Rabu, 30 Januari 2013

BERTUAHNYA BINTANG BOLA SEPAK

Aidil Zafuan Vs Mohd Nazmi, kontreversi antara mereka sedang meledak

Pada saat mereka di puncak mereka digilai gadis-gadis setaraf dengan bintang-bintang pop. Kalau dapat bersalam dengan mereka, gadis-gadis itu rela tidak membasuh tangan mereka selama seminggu, untuk menggambarkan betapa terujanya mereka dapat bertemu dengan bintang pujaan.

Tengku Fiella

Peminat giler Ronaldinho

Situasi demikian sama saja di mana-mana. Mereka kacak, berduit dan punya kemasyhuran.  Muka tak berapa hensem macam Ronaldinho pun dikelilingi gadis-gadis jelita, inikan pula wajah sekacak Cristiano Ronaldo?

Tanpa berita bintang bola sepak, dunia ini mungkin  sunyi dan media pun tidak dipedulikan orang.


Selasa, 29 Januari 2013

SEKARANG AKU YANG MENJAGA KAMU


Ingatkan sehari dua ni, aku nak biarkan blog ni tidak berusik. Entah kenapa tiba-tiba aku tidak dapat melelapkan mata. Jam telah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Bagi pelajar universiti, tak dapat tidur malam adalah perkara lumrah.

Malam ni memang sunyi sangat. Langsung tiada suara. Cengkerik-cengkerik pun agaknya dah pupus di kediaman aku ini. Kenderaan yang lalu pun bagai tiada, atau telinga aku semakin tuli?

Teringat pagi tadi, seawal jam 7.00 pagi aku melayan anak lelaki aku ni ke sini. Kampung ni damai sekali. Selalunya waktu petang ramai orang memancing di sini. Aku biarkan dia sorang-sorang memancing. Aku membawa netbook aku untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah aku. Rajinlah kononnya, pada hal buat kerja last minute. Guru Besar baru aku ni nampak begitu komited, jadi aku kena siap sedia. Program kecemerlangan mesti disiapkan secepat mungkin. Barangkali dalam ketenangan di desa ini, aku dapat idea-idea baru.


Agaknya ikan haruan yang biasa menyambar-nyambar di sini masih beradu di gua masing-masing. Akhirnya,  Irfan pulang dengan kehampaan. Namun dia telah dapat testing pancing barunya. Banyak tempat aku dah ajak dia memancing, pantai Minyak Beku, pantai Penyabung, pantai Sri Menanti.....biasanya dapat sekor dua sahaja. Tetapi pagi tadi, benar-benar kosong...kosong...kosong. Yang penting kerja-kerja aku dah selesai, tinggal print.

Jam 7.00 pagi berhampiran Kilang Muncyhs

Esok, aku akan memandu seperti suasana dalam foto yang memancarkan mentari pagi itu. Dah masuk tahun ke 10 aku berulang alik dari rumah ke sekolah itu. Perjalanan itu memakan masa 25 minit. Kawan lama aku mengusik, "Kau tak boring ke asyik pergi sekolah dari kecik sampai tua?" Nakal sungguh soalan itu. "Kau pun sama jugak kan, tu yang hantar anak ke sekolah tu?"

Berjaga malam-malam, hati menjadi tenang. Banyak-banyaklah berzikir, dan mendoakan kesejahteraan ahli keluarga kita,saudara-mara kita,sahabat-sahabat kita agar kita semua sentiasa dilindungi Allah setiap ketika dan waktu. Semoga iman kita sentiasa terpelihara.

Membaca akhbar dan menonton televisyen,juga berita-berita internet. Hati ini sangat takut akan situasi sekarang yang kian menggila. Berita-berita jenayah, kemalangan, masalah rumahtangga tiada sudahnya. Semoga kita tetap berada di atas jalan Allah.

Banyak-banyaklah bersedekah dan membantu orang lain dalam hidup kita. Kerana sumbangan yang kita berikan kepada orang-orang yang memerlukan dan juga untuk jalan Allah itu akan berkata;

"Dulu kamu yang jaga aku, tetapi sekarang aku yang menjaga kamu" Sedekah berkata-kata.

Sebab tu semasa dalam perjalanan,eloklah berhenti di mana-mana surau dan mesjid, dan dermalah seikhlasnya, setulusnya semata-mata kerana Allah, semoga perjalanan kalian akan dilindungi daripada segala petaka yang tidak terduga.


Ahad, 27 Januari 2013

MONA FANDEY TELAH BERTAUBAT SEBELUM MATI


Kisah Mona Fandey disebut lagi dalam Metro Ahad hari ini. Siap dengan kronologi. Bermula ditangkap dengan suami dan pembantunya pada 13 Julai tahun 1993, sehinggalah hari mereka digantung serentak  sampai mati pada jam 5.59 pagi 2 November 2001.

Memang mereka antara pembunuh yang kejam dalam sejarah Negara. Namun kalian tahu atau tidak bagaimana Mona Fandey mengisi sisa-sisa kehidupannya di dalam penjara?

