Jumaat, 26 September 2014

DATUK JAMIL SULONG MENINGGAL DUNIA

Apabila disebut Parit Sulong, selalu orang bertanya tentang Jamil Sulong. Beliau ialah anak kepada tokoh utama dalam sejarah Parit Sulong....En Sulong Bin Gantang


Gambar DRP: dawarna.com

KUALA LUMPUR - Pengarah filem terkenal, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia malam tadi akibat penyakit strok.
Anak kedua arwah, Dr. Anwardi berkata, ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kondominium Bukit Utama, Petaling Jaya, Selangor.
"Arwah ayah saya telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada pukul 9.35 malam. Siang tadi arwah telah dibenarkan keluar hospital setelah sebulan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Jamil, 88, yang berasal dari Batu Pahat, Johor merupakan antara pengarah filem Melayu yang cukup popular selain Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Antara filem-filem arahannya seperti Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong dan Batu Belah Batu Bertangkup.
Beliau berkahwin dengan Datuk Rosnani Jamil pada 12 November 1953 dan dikurniakan tiga cahaya mata. - 
SUMBER KOSMO!

Tiada ulasan: