Isnin, 31 Disember 2012

JOM MAKAN JAGUNG


Inilah makanan kegemaran aku sejak azali lagi. Jadi, kalau aku datang rumah kalian, tak payah susah-susah sediakan tomyam, spegeti, macaroni, durian crepe ke apa ke....cukuplah rebuskan jagung.

Jagung kat atas ni aku beli mentah di Pasar Malam Sri Sulong. Memang fresh baru petik pagi tadi. Menepati rasa jagung yang sebenar. Kalau beli yang dah direbus tu, selalu terbeli jagung yang hambar dan tawar.

Jangan tak tau, siapa yang makan bijirin akan lebih sihat daripada pemakan daging, cencaluk, budu, belacan.

Tiba-tiba teringat akan keenakan jagung Cameron Highlands.

Ahad, 30 Disember 2012

9 CARA MENJADI ISTERI YANG DISAYANGI


  1. Tidak Beremosional- Seorang isteri yang bijaksana ialah yang cool. Walaupun kena marah pun steady. Bagaikan isteri Firaun, Asiah, siapalah yang tak kenal Firaun kat dunia ini? Namanya sentiasa disebut sepanjang zaman kerana kesombongan dek kerana kekuasaan yang tiada taranya di atas dunia ketika itu. Sampai sekarang pun Piramid pun dikagumi orang. Jika Asiah boleh bersabar dengan manusia Firaun itu, kenapa isteri-isteri sekarang ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang penuh beremosional, padahal suami tak sampai suku Firaun pun? Suami belum habis cakap, isteri sudah mengeluarkan peluru mesingun. Drama-drama Melayu yang steorotaip dengan cerita-cerita suami bagai kerbau dicucuk hidung lebih memarahkan lagi keadaan. Telah ada isteri-isteri menarik telinga suami, bercekak pinggang dan sebagainya kerana pengaruh-pengaruh liar itu. Masya Allah!
  2. Jujur dalam Berkata-kata dan Bertindak- Jangan membohongi suami dalam apa-apa perkara apa sekalipun. Kerana wajah yang berbohong akan nampak jua akhirnya. 
  3. Bertanggungjawab- Bertanggungjawab terhadap suami, dan anak-anak. Isteri yang tidak bertanggungjawab ialah isteri yang lupa apakah peranannya sebagai isteri. Jika telah lupa, taip saja apa tanggungjawab isteri. Taip kat Google. Kursus perkahwinan selama dua hari yang dijalankan sekarang tidak mencukupi sebagai bekalan untuk berumah tangga. Sepatutnya kursus ini dilanjutkan sehingga tiga bulan sekurang-kurang macam PLKN. Kes perceraian sekarang mencatatkan setiap 15 minit berlaku satu kes perceraian. Bayangkan!
  4. Berjimat dan Bijak dalam mengatur Kewangan- Berlaku suami bagi duit RM 100 sehari, suami pun tanya, beli apa? Nampak barang yang dibeli tak sampai RM 30, kata duit dah habis. Esok minta lagi, nak bayar itu, nak bayar ini. Lama-lama suami mula syak. Maklumlah suami sibuk, jadi pemandu lori. Pagi kat JB petang kat Penang. Balik rumah sekejap-sekejap kerana nak mencari duit. Anak ramai yang bersekolah. Apabila disiasat rupa-rupanya isteri beli barang-barang yang tidak diperlukan tanpa bertanya suami. 
  5. Tidak Berdendam- Elakkan berdendam dengan suami. Apatah lagi mengungkit kisah-kisah lama. Dendam yang bahaya ialah, suami ada kekasih, dia pun kerana berdendam angkut mana-mana jantan, saja tunjuk-tunjuk supaya suami mengamuk. Iblis memanglah sangat suka kalau dah peringkat begini. Nasib baik sebahagian suami masih waras, kalau tak mungkin dah kena cerai talak 30.
  6. Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak- Isteri yang bijak ialah isteri yang berfikir panjang, baik dan buruk yang akan menyusul apabila sesuatu tindakan yang akan dibuat itu. Misalnya, suami tak benarkan isteri pergi rombongan ke Langkawi ikut kawan-kawannya. Isteri kena fikir, apa akan berlaku kalau dia pergi juga? Takkan nak ikut hasutan syaitan...ah, aku pegi ajelah...suami aku bukan kasi aku duit, ni duit aku jual pinggan-mangkuk!
  7. Jangan Selalu Meminta- Dah tau suami gaji tak sampai RM 1500, isteri mintak gelang emas, sofa mahal-mahal, Preve, itu, ini....
  8. Merendah Diri- Jadilah isteri yang merendah diri, bukan membesarkan diri tak sudah-sudah. Bangga dengan keluarganya yang kaya-raya, bangga dengan kecantikan yang tak secantik mana....
  9. Berwajah Ceria - Berwajah ceria macam Ustazah Nor Bahayah, happy aje...bukan mencuka, muncung sebatu boleh digantung hanger baju..........Nak berwajah ceria ni, redha bahawa jadi isteri ni memang kena taat kepada suami. Kerana perempuan ni nak masuk syurga senang aje...dua untuk Allah , dua untuk suami. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

10 MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR

Dipetik daripada FB ADAM DAN HAWA: 


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


Sabtu, 29 Disember 2012

PASARAYA BARU DI PT SULONG



Pt Sulong- 29 Disember, sebuah pasaraya terbesar di Pt Sulong telah dibuka dengan rasminya hari ini. Nama pasaraya terpaksa aku rahsiakan, kerana aku belum dapat komisen daripada syarikat tersebut. Majlis gilang-gemilang dihadiri oleh ribuan pelanggan yang nak melihat apa yang murah di situ. Pasaraya ini terletak di Simpang Tiga, yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah aku.....tu yang best tu..... Tinjauan aku mendapati harga barangan bolehle dikatakan murah. Tak taulah sampai bila..... harap-harap harga itu berkekalan untuk beberapa bulan akan datang.