Dalam tempoh lapan tahun dalam tahanan dan penjara itu, Mona Fandey telah bertaubat. Sebelum digantung Mona Fandey telah mengucap dua kalimah syahadah dan dia mati digantung pada pagi Subuh Jumaat yang syahdu. Sebelum digantung Mona Fandey juga tenang, tidak meronta-ronta atau menjerit. Ramai pesalah yang pengsan sebelum digantung. Tetapi, Mona Fandey menghadapinya dengan penuh redha. Itulah jalan terakhir yang harus ditempuh, akibat kesilapannyaa sendiri, bukan menyalahkan orang lain. 

Ini adalah cerita yang aku dengar daripada seorang penceramah yang berceramah di mesjid tempat aku ini bulan lepas. Nama ustaz tu Ustaz Syeikh Faisol dari Darussyifa Melaka. Yang bercerita kepada Ustaz Faisol ialah rakannya juga seorang ustaz yang bertugas di penjara tempat Mona Fandey digantung. 

Ustaz bertanya khalayak, adakah ada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan menyebut nama Allah? Adakah ada jaminan yang kita ini akan mati dalam keadaan baik? Sebab itulah kita harus berada di jalan yang lurus, selama 24 jam. 

Justeru, jauhilah daripada menceritakan kesalahan orang lain. Dalam diri kita ini masih banyak tompok-tompok dosa yang mesti dibersihkan.

Tentu kalian ingat akan dosa orang yang membunuh 100 jiwa, namun akhirnya dia juga mendapat keampunan Allah.

Oleh itu, ingatlah, kita harus sentiasa berada di jalan yang lurus, sebagaimana yang kita minta dalam surah Al Fatihah yang kita baca 17 kali sehari itu. 

UFO TERHEMPAS DI LAUT OKINAWA


"Kami mahu menyiarkan gambar ini kepada dunia dan mengesahkan laporan yang dikeluarkan semalam," kata jurucakap Tentera Laut Jepun Yoshido Hari. "Gambar ini akan memberikan kepercayaan kepada apa yang sesetengah rakyat kita hidup di Okinawa saksikan semalam. Kami jelas masih mempunyai hari-hari yang banyak menyelamatkan pesawat dalam satu bahagian. Kita mesti memelihara objek seberapa banyak yang mungkin. " Google Translate punya ayat, mesti belit-belitlah.

Bentuk UFO tersebut sama seperti yang dilihat di Texas sebagaimana video di atas.


Berita Harian melaporkan: 
Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu.


UFO CRASH OKINAWA


Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran.

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata.


Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu.


Kesan kemalangan UFO

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit.

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan.
Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut.

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit.


Halang media siar

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu.

Khamis, 24 Januari 2013

BLOG ANDA RANKING KE BERAPA DUNIA?

 BEN ASHAARI
Benashaari.com is ranked 63,236 in the world (among the 30 million domains), a low rank means that this website gets lots of visitors. This site is relatively popular among users in the Malaysia. It gets 92.1% from Malaysia. This site is estimated worth $32,076USD. This site has a good Pagerank(3/10). It has 2,871 backlinks. It's good for seo website. Benashaari.com has 58% seo score.
 FATIN LIYANA
Honeykoyuki.blogspot.com is ranked 151,619 in the world (among the 30 million domains). This site is relatively popular among users in the Malaysia. It gets 89.8% from Malaysia. This site is estimated worth $4,228USD. This site has a good Pagerank(4/10). It has 2,190 backlinks. It's good for seo website. Honeykoyuki.blogspot.com has 15% seo score.
 HANISH ZALIKHA
Inibelogsaya.blogspot.com is ranked 163,357 in the world (among the 30 million domains). This site is relatively popular among users in the Malaysia. It gets 96.9% from Malaysia. This site is estimated worth $USD. This site has a good Pagerank(4/10). It has 3,173 backlinks. It's good for seo website. Inibelogsaya.blogspot.com has % seo score.
 
Cikepal06.blogspot.com is ranked 199,703 in the world (among the 30 million domains). This site is relatively popular among users in the Malaysia. It gets 90.8% from Malaysia. This site is estimated worth $USD. This site has a good Pagerank(3/10). It has 1,912 backlinks. It's good for seo website. Cikepal06.blogspot.com has % seo score.
 BONI KACAK
Bonikacak.com is 6 months old, it is ranked 300,395 in the world (among the 30 million domains). This site is relatively popular among users in the Malaysia. It gets 90.6% from Malaysia. This site is estimated worth $5,160USD. This site has a good Pagerank(2/10). It has 259 backlinks. It's good for seo website. Bonikacak.com has 19% seo score. Bonikacak.com is safe.


 
 
 CIK EPAL




Tu dia ranking yang dilaporkan oleh WEBSTATSDOMAIN. Ada 30 juta domain berdaftar di dunia. Paling aku terperanjatnya sikacak Boni ni telah meletakkan ke ranking ke 300 ribu aje. Nak kena belajar dgn Boni nampaknya nih.  

Korang tengok aku ranking keberapa? 5 juta lebih. Nak sedapkan hati sendiri, kurang-kurang telah meninggalkan 25 juta web yang lain.

