAK POWER VCO 31 RM 50
UTK TAHAN LAMA


Jumaat, 22 Jun 2012

CRISTIANO RONALDO PEMUSNAH




Cristiano Ronaldo Final Goal vs Czech Republic - Tschechien vs Portugal (0-1) 21.06.2012
Memang gol itu sangat menakjubkan!

Sabtu, 16 Jun 2012

KORBAN PERCINTAAN- JULIE REMIE

Petang-petang ni, tak tau nak ke mana,dengar lagu Julie Remie. Teringat zaman-zaman dulu-dulu dengan keluarga dan kawan-kawan sekampung. Masa tu tak fIkir apa, suka saja siang dan malam. Dengar lagu sedih pun suka juga....!

Selasa, 12 Jun 2012

KENANGAN YANG MEMILUKAN

Imej pinjam COLNECT.COM

Banyak kenangan yang masih terpahat dalam kotak rahsia AKU. Dan kali ini aku keluarkan satu lagi cerita aku. Kalau aku ceritakan, takut memalukan diri aku sendiri.

Mula-mula aku bertugas sebagai guru secara rasmi ialah pada tahun 1988, ketika umurku baru 22 tahun. Aku ditempatkan di SMK Paloh, Kluang.

Masa tu, setiap guru baru, paling cepat akan menerima gaji selepas tiga bulan bekerja.

Dalam tempoh tiga bulan tu, pandai-pandailah kami nak hidup. Berhutang ke, pinjam adik-beradik ke. Ketika mendaftar diri, aku diberi RM 200 oleh arwah ayah aku. Lepas tu aku tak pernah mintak lagi. Kepada kawan-kawan serumah yang dah lama kerjalah, aku meminjam.

Bulan ketiga, kerani sekolah memberitahu

"Esok gaji pertama cikgu akan keluar, bolehlah cikgu ambil di UMBC Yong Peng"

Malam tu gembira sangat, maklumlah akan menerima gaji pertama dalam hidup. Masa tu gaji aku tak besar, baru RM 404 setelah dicampur elaun.

Keesokannya, pagi tu aku naik bas ke Yong Peng (Aku tinggal di pekan Paloh). Duit aku cuma cukup tambang iaitu RM 1.30. Apabila aku dah bayar tambang tu, kocek aku dah kosonglah......!!!

Aku pun keluarkan kad bank UMBC ( yang kini dah ditelan bank-bank yang lebih besar) lalu dengan semangatnya aku memasukkan ke mesin ATM di Yong Peng tu.

Check-check balance.....RM 1.00 sahaja....!!! Aku dah mula pucat. Mana gaji aku tiga bulan sebanyak RM 1200 tu?

Aku pun mula panik, bagaimana aku nak balik ke Paloh semula. Jauh ni 20 batu jauhnya. Nak balik ke kampung aku pulak 28 batu lagi. Aku mula ke hulu, ke hilir....dah macam orang sasau....! Ya Allah...harap-harap adalah aku terjumpa duit jatuh kat bas station ni.

Aku tak ada cara lain. Aku jumpa uncle pemandu bas tu. 

"Mr Tan, saya mau mintak tolong awak boleh tak?"
"Apa fasal, boleh-boleh, wa boleh tolong punya..."
"Saya punya kad sudah kena telan itu mesinlah" Aku nak kata gaji belum masuk, malulah aku.
"Sekarang, saya sudah tak ada duit mau bayar tambang bas ma, kasi hutang boleh ka? Minggu depan saya bayarlah" tambah aku lagi.
"Oh wa tak kisah, mari sini saya belanja awak makan, banyak kasihan"

Mr Tan belanja aku makan nasi lemak. Malu aku tak terkata. Aku menyumpah-nyumpah dengan bank UMBC tu. Memang lembab.....!