Yang aku tengok tadi harga spesis-spesis semua jenis susu pekat 11 sen lebih murah daripada kedai-kedai runcit. Pampers Pet Pet anak aku yang harga biasa RM 37.90, dijual RM 32.90 sahaja. (Size M 80 keping tu). Itu cuma beberapa contoh.

Yang penting, aku dapat jimatkan duit aku. Juga lepas ni aku tak perlu susah-susah dan pening cari lauk kalau tiba-tiba ada tetamu yang datang mengejut . Tersedia pelbagai ikan-ikan dan sayur-mayur dari jam 10.00 pagi-10.00 malam. Yang kesian peniaga-peniaga runcit daripada peniaga Cina dan Melayu di kawasan Pt Sulong ini...... Biarlah mereka bersaing turunkan harga, dan  tak taule siapa yang akan kecundang selepas ini?

Awal tahun 2012, sebuah pasaraya yang dah bertahun-tahun beroperasi telah menggulung tikar mengkuang di dataran Pt Sulong, dan sampai hari ini, muka taukeynya sudah tak nampak lagi......dengar khabarnya tengah berjalan-jalan di Bejing sambil cari idea nak membuka perniagaaan baru, jual ubat kuat hahahahaha...!  

Seorang kawan aku, bekas peniaga runcit berkata, dalam keadaan sekarang peniaga runcit hidup tersiksa, dan cuma rakan-rakan peniaga saja yang memahami kesulitan itu. Ini kerana keuntungan sesuatu barangan itu terlalu minimum, menyebabkan ramai yang tak dapat bertahan. Contohnya beras yang berat tu, kalau dulu boleh untung RM 2 satu kampit bagi 10 kg, tetapi sekarang cuma dapat 50 sen saja, dan kadang-kadang lebih rendah daripada itu.  

  

Khamis, 27 Disember 2012

OTAK MULA BEKERJA KERAS

Minggu terakhir....sebelum munculnya tahun baru 2013
Melenyapkan kedunguan ahli-ahli nujum
Kita masih bernafas lagi di bumi Allah ini

Jumaat nan lalu
Aku dikejutkan berita
Anak sulong sahabatku yang akan melangsungkan perkahwinan Jun ini
Telah kembali kepangkuan Allah
Kerana terlibat dengan kemalangan di Kajang

...........Allah lebih menyayanginya.....


DAN minggu ini mesyuarat di sekolah pun bermula
Istilah-istilah pendidikan muncul kembali....
Post morterm, pelan strategik, program kecemerlangan
Ban, dan aneka istilah baru

Dan.....tiada lagi masa untuk tidur-tiduran lagi
Perjuangan 2012 TELAH berakhir
Dan tugas kami ialah menjayakan mereka
Setiap tahun begitulah.....

Maafkan aku kerana mungkin tak sempat komen blog kawan-kawan
Kerana berpuluh fail dan tugasan lebih memerlukan belaianku.... 



Isnin, 24 Disember 2012

TINDAKAN APABILA KAD PENGENALAN HILANG,

Gambar Candid...melanggar OSA ke?

Petang tadi aku menguruskan hal anak saudara dua orang ini, iaitu:

Seorang tu kehilangan Kad Pengenalan bulan lepas.
Seorang lagi juga kehilangan Kad Pengenalan dan Surat Beranak. Ayah mereka ni busy 26 jam, jadi pakciknya yang baik hati ni tolong settlekan.

Setelah berurusan dengan Pejabat Pendaftaran Batu Pahat, barulah aku tahu, urusan kehilangan dokumen tersebut tidaklah sesusah yang aku bayangkan seperti masa dulu pada tahun 1980an. Dulu ...kita kena report polis...menggigil-gigil aku report masa tu, maklumlah tak pernah buat aduan kat balai polis..(peristiwa tahun 1985).

Tapi, walau pun menggantikan kad pengenalan baru sekarang ni mudah, kita kena laporkan kehilangan tu kepada polis juga, takut ia jatuh ke tangan perompak, lanun, pembunuh....naya kang nanti

Dan sekarang.......



 Ramai betul orang berurusan hari ni
Jika anda kehilangan surat beranak, caranya mudah saja. Semudah ABC...


First...,
Pergi pejabat pendaftaran:

* Isi Borang Khas  warna hijau (Dua muka surat) ....yang diminta ialah antaranya no kad pengenalan anda, nama bapa dan no kad pengenalan bapa, nama ibu dan nombor kad pengenalan ibu, jika ada salinan fotostat kad pengenalan bagus sangat, apatah lagi kalau ada simpan fotostat surat beranak yang hilang (jika ada dalam simpanan.) Kalau budak kecil, bawa My Kid, atau ingat no My Kid....Yang penting kalau anda ingat nombor surat beranak tu lagi baik. Bayaran bagi kehilangan surat beranak ini cuma RM 5 sahaja.