Matsomherbs.blogspot.com berada di kedudukan 5.167.452 di dunia (kalangan domain 30 juta). Laman web ini dianggarkan bernilai $ 1,479 USD. Laman web ini mempunyai Pagerank rendah (1/10). Ia mempunyai 36 backlinks. Ia adalah baik untuk laman web seo. Matsomherbs.blogspot.com mempunyai skor 19% seo. Macamana aku nak naikkan rank ni?

Cuba tengok ranking korang pulak....KLIK DI SINI Tahniah kalau dapat kalahkan blog abang Ben Ashaari. 

Rabu, 23 Januari 2013

GURU DAN DUA ANAK MAUT NAHAS NGERI

 Imej:hMetro
Kereta dan Lori terbabit: Gambar sumber rakan Facebook

MUAR: Seorang guru dan dua anaknya maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap oleh konkrit binaan dari sebuah lori treler dalam kemalangan di Kilometer 22.4, Jalan Muar-Parit Sulong di Air Hitam di sini Rabu.

Ngaisah Redzuan, 46, isteri kepada anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri Mohd Ghazali Salamon, serta dua anaknya Mohd Nurullah Al-Azim, 12, dan Puteri Balqis Sofea, 10, terbunuh di tempat kejadian pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh Ngaisah hendak membelok ke rumah dan wanita itu ketika itu baru saja pulang dari mengambil dua anaknya di Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, Batu 15.

"Secara tiba-tiba sebuah lori treler yang membawa muatan bahan binaan pasang siap telah merempuh kereta yang dipandu mangsa sebelum bahan muatan menghempap kesemua mangsa dalam kereta itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia dalam keadaan mengerikan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati lori terbabit dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong kereta mangsa yang sedang membelok ke rumahnya di sebelah kiri jalan dari arah Air Hitam ke bandar ini.

Katanya, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah disini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta PengangkutanJalan (APJ) 1997.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Muar untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Ismail Mahmood berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pukul 1.30 petang.

"Kami mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat ketiga-tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan akibat dihempap oleh konkrit berkenaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Ghazali yang ditemui di hospital berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dengan kejadian menimpa anak dan isterinya sehingga terpaksa ditenangkan oleh saudara mara. 

myStar Online & BERNAMA

Saya telah menghubungi seorang sahabat dari Bukit Naning, dan bertanyakan hal itu. Dia memberitahu, kereta Allahyarhamah Cikgu Ngaisah dari SK Bukit Naning, dalam perjalanan balik ke rumah di kawasan itu juga (ke arah Bakri). Lori juga dari arah Pt Sulong ke arah Muar. Kereta yang dipandu mangsa, membelok ke rumahnya di sebelah kiri. Sebagai langkah berhati-hati, kebiasaan orang akan rapat ke tepi (iaitu ke kiri jalan) baru belok, namun pada hari kejadian mangsa pada hari itu, (membelok seakan-akan ambik size/istilah sekarang). 

Lori dari belakang terkejut dan membuat pautan, dan lebih malang tiang konkrit itu tidak diikat sebagaimana sepatutnya. Justeru dengan brek yang kuat, ia menggolek bagai peluru. Dan sahabat saya mengatakan, kemalangan itu memang amat mengharukan. Sahabat saya berkata Cikgu Ngaisah adalah seorang yang sangat baik dalam pergaulan dengan rakan sekampungnya dan di Bukit Naning.

Semoga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas mereka.

DILEMA TINGKATAN 6

Laluan kerjaya guru Tingkatan 6 telah dinaik taraf sejak tahun 2008. Mereka menikmati kenaikan pangkat secara 'fast track' dari DG41 ke DG44/48/52. Waktu mengajar dan beban kerja juga bertambah setiap tahun. Sepatutinya Tingkatan 6 diasingkan dan dinaik taraf menjadi Junior Kolej seperti Matrikulasi. Untuk menggalakkan lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Kita harus memastikan pelajar mendaftar sendiri untuk terus belajar di Tingkatan 6.

Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah patut mempermudah proses pendaftaran masuk ke Tingkatan 6 bagi pelajar tamat SPM.

Apa itu Sistem Modular?


Menurut Kamus Dewan ‘unit atau bahagian tersendiri lengkap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar’. Modular dalam bahasa Inggeris  decentralize  – mengagihkan kuasa pusat, pemindahan kuasa pusat ke daerah.Decentralizationpengagihan kuasa pusat.