Setelah menerima gaji berkali-kali, barulah aku tau, rupa-rupanya bank UMBC tu memang lewat masukkan gaji berbanding bank yang lain. LEWAT SEHARI SETIAP BULAN. Menyesal aku melilih UMBC.

Kini UMBC telah dikuburkan, dan tidak ada sesiapapun yang mampu nak belikan dia batu nesannya! Padan muka kau UMBC.

Isnin, 11 Jun 2012

ENJIN CARIAN MEMBANTU TRAFIK

Malam kian larut, aku nak mula mengarut.....Aku nak menganalisis entri-entri blog aku sepanjang bulan Mei 2012 ni.

Sepi sungguh malam ni. Jiranku Sarjan Mejar @ Encik B, rumahnya senyap habis, gelap gulita, ke manakah kau sarjan? Cikgu S, jiran sebelah lagi, pukul 9.00 dah tak ada bunyi, lampu hidup, kereta ada. Anak-anak aku dah dipaksa tidur jam 10.30 malam baru ni tadi, esok kan nak sekolah.

Aku sedar, kalau aku cerita peribadi dalam blog aku, yang baca kalianlah. Terima kasih kerana jadi pembaca tegar bertahun-tahun, kalaulah aku kaya, aku nak hadiahkan TV LCD 42 inci!

Bukti? Tengok data yang ditunjuk oleh BLOGGER.COM di atas tu. adalah 8, 10, 20 pembaca. Maklumlah, aku tak jelita dan muda macam Hanis Zalikha, atau Fatin Liyana. Aku tak tampan bak BONI yang sejak akhir-akhir ini menerjah blog lapuk aku ni.



Sebab tu kadang-kadang aku tulis entri yang berat-berat macam topik di atas ni pulak. Contohnya ucapan hari guru wakil murid tu. Ucapan Menteri Pelajaran yang skema dan dikomen oleh seorang je tu, telah dapat menyelamatkan aku daripada kemurungan trafik. 


Satu lagi kalau kalian melancong tulislah fasal hotel atau chalet yang kalian menginap tu. Dapat-dapat 190 pengunjung pun dalam sebulan dah ok kan? Sampai ada orang call aku nak buat tempahan chalet, resort yang aku tulis tu. Tapi aku layanlah jugak sebab nak jaga hati orang....hehehehe. Minggu ni ada 3,4 orang yang call tentang Coconut Beach Resort di Endau, kesian betul, resort tu tak ada laman web. Pada hal aku cuma tunjuk gambar sekeping tentangnya.


Yang penting paling utama setiap minggu, aku dapat pelanggan baru daripada blog aku ni. Minggu ini antara yang menjadi mangsa aku ialah Encik S yang masih mempunyai dua orang anak. Pagi tadi, aku pusing-pusing cari rumah dia di sebuah taman di Pt Raja tu. Sedang aku tercari-cari tu, aku ternampak seorang lelaki sedang menyidai baju di hadapan rumah. Memanglah aku RESPEK habis dengan orang tu. Aku perhatikan dia dari dalam kereta. Dua orang anak-anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.


Itukah Encik S? Aku pun call....Betul....pertama sekali ketika aku bersalam. Aku ucapkan TAHNIAH. Sdra, saya ucapkan tahniah kerana sdralah Suami Mithali di Pt Raja ini...! Dia ketawa terbahak-bahak....dan menjelaskan isterinya kerja overtime hari Ahad di sebuah kilang di Parit Raja tu....


Cuma minggu ni yang ralat, waktu aku sedang ketakutan melihat ombak besar di Melaka pada malam Rabu yang lepas, waktu tulah seorang wanita menelefon aku. Memperkenalkan diri sebagai Cikgu Faizura dari KL. Nak belikan penapis Air Imtiyaz yang aku iklankan di blog ini untuk ibunya di Batu Pahat. Oleh sebab jawapan aku ketika itu tidak profesional dan kebisingan ombak itu benar-benar mengganggu perbualan aku, terlepaslah aku satu peluang baik ketika itu. Cikgu Faizura akhirnya membeli penapis air itu dengan seorang pengedar di Kuala Lumpur!