Jika anda kehilangan kad pengenalan? Lagi Mudah...cuma sediakan duitlah...!

* Borang Khas (Setengah muka sahaja yang perlu di isi)
Isi nama dan nombor kad pengenalan yang hilang, alamat....
Jika masih di bawah umur 18 tahun, tiada dikenakan denda....bayar RM 10 sahaja.
Tetapi....jika hilang kali kedua akan terus dikenakan denda RM 200 + RM 10 = RM 210

Jika hilang ketika umur 18 tahun ke atas, tetapi masih menuntut di intitusi pengajian, kolej, politeknik dan sebagainya, sila bawa kad pelajar atau surat tawaran masuk universiti, maktab, kolej anda itu.

Bayaran denda bagi golongan pelajar ini untuk kehilangan kali pertama ialah RM 60.00. Tapi ingat kali kehilangan kali kedua anda mungkin dikenakan denda RM 210 sebagai pengajaran.

Jika anda bukan pelajar, dan umur 18 tahun ke atas....

  * Hilang kali pertama RM 100 + RM 10 = RM 110
  * Hilang kali kedua RM 200 + RM 10 = RM 210
  * Hilang kali ketiga RM 300 + RM 10 = RM 310
  * Hilang kali keempat dan seterusnya tetap RM 310....

Jika asyik hilang dah lebih 4 kali....Itu korang hantar kat aku, biar aku simpankan! Tapi kena charge upah simpan. 

Bagi yang rosak, dan nak ganti baru, bayaran yang dikenakan ialah RM 10.00 atau rasa muka kat kad pengenalan tu tak ada aura?

Kad pengenalan akan siap dalam masa tiga minggu, manakala surat beranak akan siap ketika hari itu juga. Jadi surat beranak anda yang dah koyak rabak tu elok dihantar ke pejabat pendaftaran untuk digantikan dengan yang baru yang berwarna hijau. Kan ada surat beranak emak-emak, bapak-bapak kita yang dah macam bungkus belacan tu! Elok benorlah diupgrade bagi azam baru 2013 ni.

Akhir kata, saya cuma seorang blogger yang tiada kaitan dengan urusan tersebut,
jika kalian ada masalah tentang Kad Pengenalan dan Surat Beranak sila hubungi:
 
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my

Ahad, 23 Disember 2012

HADIAH UNTUK FOLLOWER BERTUAH

Tahniah Untuk Yan dari Selangor, pemilik blog Permata Hati Mama, kerana memenangi hadiah Top Up RM 10.00 Juta....hohoho....Duit Nufnang sebulan tu....! Lain kali ada hadiah untuk kategori lain....dan semuanya tidak akan diberitahu, melainkan hanya niat dalam hati....maklumlah bukan senang aku nak dapat Follower, lainlah Boni yang kacak hensem tu.

Terima kasih Yan, kerana sudi dan tergamak menjadi follower blog aku dengan tidak sengaja.

Sabtu, 22 Disember 2012

KAMI RINDU AKAN DIA

Dah 30 hari tak jumpa Irfan di sekolah tahfiz tu. Apabila aku call ustaz, kata nak jumpa dia, ustaz sergah aku...."Anak awak sihat...jangan risau, dia happy kat sini". Macamana nak jumpa dia, kalau ustaz tak bagi? Terpaksalah aku menyeludup ke mesjid di pekan Seri Medan. Mereka masuk mesjid terus pergi saf paling hadapan.

Ada 70 pelajar sekolah tahfiz untuk sesi cuti akhir tahun ni di sekolah itu. Buka sekolah nanti separuh balik semula ke sekolah biasalah. Aku nampak kelibat ustaz, sebab malu, aku sembunyi belakang tiang. Apabila kelibatnya tak nampak, aku cepat-cepat panggil Irfan untuk sesi temu bual, dan bergambar ringkas.

Dalam 10 minit, ustaz Ismail menjelma. Aku terus lesap, wah ustaz bawak budak-budak ni naik Alphard lah. Ustaz tak nampak kelibat aku....hahahaha....yang penting, kami dah jumpa Irfan dan empat sepupunya. Mana Lutfi dan Mursyid ni? Mesti takut dengan ustaz.

 Iwan...rugi kau tak masuk sini....kalau tak dah hafal 3,4 surah......kata sepupu, Aziz
 Macam tak percaya Jalal dah hafal 4 surah...hebat kau Jalal...ni anak lelaki adik aku...Irfan dapat hafal 2 surah...entah surah apa, Yaasinlah kut...takkan Al-Kaushar
Juga minggu ni dapat jumpa Cikgu Azman, anak angkat kakak aku yang tak lama lagi nak jadi Pengetua di Rawang....tahniahlah Tuan.....Umur 47 eloklah tu jadi bos. Di belakangnya Ibnu Masgut saudara aku dari Indonesia, dah bekerja di sini 17 tahun dah. Tiap-tiap tahun balik Indonesia...anak dah dua dah..
Malam tadi aku rewang rumah jiran aku ni.......okey itu aje cerita entri hal peribadi aku....nak baca...silakan..tak nak baca....SILA abaikan aje....huhuhu

Jumaat, 21 Disember 2012

MEREKA PANGGIL AKU JUTAWAN?