Mulai tahun 2012 Sistem Modular dan Tri-Semester dilaksanakan di Tingkatan 6. KPPK telah menerima pelbagai pandangan dan cadangan tentang dasar baru itu. Antara perkara-perkara yang sering dikemukakan oleh Guru Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

 Imej: kredit http://abihulwa.blogspot.com

Pandangan:
  1. Menyokong pembaharuan sistem peperiksaan STPM menggunakan format baru.
  2. Pentaksiran format baru lebih memudahkan pelajaran dan tidak membebankaan mereka.
  3. Satu bentuk penilaian yang lebih adil dan saksama kerana dinilai sepanjang tahun.
  4. Guru mungkin tertekan dan kebimbangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Ini mungkin berlaku pada tahun 2012, tetapi guru telah bersedia pada tahun 2013.
  5. Sistem Penilaian baru STPM secara modular merupakan satu kaedah yang lebih adil, mudah dan saksama kepada pelajar khasnya kumpulan yang mempunyai pencapaian sederhana dalam akademik tetapi berpotensi.
  6. Pelajar dapat membaiki keputusan setiap penggal.
  7. Pelaksanaannya adalah terlalu drastik.
  8. Kemudahan fizikal dan prasarana tidak mencukupi seperti bilik tutorial, dewan tutorial dan peralatan yang diperlukan untuk sistem modular  
Cadangan:

  1. Kerja kursus bukan pada akhir tahun tetapi diawalkan supaya pelajar berpeluang membaiki kelemahan diri sekiranya didapati hasil kerja tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran.
  2. Sistem penilaian digubah mengikut 100% berikut. 50% laporan, 40% tugasan dan 10% kokurikulum.
  3. Menubuhkan badan khas Penilaian Calon yang berintegriti tinggi, kemampuan menyediakan kertas soalan dan meyakinkan pemantauan untuk mengenal pasti kualiti dan standard STPM terjamin dan diiktiraf oleh institusi luar negara dengan menggunakan Penilaian Secara Modular.
  4. Jumlah pemeriksa ditambah untuk mengurangkan beban kerja.
  5. STPM baru kekal sebagai satu peperiksaan rasmi yang berprestij dan bermutu tinggi.
  6. Isu 'Plagirisme' oleh pelajar mesti ditangani dengan bijaksana.
  7.  Laporan dan cadangan oleh Buletin KPPK OKTOBER 2012 

ANAK ANDA PEGANG JAWATAN?


Sesi persekolahan 2013 telah memasuki minggu ke empat. Mesyuarat kokurikulum telah banyak diadakan di semua  sekolah. Ibarat pilihan raya, kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah membuat pilihan ketua dan jawatankuasa kelab dan persatuan masing-masing. Yang menariknya ada pelajar yang sangat yakin, mencalonkan dirinya sendiri memegang sesuatu  jawatan, walaupun tiada kawan-kawan yang menyokongnya.

Jika anak kalian balik ke rumah dengan membawa berita:

- Mak, hari ni saya dilantik jadi Ketua kelas.
- Mak, kawan-kawan dah pilih abang jadi ketua pengakap sekolah

Dan lain-lain jawatan....apa reaksi anda?
Bagaimana pula jika anak anda telah memegang tiga atau empat jawatan sekali gus?

Apa kelebihan mereka aktif dalam sukan, kelab dan persatuan?
  1. Menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab. Ia melatih anak anda hidup berdisiplin, dan akhirnya kebaikannya perjalanan hidupnya akan berada di lebuhraya seorang bos atau ketua yang berpengaruh suatu hari nanti.
  2. Memudahkan dia untuk memohon ke sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah-sekolah berprestasi tinggi.
  3. Menanamkan keyakinan diri yang tinggi agar dapat menghadapi masa depan yang lebih gemilang.

Kesimpulan:
Jadi anggaplah jawatan atau pilihan yang anak anda terima di sekolahnya sebagai satu rahmat. Bukankah kalian juga pernah memegang jawatan sebagai pengawas, ketua, wakil bola jaring dan sebagainya sewaktu di sekolah dahulu? Kalau tidak, takkan kalian jadi ibu bapa yang begitu hebat sekarang?

Selasa, 22 Januari 2013

BING KINI BOLEH KESAN STATUS DAN KOMEN FACEBOOK ANDA


Jika selama ini hanya entri-entri laman web dan blog yang boleh dijejaki enjin carian, kini status dan komen anda dalam Facebook akan dapat dikesan oleh enjin carian Microsoft BING. Adakah ia satu berita baik atau buruk buat anda? Bagi usahawan internet, ia satu yang sangat positif buat mereka.

Namun, data-data peribadi anda tetap terpelihara oleh Facebook.

Ikuti pengumuman mereka DI SINI> Pengumuman Bing 

Ahad, 20 Januari 2013

MENCARI DAMAI DI HUJUNG DESA

Kerja hakiki semakin memeningkan. Tugas semakin bertambah. Cuti hujung minggu, aku bawa anak-anak lari ke kolam air panas ini. Bertolak dari rumah, setengah jam sampailah kami di lokasi ini.  Ramai orang pagi ini. Ke sini, tiada sebarang bayaran dikenakan. Terletak di sebuah desa yang indah dengan pohon kelapa dan barisan pokok herba mas cotek. 
Tiga jam berada di sini, mereka tetap tidak mahu balik. Kawasan ini semakin cantik dengan didirikan chalet, taman permainan dan sebagainya.
Aku suka melihat daun-daun yang hijau...terasa aura positif pokok bunga itu terbang ke arahku yang sedang dihantui kerja yang menimbun, dan berita anak-anak saudaraku yang diganggu jin jahat. Sepanjang Disember aku berhempas pulas dengan adik-beradikku untuk menentang jin itu, tetapi dia benar-benar degil. Ustaz-ustaz yang merawat itu pun bagaikan putus asa.   
Petang tadi aku mengumpulkan almari yang senget, kerusi yang patah, dan aneka sampah keras lalu aku potong-potong dan sumbatkan ke semuanya ke booth kereta, dan kubuang jauh-jauh di kebun aku yang dah lama aku tak menjengoknya dek kerana kesibukan hal anak-anak saudaraku itu. Setiap kali lalu ke sana, aku akan berhenti di tepi pokok betik ini entah siapa yang punya ini....snap..snap...
Walaupun kebunku semak, namun ia tak sesemak otakku yang penuh dengan deretan fail yang perlu aku siapkan sehari dua ini. Melihat kehijauan rumput dan paku pakis ini aku menjadi damai......