Ni bonus syarikat pengiklanan N yang aku dapat bulan Mei, bolehlah beli bateri kamera.


Kesimpulan entri aku ni ialah:


  1. Pilihlah KATA KUNCI yang paling dicari oleh orang ramai untuk menarik trafik ke blog anda.
  2. Iklankan sendiri produk anda di dalam blog anda, itu lebih lumayan daripada mengharapkan duit syarikat pengiklanan N atau I dll. Anak aku dah setahun tulis blog, tapi baru dapat RM 3.00 duit pengiklanan tu . Aku cakap, awak kena jual sesuatu, ada masa kita pusing Johor ni cari produk unik. Selain tu jangan terus-terus cerita peribadi, awak bukan Lisa Surihani. Kalau Lisa sekadar batuk kat Facebooknya, yang LIKE 7987 orang! Sekian.....

Ahad, 10 Jun 2012

JUMPA DOMPET WANITA

Lebih kurang beginilah rupa dompet yang aku temui tadi
Imej pinjam dari web sepatuindo.com

Pagi aku ke kebun lagi, namun ada jemputan kahwin yang perlu aku hadiri di Yong Peng. Rumah Cikgu Janis, bekas guru Prinsip Akaun aku dulu.

Balik dari kebun, dan lepas Zuhur aku bersiap ke sana. Jalan raya sesak luar biasa, berekor-ekor...banyaknya kereta hari ni macam kat kota besar pulak.

Hari ni aku pergi seorang diri, sebab isteri aku banyak tempahan jahitan yang perlu disiapkan dengan segera.

Sampai di kawasan perumahan itu, aku lihat tetamu cikgu Janis terlalu ramai. Aku parking agak jauh. Aku pun turun kereta. Baru jalan beberapa tapak, aku terpandang sesuatu di tepi jalan taman itu. Eh?....dompet mahal ni.... Aku pun ambil dan letakkan di wiper kereta hitam itu. Orang lalu-lalang boleh tak nampak pulak. Besar juga dompet tu.

Aku pun berjalan lagi, hati jadi tak sedap. Bagaimana kalau ada orang nampak, dan ia dikebas oleh bukan pemiliknya? Atau mungkin bukan milik tuan punya kereta Honda itu? Barangkali orang lain? Aku pun tak tengok apa isi dompet itu, takut-takut masa buka dompet tu, aku disergah pemiliknya dan menuduh aku mencurinya? Kacau maacam ni...?

Aku berpatah balik, dan mengambil dompet itu lalu berjalan laju ke arah rumah tuan rumah. Aku nak segera jumpa DJ biar dia buat pengumuman. Tiba-tiba DJ itu menjerit...

"Selamat Datang Encik Mat Sommmmmmm!!!! Ni kawan lama saya di sekolah menengah Seri Medan dulu....!!!"

"Kau Darus, kat sini pun ada....!" Kata aku. Dia buat aku sangat terkejut!

"Ni kan rumah Cikgu Kita, aku bagi murah-murah Mat Som" Bisik dia tanpa bercakap melalui mikrofon macam tadi.

Setelah aku menjelaskan tentang dompet itu,DJ Darus Buang pun membuat pengumuman.....Semua orang memandang ke arah Khemah DJ.

"Siapa yang bernama Puan ............Bt...... Alamat......Sarawak....datang sini, dompet ada ada di konti DJ....." Beberapa minit suasana sunyi...

Tiba-tiba datang terkocoh-kocoh seorang perempuan yang nampak orang berada....Namun dia tergamam dan lupa untuk mengucapkan terima kasih. Masa aku bukak di depan Darus itu, aku nampak ada duit dalam lingkungan RM 400- RM 500 berserta kad-kad kredit, lesen memandu, kad pengenalan. Suaminya nampak macam ustaz-ustaz gitu, berkat banyak berdoa, dompetnya itu tidak lesap.