Apabila berjalan-jalan di mana-mana, sesekali jumpa kawan-kawan lama.
Kadang-kadang dari jauh mereka panggil aku 
"Assalamualaikum Jutawan!"
Aku malu sendiri, Eh...apa yang aku ada? Cuma sebuah rumah kecil dan kereta usang.
..........Tetapi.....petang ini aku mula positif.....
Mungkin mereka mendoakan aku.....?
Lepas ni aku akan aminkan doa kawan-kawan.
Mungkinkah sebab satu iklan Bio Asli tempoh hari.
Iklan dalam Kosmo itu.....
Bonus baru ratus-ratus tulis kat situ Bakal Jutawan.
Syarikat tu buat lawaklah.
Yang jutawan CEO Bio Asli, bukan aku.
Kalau aku jutawan, tentu aku tak sempat update entri blog ni.
Dan aku tak ada masa nak membebel dalam status Facebook.
Duit Nuf yang dapat seciput ni....tentu tak mengujakan aku..?
 

Khamis, 20 Disember 2012

CARA HILANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA



Stress....? Ah itu biasa. Lagi-lagi di tempat kerja. Stress paling parah ialah, apabila hutang banyak keliling pinggang. Ia boleh merosakkan mood bekerja anda. Lupakan hutang, sape suruh hutang banyak-banyak. Kalau pening bayar kereta riban-riban, jual aje kereta tu. Beli kereta terpakai dalam 10K dah cantik, asal boleh sampai macam aku. Parking kat mana-mana pun tak takut kereta hilang.

Sahabat-sahabat yang aku kasihi, 10 cara menangani stress adalah: 

 
Contoh Lagu: Korban Percintaan- Julie Remie

1. Mendengar muzik yang anda gemari. Jangan kuat-kuat. Itu pun bergantung kepada tempat kerja anda. Boss bagi atau tidak. Kalau cikgu kat sekolah macam aku, memang tak kena buka lagu kat bilik guru. Kalau pejabat, anda pulak ada bilik sendiri, tu memang best. 

 2. Menonton video Youtube. Sekejap aje, bukan sampai tak buat kerja. Maksudnya masa senggang. Masa klien tak ada, boleh kut. Cerita-cerita Maharaja Lawak Mega mungkin. 

3. Hiasi dinding tempat kerja anda dengan lukisan-lukisan yang cerah. Lukisan yang anda minatlah. Kalau anda minat gambar tengkorak, orang pun tak boleh buat apa, kalaulah dah itu minat anda. 

4. Letak minyak wangi yg soft, lembut macam white musk, pada sapu tangan...dan cium...pehhhh pehhh.....dunia pun melayang. Bukan minyak wangi yang baunya boleh buat orang sesak nafas dan terus semput. 

 5. Bawa bekal cokelat yang sedap. Yang sedap biasa mahallah sedikit. Makan cokelat nanti boleh menyebabkan kepala anda tumbuh mentol dan banyak idea. 

6. Telefon sahabat terdekat anda. Yang boleh membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. Jangan telefon kawan yang selalu menambahkan masalah anda. Asal telefon, dia mengadu masalah itu dan ini. Ingat guna hand phone anda bukan telefon majikan anda, dan itu pun semasa anda sedang rehat, maktu makan tengah hari. 

7. Membaca cerita-cerita jenaka waktu free. Melalui buku atau majalah yang anda bawa  dari rumah.

 8. Tarik nafas dalam-dalam daan keluarkan angin-angin negatif daripada dalam badan anda. Pergi jauh-jauh kau stress! 

 9. Dekorasikan meja dan bilik anda. Bawaklah gambar yang tersayang, anak, suami, isteri, pakwe, makwe, emak bapak yang sedang ketawa dan tersenyum belaka. Paling elok gambar masa raya, sebab masa tu semua wajah kelihatan berseri-seri. Gambar-gambar masa bertunang, nikah. Bukan gambar semasa terlantar kat wad psikiatri!

10. Selawat banyak-banyak kepada Rasulullah SAW. In sha Allah hati anda akan tenang. Kita ni hidup memang untuk menyelesaikan masalah. Bersyukurlah kalau anda orang yang jenis tak pernah ada masalah.

Sekian, entri petang Khamis nan indah ini...   

Jom tengok blog bisnes global aku yang baru.Klik. Mahal tau blog berbayar ni

AWASI GAME ANAK ANDA!



Pembunuhan gila oleh remaja Adam Lanza di Connecticut menambahkan lagi koleksi peristiwa yang serupa seperti James Holmes di Aurora, Seung-Hui di Virginia Tech, Dylan Klebold dan Eric Harris di Columbine Colorado.

Apa yang dilakukan oleh mereka memang tidak masuk akal, bahkan tidak terjangkau oleh fikiran biasa manusia normal. Mengapa mereka bertindak kejam?

James Garbarino seorang pakar psikologi yang membuat kajian dalam peristiwa-peristiwa ini membuat kajian hampir 20 tahun dan merumuskan punca-punca dan sebab-sebabnya adalah :