Dan buat sahabat-sahabat Facebookku, maaf aku telah Deactivate akaun aku. (Sampai satu masa yang tak tahu bila). Sebab dan punca: Aku nak berehat. 

Sabtu, 19 Januari 2013

KALIMAH ALLAH MESTI DIPERTAHANKAN

Tidak kira apa parti politik anda, mestilah bersatu hati bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain di Malaysia, kerana mereka akan menggunakan ini bagi dakyah agama mereka ke atas kita.  


Adalah sangat menyedihkan apabila ada pihak yang menjadi jurucakap pihak agama mereka, yang mewajarkan penggunaan kalimah Allah dalam agama mereka, termasuk Dr Maza. Saya tanya Dr Maza, apa untungnya kita orang Islam, dengan membenarkan kalimah Allah ini di kalangan mereka? Sila jawab...berapa ramai orang yang telah anda Islamkan?

Jika anda orang UMNO, harus akur dengan keputusan yang dibuat oleh mufti-mufti. Jika anda orang PAS, anda mesti akur dengan Majlis Syura PAS khasnya pandangan oleh Dr Haron Din. Pendapat ahli politik, usah diambil kira kerana mereka bercakap untuk kepentingan puak masing-masing.  

Jika di Indonesia hendak dijadikan panduan, lihatlah apa yang berlaku. Bala demi bala tidak pernah hentinya berlaku di sana. Adakah kita hendak menerima kemurkaan Allah?

Kalimah Allah bukan isu politik, tetapi satu ancaman besar sedang menanti kita. Amat malangnya kita, ketika kita sedang digugat, kita masih berbicara soal politik sempit masing-masing. Kejadian beberapa individu menyebarkan kitab Injil di depan sekolah itu membuktikan, mereka mula berani mencabar kita, kerana kita masih bercakaran sesama sendiri.  


Rabu, 16 Januari 2013

14 RAHSIA BERUMUR PANJANG



Lembah HUNZA mula aku kenali melalui katalog sebuah syarikat MLM. Aku bukan takjub dengan produk yang ditawarkan, tetapi tertanya-tanya keistimewaan orang di kawasan utara Pakistan ini. Mereka tinggal di satu kawasan pertemuan enam banjaran gunung.

Yang paling mengujakan kita ialah pada keseluruhannya umur jangka hayat mereka antara 90-110 tahun dan dikatakan daerah mereka adalah tempat di mana ramai manusia berusia panjang dan sihat pula!

 Imej Google: Seorang pakcik hensem yang umurnya sebenarnya dah lanjut tetapi nampak mantop lagi
   
Mereka dikatakan tidak memiliki penyakit yang biasa kita dengar, seperti penyakit jantung, kanser, artritis, tekanan darah tinggi, kencing manis , batuk kering, demam, asma, masalah hati, hempedu, masalah pundi kencing, sembelit, atau banyak penyakit lain yang melanda seluruh dunia.

Selain itu, tiada kilang, tiada hospital, tiada rumah sakit jiwa, tiada kedai ubat, salun, tidak ada kedai-kedai menjual rokok, tiada polis, tiada penjara, tiada jenayah, tiada pembunuhan dan tiada pengemis di lembah tersebut.

 Mereka ni nampak warak-warak, muka pun tenang-tenang, inilah sebenarnya rahsia utama mereka berusia panjang

Apabila search di Google maka terpaparlah rahsia mereka berusia panjang. Rahsia-rahsia yang terbongkar ialah:
 
1- Mereka memakan daging sangat sedikit kecuali pada hari-hari perayaan seperti hari Raya Aidilfitri dan Raya Haji.

2- Daging dan produk tenusu bersama-sama membentuk hanya 1 peratus daripada diet jumlah mereka.


3- Protein dan lemak adalah hampir keseluruhannya berasal dari sayur-sayuran.


4- Mereka bergantung sepenuhnya pada makanan semula jadi dan bukannya diproses dan dibuat orang.


5- Mereka makan sejumlah besar bijirin: gandum, barli, sekoi dan soba.


 Antara makanan utama mereka, bijirin

6- Sayuran juga memainkan peranan penting, terutamanya sayur-sayuran berdaun (sawi, bayam dan salad) dan juga sayur-sayuran akar, kacang dan kekacang yang boleh tumbuh.


7- Mereka berkembang Flaxseeds, hampir setiap hidangan mengandungi flaxmeal baru tanah dalam satu bentuk atau lain.