Aku cerita ni bukan nak tunjuk aku baik. Tak sama sekali. Mesej yang nak aku sampaikan ialah, sentiasalah jaga dompet dan barangan penting kita. Kalau dah hilang kan susah. Sebulan dua juga nak ganti itu dan ini. Yang paling bahaya kad pengenalan digunakan orang lain untuk tujuan jahat seperti yang terjadi kepada Pn Noor Lela, gara-gara kehilangan kad pengenalan 18 tahun dulu kerana diragut, kini beliau menanggung hutang RM 250 000. Kad pengenalannya telah digunakan oleh penjenayah itu.

Sabtu, 9 Jun 2012

KISAH LOO JOO YEE DAN ISLAM


  • Pengajaran daripada Video ini: 
  • Kita orang Islam mesti memberi sokongan 100% dan mendekati golongan yang baru memeluk Islam ini, kerana sebahagian besar mereka telah disisihkan keluarga dan teman-teman. 
  • Segelintir orang-orang kita memandang serong terhadap keIslaman mereka, lalu kita biarkan mereka terumbang-ambing sendiri, dan ramai telah kembali ke agama asal kerana tidak dipedulikan. Sambutlah mereka sebagaimana mesranya sambutan terhadap ahli keluarga kita sendiri. Lindungi dan ambil beratlah tentang kebajikan mereka.
  • Berpegang teguhlah kepada agama Allah ini, kerana kini telah ramai yang telah menjadikan cara hidup barat dan aneka pegangan sesat termasuk nabi-nabi palsu sebagai pegangan. Ingatlah, apabila kebenaran telah datang, maka akan lenyaplah segala kebatilan.

Jumaat, 8 Jun 2012

MANDI DI PANTAI MENGUNDANG MAUT



Menyaksikan sendiri ombak mengganas di pantai barat Semenanjung Malaysia dalam dua tiga hari yang lepas, terfikir di dalam hati adalah tidak selamat lagi membawa anak-anak bermandi-manda di tepi pantai.


Tiga hari yang lalu pekerja kontrak Mathavanan 24 tahun, mati lemas di Pantai Klebang. Dan semalam di Georgetown Muaz Munawir 16 tahun, mati lemas di Pantai Kerachut Teluk Bahang.


Jika sebelum ini Pantai Timur Semenanjung menyaksikan lebih banyak kematian terutama setiap kali cuti sekolah dan cuti hujung minggu, dalam minggu ini nampaknya pantai barat kita turut bergelora demikian dahsyatnya.


Cadangan aku jika anak nak mandi sangat, elok saja dibawa ke taman tema air yang banyak terdapat di merata tempat di tanah air kita ini. Keluarlah duit sikit, yang penting keselamatan mereka lebih terjamin. Kawasan itu pun ada penjaganya berbanding pantai.


Air terjun Sekayu pun dah memakan korban minggu ini. Selain itu air terjun juga terdedah dengan kencing tikus, kencing gajah, kencing manusia yang menjejaskan kesihatan!


Kesimpulannya, jangan bawak lagi anak mandi-manda di pantai. Kita tak mau lagi tengok berita Kanak-kanak Mati Lemas di Pantai ABCDE. Untuk menyedut angin pantai, tak apalah sambil bergambar sakan di sana, Mandi...Mandillah kamu di bilik penginapan atau swiming pool cukuplah.


Selalu aku tertanya-tanya kenapalah pantai di sebelah barat ni terutama di Johor ni, air laut dia keruh semacam?  

Khamis, 7 Jun 2012

WARNA-WARNI CUTI SEKOLAH

26 - 27 Mei piknik di kebun, sambil bersihkan kebun. 28 Mei-31 Mei anak kelas tambahan
5 Jun jalan-jalan cari makan
6 Jun





Telur Dinasour
Tenang dan nyaman tempat ni
Sedang aku berdiri di tepi pokok itu, tiba-tiba aku dengar kerengga bargaduh ...hiruk-pikuk, rupa-rupanya berebut bulu burung.