Adam Lanza tiba-tiba lebih popular daripada Justin Bubur
  • Mereka menghadapi kerosakan mental kerana menganggap diri dalam keadaan tertindas. Ia dikenali sebagai 'Mentaliti Zon Perang'. Mereka menganggap diri mereka adalah anggota tentera, dan persekitaran mereka adalah penuh dengan musuh. Adam Lanza dalam kes terbaru ini mangsa pertamanya adalah ibunya sendiri kerana ia dianggap musuh utama.
  • Kehidupan mereka penuh dengan pembulian oleh kawan-kawan. Dan mereka melihat dalam internet cerita-cerita penghapusan mereka sebagai satu kewajaran. Ia satu paranoid bahawa keganasan yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai membela diri.
  • Pengaruh permainan video game yang ganas juga menjadi punca kejadian seperti ini. Permainan ini menjadi laluan psikologi dan sedikit demi sedikit menanamkan bibit-bibit keganasan di alam realiti, di mana ia telah memusnahkan sifat belas kasihan terhadap mangsa.
  • Budaya memiliki senjata yang boleh membunuh secara besar-besaran, contoh dalam kes terbaru ini Adam Lanza menggunakan senjata Bushmaster. Senjata-senjata ini sepatutnya tidak dimiliki oleh orang awam.
  • Selain dibuli kanak-kanak atau remaja seperti ini mungkin diabaikan oleh ibu bapa dan keluarga mereka. Dia mungkin menghadapi kesedihan yang mendalam, kemurungan, putus asa, merasa diri tidak berguna dan inginkan orang lain mengetahui kewujudan mereka.
Kita doakan insiden-insiden seperti ini tidak akan berlaku di negara kita. Namun kalian harus hati-hati, jangan biarkan anak-anak bermain game perang dengan sewenang-wenangnya kerana ia akan menanamkan nilai-nilai yang buruk dalam jiwa  anak kita.

Terjemahan dan edit aku daripada CNN

KARTUN : KEKEJAMAN ISRAEL








Malam ni dah tak larat nak mengarang....aku uploadkan kartun-kartun terpilih tentang kekejaman Israel...

Selasa, 18 Disember 2012

IRAN BUKAN PEMBELA ISLAM

Semasa Ustaz Bahtiar Nasir baru pulang dari Gaza, beliau ditemu ramah oleh wakil media Hidayatullah.com:

Ustaz Bahtiar Nasir: Yang diperlukan di Gaza yang pertama adalah senjata, kedua juga senjata dan yang ketiga juga masih senjata. Keempat baru mereka memerlukan bantuan kemanusiaan. Yang kelima adalah doa kita semua.

Jadi salah kalau keutamaan membela Gaza adalah kemanusiaan. Gaza itu bumi jihad. Mereka memang memerlukan prasarana pendidikan, kesihatan dan sebagainya tapi senjata lebih penting dan utama di sana.


Bantuan dana untuk persenjataan jauh lebih utama bagi mereka. Pada masa ini Izzudin Al Qassam mampu menghasilkan roket sendiri. Dahulu jika mereka beli roket dari luar negeri memerlukan perbelanjaan lebih kurang USD 200 untuk sebuah roket.
Jika mereka mengeluarkan sendiri kos pengeluaran boleh dijimatkan sehingga separuh harga bagi roket yang diimport. 


Bagaimana hubungan Iran dengan Hamas? 

Ustaz Bahtiar Nasir: Di Gaza memang ada puak Syiah iaitu Jihad Islam. Tetapi jumlah mereka kecil. Pejuang Hamas paling dominan. Peranan Iran di Gaza sangat kecil. Roket yang digunakan menyerang Tel Aviv oleh Izzudin Al Qassam bukanlah roket Fajar 5 milik Iran, tetapi 1300 roket Hamas yang masuk ke Tel Aviv itu adalah roket Al Qassam.  

Teknologi Roket Al Qassam adalah buatan kader-kader Hamas. Selain roket tersebut, Izzudin Al Qassam juga sudah mampu membuat bom tangan hingga bazooka.Roket Iran memang ada tapi sedikit, itu pun banyak digunakann oleh Jihad Islam  bukan Hamas. Hamas sudah memiliki teknologi sendiri.

Yang perlu diingat juga, Hamas menerima bantuan dari Iran bukan bererti membiarkan akidah Syiahnya. Kalaupun ada perjanjian kerjasama itu hanya sebagai hubungan politik bukan kerana kesamaan akidah. Satu lagi, bukan hanya Iran, orang Kristian, atheis, komunis atau apa-apa jika memberi bantuan roket pasti akan diterima. 


 Hamas juga mengapresiasi sikap Hugo Chavez dan pemimpin-pemimpin dunia yang turut mengecam arogansi Zionis Israel. Jadi, rasa terima kasih Hamas bukan hanya kepada Iran semata-mata. Semua ucapan terima kasih itu tidak lebih sebagai sebuah hubungan politik.

Sekali lagi, yang banyak menggunakan roket Iran adalah Jihad Islam bukan Hamas. Iran benar-benar memanfaatkan ini untuk kepentingan mereka. Kita juga harus ingat bahawa Iran menyokong diktator Syiah Bashar Al Assad di Syria. Bashar menutup pejabat Hamas di Damsyik.
Jadi masalah Gaza juga tidak boleh dipisahkan dengan masalah Syria. 


Bagaimana peranan Mesir? lebih besar mana peranan Mesir dengan Iran? 

Ustaz Bahtiar Nasir: Kenyataannya yang berperanan ialah Mesir dan Turki. Morsy dan Endrogan punya peranan besar dalam gencatan senjata di Genting Gaza. Iran hanya menggunakan momentum ini untuk imejnya di dunia Islam.  

Kita semua tahu bagaimana Iran membela Bashar Al Assad di Syria secara habis-habisan. Padahal bantuan Iran untuk Gaza kurang signifikan. Ironinya kalau Iran membela Gaza namun pada masa yang sama ikut menyokong Bashar Al Assad menindas kaum Ahlus Sunnah di Syria. 
 