8- Sebahagian besar daripada diet mereka dimakan mentah, pada musim panas, sebanyak 80 peratus daripada makanan yang dimakan dalam keadaan semula jadi.


9- Sayuran yang dipilih hanya sebelum penggunaan dan hampir selalu dimakan mentah.


10- Pada musim sejuk, mereka rendam lentil dan kekacang. 


 Panorama indah di Lembah Hunza

11- Sayur-sayuran mereka biasanya  dikukus menggunakan jumlah air yang minimum. 

13-Tanaman mereka disiram dengan air daripada gunung yang banyak di sekeliling mereka. Sudah pasti mereka tidak menggunakan racun dan baja 
kimia.

14-Mereka berwajah tenang disebabkan mereka kaum yang sangat taat akan perintah Allah, sebab itulah negeri mereka penuh dengan rezeki yang melimpah ruah.
 
 Nyamannya, patutlah umur sampai 100 tahun

Susah juga hendak mencari tempat seperti itu di negara kita. Sungai, udara, dan semuanya telah tercemar. Nampaknya aku kena mula makan ulam-ulam dari kebun sendiri. Pertama sekali nak mula kukus pucuk paku....huhuhu...nak kurangkan makanan berminyak, berlemak, bersusu.....

Isnin, 14 Januari 2013

SUBHANALLAH, AIR TERJUN MEMBEKU

 image :Rainer Eder

Walter Hungerbuhler mendaki aisterjun di Switzlerland. Ia bukan lagi air terjun,tetapi ais terjun
Sekeping gambar boleh ditafsirkan dengan 1001 pengertian. Selalunya kita lihat sungai, tasik,kolam yang membeku. Air terjun yang membeku ini benar-benar menakjubkan. Maha Besar Allah yang Maha Agung.

Ahad, 13 Januari 2013

MAT BOND FULL MOVIE

Filem yang paling aku suka masa kecik-kecik dulu

MENDAKI AIS DI GUNUNG EVEREST

 
Jika semalam aku mengajak kalian 'berjalan-jalan' di Pulau Socotra yang mempunyai pohon-pohon yang unik, malam ni mari saksikan keseraman para pendaki everest dalam menempuh cabaran getir menawan puncak tertinggi di dunia itu. 

Kalau dibayar berjuta pun, aku tak sanggup melakukannya. Orang-orang yang masih muda silakan. Mendaki gunung Soga di Batu Pahat tu pun aku dah termengah-mengah, apatah lagi nak mendaki gunung-gunung yang lain. 

Pernah juga masa muda dulu (1987)sampai di Puncak Gunung Ledang, buat yang belum sampai di mana-mana puncak gunung, harap sertai aktiviti mencabar ini. Sampai di atas sana, terasa sesuatu yang sungguh menakjubkan, apatah lagi melihat mentari terbit dari bawah pandangan kita. Jika tidak, panjatlah bukit tertinggi di tempat kalian, cukuplah.....

Sabtu, 12 Januari 2013

POKOK ANEH DI PULAU SOCOTRA

Kalau kita di sini ada pokok Dragon Fruits, di Pulau Socotra, Yaman pula ada pokok aneh yang kenali sebagai pokok Darah Naga. Pulau Socotra ialah pulau terbesar antara empat pulau di Kepulauan Socotra. Ramai pelancong mula datang ke pulau ini setelah berjuta-juta tahun tersisih daripada pandangan manusia sejagat. Mereka datang ke sini semata-mata ingin merasai suasana keajaiban yang unik dan tiada di tempat lain di dunia ini. 

Jom ...ikut aku menelusuri pulau ini..........(ikut rentak muzik Majalah 3)

  SUBHANALLAH....bagai berada di dunia fantasi....
Imej : sayidaty.net

imej : deskarati.com
 imej: vacationhomes.net
imej: jameswriten.tumblr.com

Aku rasa seronok dan tenang tengok pokok ni. Baru tengok gambar pun dah terasa aura pokok ni. Apatah lagi kalau dapat bertandang ke Pulau Socotra. Kata sebuah buku, entah siapa yang tulis, pokok mempunyai aura positif, sebab tu apabila kita berada di sebelah pokok, kita rasa bahagia. 


KERETA LAMA CAT BARU


Ok....Kancil putih kusam kami dah tukar warna Silver Gold. Nak tukar kereta pun sayang duit. Kancil tahun 1995 ni kalau kami jual pun cuma laku berapalah aje. Kos cat kereta ni 2K, dah hampir sama harga kereta ini sekarang.  

Dah sebulan kereta Kancil kami kat kedai cat. Susah juga tinggal satu kereta. Anak-anak sekolah terpaksa ditumpangkan kepada orang. Satu hari tu, sahabat kami tu terlupa ambik anak kami Arina, hampir satu jam dia tercegat di depan pagar sekolah.

Puan Hamidah akan mula menjalankan tugas rutin, menghantar dan mengambil anak sekolah yang empat orang itu sebagaimana tahun-tahun lepas.

