Ahad, 10 Mac 2013

KERAJAAN SULU SUDAH LENYAP

Prof Datuk Zainal Kling berkata:

Dulu ada kesultanan Melaka, tetapi kerajaan itu sudah tiada, tetapi tiba-tiba muncul individu yang mengiktiraf diri sebagai sultan?

Keturunan Kesultanan Sulu memang ada, tetapi kerajaannya tiada. Tambahan pula, Sulu itu sendiri di bawah kuasa Filipina dan mengikut konteks perundangan, tidak wujud sebuah kerajaan (Kesultanan Sulu).

Pada 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk oleh kerajaan Britain dan Malaya bagi menjalankan pungutan suara penduduk Borneo Utara (Sabah dan Sarawak) bagi penubuhan gagasan Malaysia. Hasil pungutan suara itu mendapati, kedua-dua negeri tersebut bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Dengan itu, secara automatik, hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah telah gugur.

Prof Datuk Ramlah Adam pula berkata:

Sebahagian Indonesia juga pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu, tetapi mengapa mereka tidak menuntuk hak kepada kerajaan Indonesia?

 

4 ulasan:

Kayu Manis berkata...

tak malunya mereka..perjanjian juga sudah di buatkan..

mereka kena belajar baliklah..mula dr tadika..

Umialya berkata...

ylh... sabahkan sebuah negeri yang kaya

dilabangiWORLD berkata...

sekarang ni dah mengimbas kembali kegemilangan sultan sultan nampak gaya khan. Tapi sultan melaka paling pamos.
Morning bro

Unknown berkata...

Itulah...kalau baca sejarah mmg geram je kan... mana mereka (sultan sulu & kerabat) masa negara dijajah jepun & diserang komunis... grrrr...