Hubungan antara masalah Gaza dan Syria boleh diumpamakan seperti apa? 


Ustaz Bahtiar Nasir: Kewujudan Mesir dan Turki yang kuasai oleh Al Ikhwan al Muslimin telah menjadi ancaman tersendiri baik semua kumpulan anti Islam. Jika Syria juga dipegang oleh Ikhwan atau kelompok Islam, maka sudah ada tiga Negara yang sangat anti kepada Israel mengepung Negara Zionis itu. Ini sangat membimbangkan Benyamin Netanyahu.  

Itulah kenapa isu Syria harus dialihkan. Memang ada usaha pengalihan isu Syria. Dengan adanya Gaza di serang Israel perhatian dunia seketika pindah ke Gaza. Bantuan-bantuan kemanusiaan jadi lebih diutamakan di Gaza. Padahal musim sejuk di Syria lebih mencengkam. Sekarang kita harus menghangatkan kembali isu Syria agar umat tidak terlena dengan gerakan Syiah.

Di Surat At Tin sendiri Al-Qur'an menceritakan kaitan antara Damsyik dan Baitul Maqdis. Kunci pertahanan Baitul Maqdis ada di Gaza. Namun kunci penaklukannya ada di Damsyik. Gaza, Mesir dan Damsyik ada dalam satu wilayah Syam. Bagi umat Islam di Syam untuk apa kita tinggal di Gaza jika tidak dapat solat di Al Quds? Untuk apa kita boleh solat di Al Quds tapi tidak boleh membebaskan Al-Quds? Dan untuk apa kita membebaskan Al Quds tapi tanah di sekitarnya masih di jajah Zionis Israel? Roh ini sudah tertanam di Gaza hingga ke Syria. Ini perang akhir zaman, dan faktanya Zionis akan selalu jadi musuh bersama umat Islam.


Daripada penerangan beliau itu, kita telah dapat membuat kesimpulan tentang sikap buruk Iran yang sebenar. Mereka hanya akan membantu puak-puak Syiah di mana-mana negara, sedangkan mereka berlakon sebagai hero dunia Islam. Itulah musuh sebenar Islam selepas Yahudi.  

Semua orang telah mengetahui peranan  Iran di Syiria. Rakyat Syiria telah dibunuh dengan keji oleh tentera Syiah sesat Syiria. Dalam sekali serangan sahaja oleh tentera Syiria jumlah kematian penduduk Syiria yang terkorban menyamai jumlah kematian akibat serangan Israel selama lapan hari di bumi Gaza. Bukankah kita telah mengetahui bahawa ajaran sesat Syiah telah menghalalkan darah-darah orang Sunnah? Dan buktinya telah dipamerkan dalam perang di Syiria ini?  

Jadi usahlah mengharapkan Iran akan menjadi pembela Islam. Lihat sahaja semasa Iraq di serang Barat. Iran membisu, kerana kejatuhan Saadam, merupakan berita yang sangat baik bagi puak Syiah.

Isnin, 17 Disember 2012

REALITI WAJAH-WAJAH HANTU DI BARAT

Kita selalu digemparkan dengan gambar hantu di negara kita, rupa-rupanya zaman hitam putih lagi hantu pun suka bergambar. Menariknya, kalau negara orang putih, hantu pun macam mat salleh, taklah macam kelawar ke, siap sama-sama pakai topi cowboy juga.

Makcik kita sorang ni agaknya ada saka...cool aje muka dia, sekali tengok gambar yang dah siap, rasa nak pengsan! Hantu Jumanji kut?

Ini bukan pontianak dari Gua Musang, tetapi pontianak pink yang sempat diambil gambarnya di sebuah negara barat. Negara tidak diketahui. Lain kali tutup tingkap rapat-rapat walaupun rumah anda berada di tingkat 15.

Hantu ni mirip hantu-hantu kat alam Melayu. Hantu memang suka tempat yang gelap, semak....huhuhu...

Gambar hantu ni diambil oleh seorang bohsia orang putih dengan handphone murahnya. Siapa suruh merayau malam-malam, tentulah hantu pun nak berkawan.

GADIS CUTE MANGSA PEMBUNUHAN

 EMILIE ALICE PARKER 6 TAHUN

Gadis cute ini antara korban amuk di Sandy Hook Elementary School  di Newtown, Conn pada Jumaat 14 Disember yang lalu.. Dalam tragedi ini 26 orang terbunuh yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa. Ironinya nama sekolah ini menyerupai taufan Sandy yang menggemparkan Amerika baru-baru ini yang turut membunuh sejumlah rakyat Amerika.

Mengapa sentiasa ada orang mengamuk di Amerika? Jadi tidak benarlah kalau yang mengamuk itu hanya orang Melayu?

 Dunia ini telah mula dipenuhi orang-orang yang sakit jiwa...jiwa kacau.....

Mangsa-mangsa dalam tragedi itu ialah:
Dawn Hochsprung (principal), 47
Mary Sherlach (school psychologist), 56
Victoria Soto (first grade teacher), 27
Charlotte Bacon, 6
Daniel Barden, 7
Rachel Davino, 29
Olivia Engel, 6
Josephine Gay, 7
Ana M. Marquez-Greene, 6
Dylan Hockley, 6
Madeline F. Hsu, 6
Catherine V Hubbard, 6
Chase Kowalski, 7
Jesse Lewis, 6
James Mattioli, 6
Grace McDonnell, 7
Anne Marie Murphy, 52
Emile Alice Parker, 6
Jack Pinto, 6
Noah Pozner, 6
Caroline Previdi, 6
Jessica Rekos, 6
Avielle Richman, 6
Lauren Russeau, 30
Benjamin Wheeler, 6
Allison N. Wyatt, 6

 WAJAH ADAM LANZA YANG MEMBUAT AMERIKA TERKEJUT LAGI 
Peristiwa tragis ini akan berlaku dan terus berlaku di mana-mana bahagian dunia ini...

