Jumaat, 1 Mac 2013

TUAN HANYA IKAN DI DALAM AKUARIUM!

 Ikan ni boleh terbang, malangnya gambar ini diambil di dalam akuarium aje-Foto: Joel Sartore
 
Beberapa minggu ini berjumpa dengan beberapa penghuni bumi, manusia tu bercerita tentang bosnya yang baru setahun kat situ. Habis porak peranda semua orang bawahan dicari salahnya, dengan keogaan yang tidak sepatutnya. Baru je jadi GB sekolah rendah, tapi sombongnya macam dia dah menakluk separuh dunia!

Aku melayan ajelah member aku tu, yang kononnya nak dijadikan kambing hitam oleh GBnya tu. Dia juga menerima surat rasmi, katanya SURAT ENGKAR PERINTAH. Aku sebenarnya dah malas nak melayan cerita-cerita macam ni. Dah puas dah aku alami itu semua. Tinggal 8 tahun lagi saja aku nak pencen, jadi aku nak jadi orang bawahan yang tidak pedulikan apa yang berlaku.

Apa yang tak pernah aku buat? Aku bukan hang Tuah yang setia. Hentak meja pengetua sekuat hati. Bawak keris (tetapi simpan di dalam beg, tak keluarkan pun) untuk takut-takutkan pengetua (17 tahun aku kerja di sekolah menengah...!). Di sekolah lain pulak, aku pernah memaki hamun bos sampai menangis! Itu dulu, masa darah pendekar mostar mengalir di dalam tubuh aku. Sekarang aku nak tenang-tenangkan fikiran. Kulit pun dah kendur.

Jadi apabila member yang seusia dengan aku ni mengadu jadi mangsa sumpah seranah bosnya, aku pun dah tak ada perasaan apa-apa. Dah nasib kaulah. Cuma pelik ..... dalam era siber dan globalisasi ini, masih ada bos-bos yang berjiwa macam tarjan dalam hutan rimba.

Besar sangat ke jawatan Guru Besar tu?
Kalau jadi pengetua pun, hebat sangat ke jawatan tu?
Kalau kau masuk ke mana-mana kat Malaysia ni ada orang tabik spring dengan engkau ke?

Antara kesalahan-kesalahan bos yang biasa ialah:
- Ego sangat, suka mengarah dengan menyindir segala.
- Orang mohon cuti, dia akan sebut-sebut dalam mesyuarat dengan mempersendakan orang tersebut.  
- Memanggil orang bawahan macam panggil budak-budak, lambai dengan tangan macam apa, dengan muka yang macam kena rasuk saka.
- Memanggil mesyuarat tanpa memikirkan privasi orang bawahan, contohnya petang Sabtu, Ahad.
- Suka sangat bermesyuarat, banyak cakap dan jarang berterima kasih.
- Dan paling hot, hantar memo dan surat kononnya kita tidak buat kerja sedangkan semua kerja kita buat.
- Pendendam, mencari kesalahan terhadap seseorang secara berfokus.  

Sekian....
  

    

 

2 ulasan:

Umialya berkata...

paling suka kerja berpasukan tanpa mengira pangkat..

soziyana berkata...

ikan terbang?????
kreatifnyer....