Jumaat, 11 Januari 2013

GAMBAR-GAMBAR SALJI DI PALESTIN

 Cute-cute budak-budak ni....

Keajaiban telah berlaku...






(Pictures from paltimes.net)

Khamis, 10 Januari 2013

PANDANGAN DATUK DR HARON DIN TENTANG KALIMAH ALLAH

Seharusnya mana-mana pihak tidak akur terhadap tuntutan pihak pihak-pihak tertentu, kerana mereka mempunyai agenda besar. Mereka akan membuat tuntutan demi tuntutan. Apa yang tinggal pada kita? Sampai bila kita hendak beransur,dan mereka terus menolak? Ketepikan soal politik, Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Selasa, 8 Januari 2013

CIRI-CIRI GADIS YANG BERPOTENSI UNTUK DIKECEWAKAN

Memang kecantikan jadi pilihan utama lelaki. Itu lumrah, tiada siapa yang dapat menafikannya. Dari zaman Qabil, sampailah dunia akhir zaman ini. Namun jika anda berwajah cantik bak Neelofa pun, tetapi anda memiliki ciri-ciri di bawah, anda juga akan disingkirkan sebagai CARTA HATI para pemuda.

GADIS CANTIK 
Subhanallah....Untungnya jadi orang cantik

Siapakah gadis-gadis yang berpotensi untuk disingkirkan oleh lelaki idaman itu? Mereka ialah:   

1. Gadis Yang Dominan-Lelaki memang suka kepada gadis yang cergas, aktif sama ada dalam memberikan pendapat atau dalam kehidupan seharian. Bukan gadis yang lemah longlai, lurus bendul, tidak matang dan keanak-anakan. Namun mereka tidak mahu dengan gadis yang nampak begitu dominan. Ini kerana ditakuti mereka berpotensi menjadi isteri yang queen kontrol apabila berkahwin dengan gadis seperti ini. Lelaki sangat bimbang jika kehidupan mereka dikuasai wanita.
  

2. Gadis Yang Hidup Seperti Puteri Raja- Manja dan suka kepada kemewahan sangat ditakuti oleh lelaki. Pasti mereka gusar jika anda suka singgah di kedai emas dan membelek-belek barang kemas bertatahkan berlian. Atau anda enggan untuk makan di warung mamak. Setiap kali dating mesti nak makan di restoran berhawa dingin atau di hotel. Jika lelaki itu memang anak orang kaya raya tak kisahlah. Ni tidak, adik-adik kat kampung mintak duit pun tak dapat beri, inikan pula makwe nak beg tangan Charles Jourdan. Tentu dia asyik kecut perut saja....

3. Gadis Yang Suka Mengeluh- Gadis yang suka mengeluh juga akan ditinggalkan oleh pasangannya. Semua dijadikan keluhan, tempat kerja, kawan sebilik, kucing yang suka buang air, bos yang cerewet, pendek kata mengeluh mesti menjadi agendanya. Hidup biarlah happy. Membahagiakan dan mencerikan situasi di mana-mana, terutama pasangan anda.

4. Gadis Yang Suka Mengkritik - Siapalah suka dikrritik? Ini tak betul. Itu tak betul. Dia seorang yang betul. Ditakuti besok apabila dah kahwin, emak mertua dan ayah mertua semua dikata tak betul. Orang yang suka mengkritik dan tak puas hati 24 jam ni elok duduk dengan tarzan dan monyet kat hutan tu.

5. Gadis  Yang Suka Menyindir - Lagi pedih daripada yang suka mengkritik tadi, bunyi macam berbudi bahasa ...lembut aje...rupa-rupanya kena sindir, berdesing. Pernahkan kena sindir? Begitulah lelaki kalau kena sindir, mereka terus tinggalkan anda. Tak percaya, cubalah buat.

6. Gadis Yang Tidak menghormati orang tua- Kenalah hormat apabila jumpa orang tua, terutama bakal mentua. Kelakuan anda akan dinilai oleh pasangan anda.

7. Gadis Yang Pengotor- Pengotor bukan sahaja di rumah, tetapi juga di luar. Bagaimana nak tau dia pengotor atau tidak? Orang yang pembersih, dia akan sentiasa bersih, tujuh hari tujuh malam. Kalau dia pernah tercerita, pagi tadi malas nak mandi, semalam lupa nak gosok gigi, tulah antara tanda-tanda dia seorang pengotor. Boleh siasat dengan kawan serumahnya....

Banyak lagi ciri-ciri yang sepatutnya disenaraikan, tetapi cukuplah setakat itu.
Ok ....itu aje entri aku malam ni....yang tak puas hati sila buat bantahan di ruangan komen di bawah. Ciri-ciri lelaki yang bakal dikecewakan biarlah blogger wanita yang mengarangnya....

Ahad, 6 Januari 2013

1000 GADIS MEMINATI JAAFAR ONN

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Setelah lebih 20 tahun menduda, artis serba boleh, Jaafar Onn memilih untuk mencari jodoh melalui FanPage Cari Jodoh Online.
Beliau juga membuat pengumuman mencari isteri baru melalui laman sosial Facebook. 