Ahad, 16 Disember 2012

JOHN KERRY SETIAUSAHA AMERIKA YANG BARU


John Kerry

Obama telah menamakan John Kerry sebagai setiausaha Amerika Syarikat yang baru, menggantikan Hillary Clinton yang telah berkhidmat selama sepenggal. Chicago Sun-Time melaporkan, namun belum disahkan oleh White House. Susan Rise duta ke PBB antara yang disebut-sebut, namun menarik diri daripada tawaran tersebut.  

Hillary Clinton, selepas ini bolehlah berehat dan menjaga sepenuhnya suaminya Clinton yang pernah menggemparkan dunia dengan skandal terbesar (Monica) abad ini.

Sabtu, 15 Disember 2012

SUSAHNYA KITA NAK MENEPATI MASA

Satu hari tu aku tenampak ustaz depan rumah aku ku memasang penapis air ni. Aku terus aje berminat dengan produk Hijrah dari Tangkak ni. Ustaz baru balik dari MAHA, jadi dia dapat harga special RM 650 saja. Harga untuk aku punya ni RM 800, sebab aku bukan pengunjung MAHA. Tak apalah, harga untuk ustaz tu memang patut. Tambang dia ke sana dah berapa...hahahahaha.

Harga asal, RM 990. Oklah, lagi pun dah lama sangat nak benda ni, cuma asyik terbeli benda lain. Yang jadi masalah ialah, gigi anak aku sorang tu sampai hitam berus gigi guna air paip direct dari SAJ. Baju putih yang aku beli, tak sampai sebulan dah kuning. Itu yang aku hot tu. Jadi aku mesti beli juga walau banyak lagi nak guna duit. Kat dapur tu untuk masak-memasak, memang dah 17 tahun aku dah guna macam-macam jenama penapis air. Paling murah dan berkualiti yang sedang aku guna ialah penapis air Imtiyaz. Comel dan tahan lasak. Harga baru 500 lebih.


Kalau kita tengok foto kat atas tu, jam dah menunjukkan pkl 2.05 petang. Dua pemuda ni janji nak sampai rumah aku dalam pukul 12.00 tengah hari. Tunggu jenuh dah, pukul 2.00 petang baru sampai. Hai adik-adik, kenapalah korang ni tak tepati janji? Aku memang tak suka orang yang berjanji tetapi tak menepati, lagi-lagi bab masa. Banyak lagi hal yang aku nak buat. Dua jam dah menunggu.......Kalau aku berjalan, dah sampai JB lah agaknya.

 PENAPIS AIR DEPAN RUMAH JENAMA HIJRAH DARI TANGKAK
pun siaplah dipasang oleh dua teruna pemalu itu . Legalah sudah perasaan aku setelah masalah air yang sangat kotor itu dapat diatasi. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada.

Dah siap pasang, berkejar ke sini....Ili main bowling dengan kawan-kawan sekelasnya kat BP Mall ni. Aku lepak aje kat bawah, tengok suasana........ok..........Lepas tu kami ke hospital SULTANAH NORA, BATU PAHAT......tengok anak saudara aku yang masih belum pulih daripada sakit misteri.... 

Jumaat, 14 Disember 2012

JIKALAU KUTAHU.....


Mengajar anak mengaji kena sabar, yang kecik pulak menjerit-jerit, maklumlah anak ramai

MAWI DAH JUAL KOPI

Sudu ni dahlah kecik, hujungnya tajam pula, susah aku nak godek
HOT CHOCOLATE
ROTI PATMA COOKIES

Petang semalam, ada orang call aku. Kenal melalui blog nilah. Aku jemput dia ke Pt Sulong. Namanya En. Rashid. Umur baru 32 tahun. Anak dua orang, isteri baru satu.

Aku pun fikir, nak borak kat mana. Kalau kat rumah nanti, anak-anak aku tu melenting sana, terlompat sini, nanti tak dapat fokus pada topik bisnes yang dibincangkan. 


Tempat yang ada taraf KFC kat Pt Sulong ni mana lagi kalau tak Patma Cookies. Malangnya sampai sana ekon rosak pula. Kami bersembang kat luar, kaki lima. Bersembang punya sembang lupa ambik gambar dia! Dia begitu bersemangat, katanya di KL dia telah menaja penyanyi Mawi. Siap tunjuk gambar-gambar dalam Samsung Galaxsi Tab sebagai bukti. Mawi dah jual kopi dah.....

Lepas ni aku pulak nak bergambar dengan Mawi.....hahahahah.....

Khamis, 13 Disember 2012

SEDIH, KITA KALAH

Hidup ini bagai bola. Kadang suka. Kadang sedih.... Sedih ni ....Tak terkata.... Kenapa kekalahan menjadi milik kita...? Biarpun padang mereka ada rumput lembu, tetapi mereka menang. Mereka memang berhak menang....

KEDAI CAT KERETA IZAL PT SULONG






Kedai Cat Kereta Izal di Pt Sulong ini sudah popular di sini. Satu hari seorang pengusaha bas En Jaafar berkata kepadaku.