7 Jun hari lahir Arina Zawani yang ke 7 tahun!
video
Mengutip durian di rumah abang ipar
video
Ombak besar agak menakutkan malam itu....
video
Ikan Koi yang keriangan

Isnin, 4 Jun 2012

USTAZ ITU BERMIMPI JUMPA RASULULLAH

Petang semalam aku ke jemputan Cikgu Suhood Kanapi di Pt Pulai. Siapa tak kenal Cikgu Suhood di Pt Sulong ini? Majlis perkahwinan adik iparnya di rumah ibu mertuanya ni meriah dengan siaran ceramah Ustaz Azhar Idrus dan ustaz-ustaz lain melalui DVD. 


Bagus tu, sepanjang hari ceramah, sesuailah sebagai rumah ustaz dan ustazah. Arwah Ustaz Hj Maarof (bapa mertua Cikgu Suhood) sudah lama meninggal dunia, beliau telah mengajar aku selama lima tahun semasa sekolah rendah pada tahun 70-an dulu. Arwah suka bercerita, lebih-lebih lagi cerita nabi-nabi. Kawan-kawan aku terutama pelajar perempuan paling suka, kalau arwah bercerita tentang kehandsomeman Nabi Yusof. Banyak yang diceritakan dan dinasihatkan arwah masih terpahat dalam ingatan aku. 


Arwah pernah bercerita kepada kami, (ketika di Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia), sewaktu sedang berzikir di Mekah ketika arwah menunaikan haji, beliau tiba-tiba terlena. Dalam tidurnya, beliau bermimpi dikenalkan kepada beliau oleh seorang lelaki....


"Maarof, ingin saya perkenalkan kepada kamu, inilah Muhammad Rasulullullah."


Allahyarham terkesima melihat wajah Rasulullah. Beliau berkata wajah Rasulullah bercahaya bersih dan tersenyum kepadanya..


Lalu Allahyarham tersedar daripada tidurnya. Hj Maarof terlalu gembira dan memberitahu mimpi itu kepada sahabat arabnya di sana. Syeikh Arab itu memeluknya dengan erat dan menitiskan air mata, 


"Kamu sangat bertuah Maarof, aku setiap hari berdoa untuk bermimpi menemui Rasulullah, tetapi sampai sekarang, belum dimakbulkan Allah...."
(DIALOG DALAM BAHASA ARAB)


Sepanjang yang aku kenal sebagai hubungan antara murid dengan seorang guru, Allahyarham seorang yang sangat berbudi bahasa, lembut bertutur kata, tidak pernah menyakiti hati orang walaupun ketika itu kami pelajarnya yang masih hingusan, rajin sekali puasa sunat, dan setiap Isnin dan Khamis. Allahyarham juga sangat aktif dalam kegiatan dakwah.


Sekian untuk hari ini.
Berita baru!!! Nahas kapal terbang di Lagos Nigeria, 153 orang terkorban.

Jumaat, 1 Jun 2012

TOYOTA FT-86 DAN TOYOTA CAMRY 2012


 Harga MANUAL RM 243 000, AUTO RM 249 000 sahaja.

 

Toyota Camry - Harga bermula RM 149 000 sahaja.

SEPANG: UMW Toyota Motor sebentar tadi melancarkan dua model terbaru Toyota Camry dan Toyota 86 pada majlis di Litar Antarabangsa Sepang. Model Camry dijual dalam tiga varian iaitu 2.5V, 2.0G dan 2.0E. Harga bermula dari RM149,000 seunit. Bagi model Toyota 86 pula didatangkan dalam dua varian iaitu transmisi manual pada harga RM243,000 manakala automatik pada harga RM249,000. Pelancaran kereta itu disempurnakan Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ismet Suki.-Bharian