Ahad, 21 Oktober 2012

BAPAK SEMOGA BAPAK BERTAMBAH SIHAT

Ayah aku telah meninggal dunia, juga ayah mertua aku. Jadi siapa yang aku panggil Bapak tu?

Enam tahun yang lalu, emak mertua aku, setelah sekian lama bersendirian setelah kehilangan ayah mertuaku, akhirnya dengan izin-Nya menemui Bapak. Orang Parit Raja.

Tahun ini Allah menguji Bapak, dan pagi tadi aku mengunjunginya.... Bapak kelihatan kurus dan cengkung.....

 Ketibaan kami di Jay Bee...disambut dengan titisan hujan renyai-renyai.....
Hospital Sultanah Aminah, tidak jauh berubah seperti 24 tahun dahulu, ketika aku menjadi penghuni setia kota metropolitan ini selama tiga tahun lamanya...
 HSA masih tetap seperti dulu....


Melalui tepian Selat Tebrau ini, kenangan  1987 mencari ketam seawal jam 3.00 pagi bersama-sama teman serumah terimbas kembali. Maklumlah nak jimat duit beli ikan, sanggup kami menjadi nelayan kota....kadang-kadang dapatlah setengah baldi....kadang-kadang dapat penat sahaja.

Saban petang juga kami berjoging di sini, kerana ketika itu kami menetap di Nong Chik....Berlari-lari melalui rumah orang-orang kaya di Jalan Strait View, dan akhirnya tembus di tepian selat ini....

Kenangan oh kenangan........

2 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

HSA ... terlalu banyak kenangan untuk kami sekeluarga.... abah menghembuskan nafas terakhirnya di situ... Al-fatehah untuk emak ngan abah

boni kacak berkata...

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada ayah mertua cikgu. amin..