"Kau tak bangga ke, ada anak Melayu yang boleh mengecat kereta sebijik macam kedai yang dah popular. Memang cantik. Tak ada meleleh-leleh macam sesetengah kedai tu. Sebab tu kedainya penuh aje. Nak cat tempat dia, kau kena tempah tiga bulan tau"

Jadi sejak dari awal bulan Oktober lagi aku dah jumpa Izal (yang tengah tunduk tu, aku nak temu ramah pun dia busy aje, tapi sudi juga menjawab soalan aku). Aku nak cat kereta Kancil yang isteri aku gunakan untuk menghantar dan mengambil anak sekolah tu. Tapi tak dapat, dapat. 

Setiap tiga hari, aku jumpa dia lagi. Pujuk lagi. Tapi jawapannya tetap sama.

"Ni ada 10 lagi kereta yang menunggu bang ni. Saya tak boleh janji. Macamana ek?...Er...kalau saya hantar kereta abang ke kedai abang saya kat Pt Bilal tu setuju tak? Pekerja dia ramai."

"Okeylah Izal, tapi kualiti mesti setaraf dengan hasil yang kau buat ya?"

"Saya dulu belajar dengan abang sayalah bang. Saya garenti sama bang" Dia memberikan keyakinan.

"Okeylah Izal, petang ni juga saya hantar...nak tanya tentang harga-harga yang ditawarkan?"

Harga-harga proses mengecat di Kedai Cat Kereta Izal ialah:

  1. Warna Methalik Luar dan Dalam kereta RM 2000
  2. Warna Methalik Luar Sahaja RM 1200- RM 1300
  3. Warna Biasa Luar dan Dalam Kereta RM 1300
  4. Warna Biasa Luar Sahaja RM 700
  5. Pakej Pearl RM 2800 
  6. Jangan tanya saya saudara-saudara, Tuan-Tuan....sebarang pertanyaan sila call En Izal 017-7333 467. BAIKNYA SMS saja, kalau call dia memang tak sempat jawab, lagi-lagi kalau dia tengah menyembur cat. Eloknya call malamlah ya.
  7.  Izal kata Kancil aku akan siap dalam dua minggu. Dan begitulah kebanyakan kereta yang dihantar ke sini akan siap dalam jangka masa dua minggu.

M.L.M TERBARU 2012 DAN 2013-ORGANO GOLD

 

Organo Gold -SILA HUBUNGI SAYA 010- 3443 880
Baru 4 bulan bertapak di Malaysia.
Dan baru nak masuk ke Johor!

KLIK: WEBBLOG INI UTK PENERANGAN LEBIH JELAS

 Tukarkan Kopi, Milo dan Teh ke Organo Gold. Minum untuk dapat duit.


Membawa Khazanah Bumi Kepada Penduduk Dunia:
Kini anda boleh menawarkan kepada jutaan peminum kopi di luar sana  untuk minum kopi yang sihat sambil menjana wang setiap kali mereka minum kopi. Apa yang membuatkan kopi Organo Gold sihat untuk diminum? Ianya mengandungi bahan hebat dan ekslusif 100% Ganoderma Lucidum organik yang disahkan. Kandungan Ganoderma mempunyai banyak elemen aktif yang boleh membantu kesihatan badan :-

1. Menambah oksigen dalam tubuh       2. Meningkatkan tenaga
3. Menyokong peredaran darah            4. Memberi lebih kekuatan
5. Meningkatkan kualiti tidur                6. Membantu detoksifikasi badan secara semulajadi
7. Meningkatkan sistem imun               8. Meningkatkan kesihatan & kelanjutan usia.

Dapatkan pakej usahawan Organo Gold dengan modal seperti berikut:
1. Pakej Bronze RM450 (12 kotak)
2. Pakej Silver RM1,380 (35 kotak)
3. Pakej Gold RM3,380 (84 kotak)

Bagaimana jana income di Organo Gold?

1. Untung jualan runcit – belian secara borong, jual runcit dan simpan keuntungan anda antara 80% ke 300%. Terpulang pada anda.
2. Bonus segera apabila anda berjaya menjual pakej di atas kepada pelanggan anda. Bonus jualan Bronze RM50, Silver RM150 dan Gold RM350.
3. Bonus tajaan dengan hanya menaja 2 orang kiri dan kanan anda. Sehingga 20% bagi jualan kumpulan anda.
4. Bonus Uni-Level – bulanan (apabila pelanggan anda membuat pembelian ulangan).
5. Bonus matching Uni-Level – bulanan
6. Bonus generasi (kepimpinan) – bulanan
7. Bonus global pool – suku tahunan.

Bagaimana Anda ingin bermula?
Dengan keahlian RM80, anda akan dibekalkan dengan 12 bulan akses back office dan kit pengedar, katalog dan borang, pelbagai perisa sampel kopi, kemudahan ekses untuk pembelian borong.

Ikut syarikat kecil, bagai menaiki sampan kecil, ada ombak sikit, terbaliklah dia. Kini ada kapal besar yang boleh membawa anda ke puncak kejayaan. Dengan cawangan di banyak negara, Organo Gold boleh dijadikan sandaran untuk membina pendapatan pada masa hadapan.

Berminat sila hubungi saya 010-3443 880
ATAU
KLIK: WEBBLOG INI UTK PENERANGAN LEBIH JELAS