 Imej: KLURBANITE.COM

“Ini merupakan salah satu usaha saya untuk menamatkan zaman bujang. Memang banyak maklum balas diterima, setakat ini hampir 1,000 wanita yang menyatakan hasrat untuk berkenalan lebih lanjut," katanya kepada Utusan Malaysia. 

Ciri-ciri pasangan dicari ialah bersikap lemah lembut dan pandai menjaga rumah tangga selain berusia sekitar 30-an. 

UTUSAN.

Memang untung jadi isteri Jaafar Onn ni, tak payah masak...tak payah kemas rumah, tak payah basuh pinggan, tak payah menyulam, lelaki idaman Malaya, lama sangat menduda, kesian tawwww... Nak tanya abe Jaafar, suka merajuk tak?

Sabtu, 5 Januari 2013

BISNES MELALUI BLOG


Teringat pesanan ustaz minggu lepas, semakin banyak kita menginfaqkan rezeki kita kepada Allah, nescaya rezeki kita akan ditambah berganda-ganda oleh Allah. Oleh itu, jangan segan-segan untuk menderma. Kalau tak tau nak derma kat mana, di bawah blog aku ni ada dua buah sekolah tahfiz yang memerlukan dana segera.

Mulai 2013 ini, azam aku ialah bisnes melalui blog dengan lebih serius lagi. Alhamdulillah, tempahan mula bertambahlah nampaknya......Nak harap duit Nufnang? Alamatlah dah lama aku tutup blog ni

Ini bukan bermakna, aku akan terus buat entri pengiklanan semata-mata. Kalau ada cerita menarik dalam kehidupan sekeliling aku, seperti biasa aku akan kongsikan.

Kebetulan hari tu aku didatangi pemborong aneka produk herba, jadi rangkaian barangan aku semakin banyaklah. Aku tak boleh lagi fanatik terhadap satu-satu jenis barangan. Syarikat tu bukan syarikat bapak aku....Sebagai pengedar, kita bebas nak jual apa, asal tidak menjual benda yang haram.



Jadi gambar di atas itu adalah antara produk yang semakin laris. Tu belum masuk lagi GELEK RAMPENG yang mula menerima tempahan minggu ini. Ramai rupanya di luar sana yang nak KUAT, nak RAMPING, nak AWET MUDA, nak RAMBUT HITAM, nak PUTIH, nak SIHAT......

Masalah orang lain, adalah peluang kita. Kita jual dengan niat utama untuk MEMBANTU masalah orang ramai, dan untuk rezeki anak-anak kita.

Seorang makcik yang kerja menjadi pembantu gerai menjual buah-buahan di depan taman perumahan aku ni menjelaskan...

" Makcik ni anak sorang, dah kahwin pun, tapi kenapa makcik nak kerja juga, kerana makcik pun nak menderma kat mesjid itu, mesjid kita pun semakin aktif dengan ceramah, kuliah, takkan makcik nak mintak pada PakCik aje selama-lamanya" 

Murni sungguh niat dia bukan? 

 KRIM RAMBUT ANTI GUGUR

(Kebanyakan pelanggan aku adalah yang search kat Google tentang sesuatu produk itu, misalnya semalam seorang makcik dari Rengit membeli 4 unit krim rambut anti gugur untuk dihadiahkan kepada anak bujangnya yang dah mula gugur rambut...muda lagi, baru 22 tahun rambut dah gugur...entahlah ya) 

JULIE REMIE - KENANGAN


 Sambil menolong mengemas rumah ni, aku dengar lagu-lagu Julie Remie......

Jumaat, 4 Januari 2013

CERAMAH LUCU KYAI ANWAR ZAHID-CAKAP JOWO

 
Maaflah, ni ceramah khas untuk orang-orang Jowo saja. Suku kaum lain tentunya enggak ngerti yo. Mula-mula ustaz Anwar tanya, sama tak orang pandai, dengan orang bodoh? 

Tentu tak sama. Cara berjalannya, cara ibadahnya, cara bercakapnya, cara mengaji Al-Qurannya, cara pergaulannya, juga cara tidurnya tidak sama antara orang yang berilmu, dengan orang yang tidak berilmu. 

Justeru, kesimpulannya marilah menambah ilmu pada setiap ada kesempatan. Usah dipersia-siakan masa berlalu tanpa memperoleh apa-apa, kerana kelak apabila nyawa sudah sampai di tenggorokan, masa itu semuanya sudah tidak bermakna lagi.

AZLAN & THE TYPEWRITER

AZLAN & THE TYPEWRITER IDOLA DI JELAJAH AJL27

KOPI PANGGUNG AL AMBIAK




SILA HUBUNGI 0103443880
SELURUH MALAYSIA HANTARAN POS LAJU
LIHAT MISAI DALAM GAMBAR TU, HEBAT BUKAN?

HARGA:
HARGA JUALAN ONLINE :

SATU KOTAK RM 100.00 
TERMASUK POS

www.wasap.my/60103443880






CARA ORDER:

Bank In ke CIMB:no
7043 9284 74
MAT SOM/HAMIDAH

atau

Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 

MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:




Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM<>NamaProduk

Produk dihantar secara Pos Laju