Ahad, 8 Julai 2012

HARI KELUARGA SKSP

Sebelum kawan-kawan SKSP tengok gambar-gambar ni, aku memohon maaf kerana jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar kali ini ialah puteriku Ili, jadi gambar-gambar yang diaambilnya ikut suka hati dialah. Sebab itu tak banyak gambar kawan-kawan di sini. Malulah kut dengan bekas guru-gurunya.

Kambing yang dipanggang pun macam nampak rentung je, lain kali kita panggang kerbau...
 Elokle ke hotel milik MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA ni, semuanya serba baru, kilat dan wangi....
Inilah saja gambar kawan-kawan yang ada, itu pun nampak berbalam-balam....jurugambar dah mengantuklah kut...?
Siapalah jejaka tampan yang disnap oleh anak aku ni....pertandingan kapal terbang polistrin entah dari department mana. Tak sempat tanya, sebab sibuk jaga Alif Iskandar yang semakin ligat tu......(tengok gambar di bawah tu).  Kreatif juga mereka ni, rasanya ada lebih 10 kapal terbang yang diterbangkan.


Pagi tadi juga berlangsungnya pertandingan memancing, tak sempat pula anjuran siapa, nampak ramai dan meriah di sepanjang Pantai Tanjung Kling tu
Aku bukan nak mengurat ok

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

comel pulak receptionist tu... hahahaa....

mkf

Mat Som Sadona berkata...

Bahagian depan hotel memang mesti sentiasa comel, senyum, dan berkerampilan.

Masih terbayang keanggunan penyambut2 tetamu di menara KL ...hahahahah

Tanpa Nama berkata...

mungkin yang housekeeping mbak2 indon..

mkf

Unknown berkata...

wah.. aktiviti yang sangat best. siap ada kambing panggang lagi tu..pergh!! terbaekk

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,
saya teringin juga nak menginap kat hotel2 sekitar melaka tapi rasa cam kurang sesuai plak sebab dekat sgt dgn rumah ibubapa + mertua ... hihihi..mungkin akan datang boleh bawak diorg skali ...

Kayu Manis berkata...

meriahnya..

aza ni berkata...

seronok...gathering bekeluarga...